Assalamualaikum w.b.t . Diharapkan semua pembaca dlm keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah zahir dan batin. Aku tergerak untuk menulis confession ni bila baca confess pasal gangguan jin asyik n saka.
Dan apa yg berlaku pd aku n 2 org abg aku segingga boleh mewarisi saka disebabkan mak aku yg ambil barang pusaka tinggalan nenek saudara yg merupakan seorang bidan kampung. Mak aku x bersalah juga sebenarnya sebab dia pun x tau barang2 yg dia ambil tu ada ‘isi’.
Aku anak ketujuh dr 7 org adik beradik. Jadi mmg sllu jd mgsa buli abang2 n kakak aku time kecik-kecik dulu. Dan aku tak dendam pun. Jd mgkin sbb tu saka tu pergi kt aku salah sorang sbb utk protection( biasalah ni alasan biasa kenapa saka diambil utk jaga keturunan dsb). Satu yg aku perasan masa aku kecik2 dulu aku seorang budak yang berani dan tak takut apa-apa. Bayangkanlah time kecik2 aku boleh keluar malam sorang2 untuk pergi ke rumah mak sedara aku utk tengok tv dgn jalan kiri kanan adalah kebun getah.. tapi xde lah jauh sgt jaraknya. Tp aku rasa bagi seorang budak pada waktu tu memang beranilah. Dan pada waktu kecil hingga remaja aku punyai kemahiran mengurut yg aku x pernah belajar pun dr siapa2. Siapa sj yg mnta tolong urut aku urutkan dan mereka kata aku pandai urut sebagainya. Dan aku juga kuat. Bagi perempuan agak kuatlah untuk angkat barang2 yg perlukan kekuatan lelaki. Aku juga suka pd kaum sejenis iaitu perempuan dan juga suka pd lelaki(rupanya gangguan yg ada pd aku bukan hanya satu) dan syukur pd Allah keranaAllah lah yg menyelamatkan aku dari perkara keji dan mungkar. Dan satu perkara lagi aku juga panas baran. Tapi Alhamdulillah aku berjaya kawal panas baran aku.
Sehinggalah aku sambung belajar di sebuah ipg selatan tanah air. Lepas tamat belajar aku pun berkahwin. Dugaan besar berlaku bila berkahwin. Di sinilah baru tau yg aku n famili ada gangguan saka plus sihir bagai. Aku pernah tersilap langkah (yg sebenarnya lebih pd kelemahan aku) hingga gangguan sihir kena pd aku. Aku anggap Allah tegur aku n famili untuk lebih mendekatkan diri pd Dia. Lps drp sihir nilah segala keberanian n kemahiran urut aku hilang. Yess aku setuju dgn confessor sebelum ni yg kalau kau nk berubat tolong jgn cari bomoh. Bcoz its can’t cure your illness but its getting worst. Bayangkanlah kau kena hadap saka kau plus jin2 tok bomoh. Jadi berhati-hatilah, cari perawat Islam yg betul2 guna kan cara rawatan Islam.
Aku bersukur sgt dikurniakan suami yg sgt penyabar. Beri sokongan moral pd aku. Aku x putus asa untuk berubat. Once kau dah kena pykit gangguan jin ni memang kau kena berulang untuk berubat. Hinggalah perawat yg pertama dah meninggal dunia. Dan rawatan aku pun terhenti kt situ. Sebab kesukaran cr perawat yg berhampiran yg mudah utk aku pergi. N igt hal2 saka maka ni selesai dah.. rupanya x selesai lagi. Selagi kau simpan barang warisan ni selagi tu dia dok ada.
Sehinggalah pada tahun lepas mak aku diserang stroke. Masa ni ujian menimpa keluarga aku mmg sgt berat. Dipendekkan cerita mak aku keluar dr hospital. Kami sekeluarga berubat dgn seorang perawat Islam. Baru lah tau saka maka tu masih ada lagi n mcm yg aku ckp kt atas , selagi masih ada brg2 tu. Alhamdulillah brg2 tu diambil dan di buang serta saka2 yg ada pd aku n 2 org abang aku di hantar ke tempat asal. Dan skrg ni aku betul2 rasa bebas dengan qudrah dan iradah Allah. Saka yg tidak berbela akan makan diri tuannya walaupun x rela.
Ada beberapa tips yg aku nk kongsikan bila kau kena penyakit gangguan:
1. Kena bertaubat dari dosa2 lalu. Walau pun kau rasa kau x buat dosa, kau kena igt satu ni, kita sendirilah yg buka pintu masuk pd gangguan dlm diri kita.
2. Belajarlah tasauf dan dptkan amalan bersanad untuk merawat diri kita dari dalam. Kalau baiah tarekat muktabar spt naqsyabandi, ahmadiah idrisiah lg bagus. Kerana berapa byk perawat kau pergi pun, sia2 kalau diri kau sdri xnak berubah n beramal.
3. Ujian gangguan ni adalah tarbiah Allah buat kita. Bersabarlah, kau kena igt watu benda ni…. DUNIA BUKAN TEMPAT UNTUK BERSENANG LENANG.
Maaf kalau confession sy ni terlalu panjang untuk di baca.
– Perempuan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit