Saka dan Kedatangan Wali Allah

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Diminta supaya facebook account saya diprivatekan. Terima kasih.

Saya inginkan jawapan daripada orang yang mahir atau yang mempunyai pengetahuan yg dalam dibidang agama. Saya disahkan mewarisi saka peninggalan nenek moyang. Sememangnya saya mengetahui akan hal ini sejak umur saya masih diawal 20-an dan saya sekarang berada diumur awal 30-an. Dari kecil saya dah biasa nampak bayang2 hitam lalu lalang dan moment yang saya tak boleh lupakan adalah perasaan takut yang saya alami dan tidak boleh tidur malam sejak nenek saya meninggal dunia. Saya juga pernah dibuat org kononnya disebabkan saya menolak cintanya. Wallahualam.

Baru2 ini saya berubat dengan seorang makcik dimana dia hanya menggunakan ayat2 qur’an untuk merawat saya. Makcik tersebut menyatakan saya mempunyai saka dan sudah lama ia mendampingi saya. Dia juga menyatakan inshaa Allah dia boleh membantu saya. Saya memilih untuk berubat dengan dia memandangkan hubungan saya bersama suami dan ibu bapa saya semakin pudar. Rasa amarah saya semakin meningkat. Rasa benci dan segala macam perasaan negatif semakin membuak2. Alhamdulillah sudah selesai saya berubat baru2 ini.

Makcik itu ada menyatakan yang nenek moyang saya ada datang melawat ketika dia merawat saya. Dia juga menyatakan keturunan nenek moyang saya adalah dari kalangan wali Allah. Saya percaya adanya wali Allah tapi persoalan saya disini, apakah benar seorang manusia ini mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan wali2 Allah ini? Apakah benar wali Allah akan diturunkan untuk membantu keturunannya diakhir zaman ini dan org yang terpilih itu boleh melihatnya? Bukankah org yang sudah meninggal tidak lagi dihantar ke dunia ini? Saya risau syirik atau khurafat sekiranya saya mempercayai benda2 ini jikalau ianya tidak betul. Betulkah saka ini wujud? Atau adakah ianya kepercayaan org2 asia sahaja?

Tolonglah bantu saya kerana saya menjadi runsing memikirkan perkara ini. Saya dah google dan dari apa yang saya baca, ternyata kita tidak boeh berkomunikasi dgn org2 yang sudah meninggal dunia. Saya dah juga bertanya tapi masih tak dapat jawapan yang dicari. Lagi buat saya sedih, ayah saya juga tidak mempercayai akan saka dan wali Allah yang cuba approach saya. Jadi apakah selama ini sakit saya disebabkan saya mempunyai masalah mental?

Sekian, terima kasih kepada yang membantu.

– Confused

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *