Saka Dendam Yang Manis

Salam alayak to all my brothers and sisters. Since aku ada terbaca confession disini yang seorang suami(ada anak authisme if im not mistaken) terpukul isteri kerana beran isteri panggil babi dan sekarang isteri dia balik kampung dan suami menyesal.

Aku kagum dengan beliau yang betul-betul menyesal pukul isteri walaupun dia “boleh” pukul isteri sebelum isteri tu panggil dia babi sebab isteri dia agak “over”. So apa kena mengena aku dengan cerita ni?

Mari aku bawa kisah aku yang tak seberapa tetapi berjaya menghancurkan hampir seluruh hidup aku. Aku seorang isteri, belum mempunyai anak dan aku ada masalah jika aku stress aku akan sesak nafas, sakit dada yang teramat sangat, cederakan diri, cakap seorang diri, menangis – ketawa – marah, dah penat tidur sampai berbelas jam.

Semuanya berpunca dari suami aku mula pukul aku sebab kerja aku dulu. Aku dulu kerja banyak out station dan agak busy, gaji aku 3x dari suami dan mostly makan minum, pakai, kereta aku bayar. Aku ada emas dan simpanan yang aku tak bagitahu suami, sampai dia mengamuk. Setiap bulan aku akan pastikan barang dapur, loan, makan akan cukup dulu baru aku simpan duit atau beli emas. Bagusnya, dia tak pernah minta duit, cuma aku akan faham sendiri bila dia tiada duit dan aku akan cover mana patut sampai gaji.

Aku jenis kalau suami aku mengamuk tu aku diam dulu. Tapi aku akan jawab kalau benda yang aku tak buat, tapi dia akan anggap aku menjawab. Tapi aku tak boleh diam lama, aku jadi nak mengamuk. Setiap kali dia cakap/tengking tu aku rasa bingit sangat, rasa sakit kepala. Aku nak dia diam. Tak lama, aku mengamuk. Aku menjerit, aku meraung, aku marah. Tapi aku tak pernah ungkit nafkah yang dia tak pernah bagi atau hak aku sebagai isteri sebab aku tahu dia tak mampu. Aku cuma rasa sangat marah seakan dia tak hargai aku kerja penat lelah untuk masa depan keluarga juga bukan hasil aku makan sorang.

Tapi dia taknak aku kerja kuat, dia nak aku jadi isteri solehah. Jaga makan minum dan pakai dia. Oh ya, memang masa kerja dulu aku jarang sangat masak sebab kekangan kerja aku tapi aku make sure rumah kemas dan makanan kering lain ada. Wait, aku bukan duduk rumah dan tiada dapur pun dan tempat suami aku kerja pun disitu so basically dia memang stay situ all day. No, aku bahagia juga duduk disitu walaupun serba kekurangan.

So bila aku jadi hilang kawalan, macam tu dia pukul aku. Dia tunjal kepala, dan tampar aku 2 kali. Lepas tu aku sesak nafas. Fyi, aku dah beberapa kali admit ward sebelum kahwin. Umi dan baba aku sedia maklum memang aku ada masalah ni. Tapi masa tu dia tak bawa aku ke hospital, cuma tenangkan aku tapi still dalam keadaan push aku.

Wait, bukan sampai situ je. Lepas dari tu, kami ok balik. Ada la gaduh-gaduh dia berkasar tapi tak pukul dan aku banyak diam. Sampai lah satu hari, kami gaduh besar lagi. Kali ni start dari benda kecik je, kalau aku nak cerita pun malu tapi obviously member aku ni bergurau je sebab aku ada upload gambar mami jarum pakai mas. It just for fun, pastu member aku ni tag dia dan cakap bini bagi hint then aku pun just reply “dapat satu dua pun ok hihi” wallahi takde niat nak menganjing and yes dia mengamuk. Habis takkan aku nak comment dekat situ, suami saya tak mampu dan takda duit. Bukan ke jadi buka aib dan cerdik ke nak pertikaikan pasal ni?

Masa tu pula baru second day aku kerja, so aku malas nak semak kepala aku sambung kerja sampai pukul 6 memang aku tak sedar. Dia call lagi aku perli dan marah “memang tempat kerja baru ni kerja sampai malam ke” bla bla. Start dari situ aku jadi sakit hati sangat-sangat, tak habis benda kecik nak jadi isu. Masa tu aku mintak masa dengan dia, aku tahu kalau aku balik mesti dia mengamuk dan jadi macam dulu. Aku nak duduk dengan orang tua dulu lagipun esoknya aku kena pergi kursus.

Balik dari kursus, guess what? Habis satu famil dia nak masuk campur. Memang aku ada Whatsapp mak dia sebelum tu aku minta maaf dan cerita A-Z. Sebab sebelum tu suami aku call mengamuk dan suruh aku balik sebab nak ceraikan aku. Haa kat sini climax aku tahu perangai munafik dan syaiton sekor sekor. Lepas aku balik kursus tu, mak dia ada call aku call office tahu tak bukan num aku. Mula tu dia cakap dengan staf aku tanya aku pergi kursus ke dan stat tu tak bodoh tiba-tiba orang tua call tanya soalan macam tu. Nampak sangat orang tengah cari aku atau aku ada masalah. Lepas tu boss aku panggil, BOSS aku. Bagitahu ada orang call cari itu ini masa tu memang aku langsung tak expect MIL aku call office tapi boss aku tak bagitahu pun siapa just suruh aku call balik.

So aku dengan bendulnya call balik, mula tu dia sebut panggilan aku kat dia tapi aku ingat tu nama orang faham tak? So aku macam eh aku takde kenal nama ni, at last dia cakap ni mak *******. Masa tu aku tak marah lagi, dia cakap saja je call tanya khabar dan otak aku tak boleh brain “perlu ke call office aku?!”. Paling best dia cakap, dia call suami aku tanya aku dok mana dan dah balik ke belum dan suami aku jawab tak tahu. PAPP! Memang nak pecah dada aku masa tu. Habis cakap terus aku Whatsapp suami, tak perlu nak keruhkan keadaan dengan buat-buat tak tahu saya ada di mana seolah buat macam saya ni lari dari rumah. Aku bagitahu lah suami aku, aku pegi mana, kursus berapa hari, dah balik ke belum, walaupun tak duduk sekali.

Tu tak best lagi, paling best bila SIL masuk campur. At first Whatsapp nasihat la ya, panjang nak mampos gigih point-point tu ada 10 tak silap. Aku jawab dengan tenang dan aku reply setiap satu tu dengan kukuh. Statement paling bodoh pasal aku minta tempoh bertenang untuk aku dan suami supaya tak gaduh tu dia cakap apa tau ; “tak faham kenapa kena duduk asing-asing. bukan ke suami isteri saling memerlukan? benci sangat ke tengok muka x? sebab dia hodoh? gemuk? menyampah? Fck off. Bukan kau yang kena belasah kalau dia naik hantu dan kalau sebab benda fizikal tu dari dulu aku tak kawen dengan adik kau. Tu baru sikit, paling best lagi dia boleh pegi cakap dekat laki aku “betina tu kata ko tampar dia banyak kali” dan dia putar belit apa yang aku jawab dengan kukuh tu. Hahahanat. Kali ni aku dah hilang hormat, aku dah tak kira apa, pantang aku makcik bawang mulut becok ni aku sound direct plus dorang sendiri ada suruh laki aku ceraikan aku, katanya aku tak layak untuk jadi isteri apatah lagi seorang ibu. Lepas aku sound tu, datang lagi adiknya yang juga another SIL aku call dan backup kakaknya yang sedang kepiluan dan kesakitkan kepedasan lepas kena sound.

Meh aku cerita sikit, kedua SIL aku ni suaminya gaji berkepok-kepok. Mengangkang aje dirumah yang selesa, order aje apa kau nak dan terus sampai depan pintu. Ya, tidak perlu kerja bagai nak mati untuk settle hidup. Siap cakap, kalau rasa suami tu buruk, huduh, tak sesuai, pemalas cerai2 je. Haa aku potong, habis solution kawen dengan jantan kaya kan? Settle masalah hidup. Dia perli “ada ke jantan kaya nak dekat ko?” Haaa meh sini baca, BUKAN LEVEL AKU CARI JANTAN KAYA TUA KREPOT LAGI TUA DARI ORANG TUA AKU. TAK MAIN NIKAH SENYAP NI! LEVEL KAU MEMANG TARA TU JE KAU DAPAT. Ingat aku tak tahu macam mana ko layan laki ko? Tak payah gelabah nak siasat, mak ko sendiri cerita. Keturunan macam ni, hal anak beranak pun boleh nak gossip depan orang luar so tak heran kalau perangai menghasut dan mulut becok. Ko persoalkan aku jarang nak respond atau nampak tak selesa bila duduk sembang dengan family ko? Sebab tak kuasa aku nak layan benda bodoh, gosip murahan dan sesi show off. Tak faham aku jenis macam ni, adik kau pukul isteri kau boleh diam buat macam tak salah apa dah lah aku jugak yang banyak support. Tak malu ke nak datang terjah orang? Kaya raya semua tapi SATU SEN pun kau tak pernah nak tolong adik kau tu yang susah! Sembang agama lebat, tudung sampai kaki tapi jahanam semua.

So keadaan getting worse day by day. Aku kena panggil dengan bos dan digantung kerja sebab kes MIL aku call tu. Long story short, satu malam suami aku datang dan merayu suruh aku balik. Dia cerita A-Z, mak dia tipu padahal dah tahu aku dah balik, adik beradik mulut macam puaka, dan bukan pertama kali burukkan aku. Aku akui, suami aku ni sangat baik. Kalau dia ok, dia baik dan penyayang. So aku ikut dia balik dan dia bawa aku jalan-jalan pusing Malaysia. Balik dari vacay, boss aku decide untuk berhentikan aku yang tak sampai seminggu lagi kerja. Aku bukan saja hilang kerja, tetapi aku hilang kawan yang susah-senang dengan aku dari company lama. Sungguh aku tak sangka, mereka menjauh bahkan mereka bersetuju untuk boss aku pecat aku tapi takpe lah aku redha mungkin sedikit sebanyak kes aku ni buat mereka terganggu dan tak selesa bila semua orang tanya mereka pasal aku.

Masa aku tahu tu, dada aku sakit sangat. Aku meraung, malam tu juga aku admit ward sesak nafas. Dalam tak sedar dendam aku membara. Ya Allah betapa sakitnya hati aku bila apa yang aku impikan hancur macam tu saja. Boss aku lulus aku minta basic yang agak tinggi sebab aku nak beli rumah, aku dah plan macam-macam lepas ni. Aku dah tak sabar nak duduk di dalam sebuah rumah, rumah yang sebetulnya rumah. Aku dah bayang nak masak hari-hari nak buat apa yang isteri buat dalam rumah. Tapi bila aku dibuang, dunia aku gelap. Aku tahu mustahil untuk aku cari kerja macam aku dapat ni dengan kelayakkan aku.

Setiap malam aku menangis, aku teramat sedih bukan sahaja kehilangan kerja bahkan kawan aku yang kami banyak susah senang dan kesana kemari. Suami aku pula entah lah, kami kerap bergaduh. Setiap kali emosi aku terggangu, dia pun mengamuk. Sekali lagi, dia pukul aku walaupun tak kuat tapi dia ada sepak aku. Tarik baju aku sampai koyak, heret aku. Aku jadi semakin teruk, aku cakap sorang-sorang, aku cederakan diri sampai legam dan luka, aku rasa nak jadi gila. Betul-betul gila. Sebab aku penat orang hancurkan hidup aku, suami aku seakan tak faham aku. aku nak suami aku cari orang lain yang boleh bahagiakan dia sebab dia takkan ceraikan aku. Pastu aku tidur berbelas jam, bila aku bangun suami aku mandikan aku walaupun aku melompat taknak, suapkan aku makan, gosok-gosok aku. See..sampai aku keliru. Semalam dia jadi raksasa nak makan aku, bila dia dah ok dia jadi malaikat penyelamat aku.

Tapi suami aku seolah tiada apa respon tentang keadaan emosi aku. Sejak aku discharged dia tak follow up doc sepatutnya aku kena ambil rawatan psychology dan sambung ambil ubat, dia selalu fikir yang aku ni kena rasuk setiap kali aku mengamuk. Dia selalu buat air tawar, renjis aku dengan air, minyak kasturi tapi aku tak respond macam orang kena rasuk pun. Takde mengamuk ke panas ke apa, aku diam je masa dia buat. Aku cakap sorang-sorang, marah jap maki-maki orang yang jahanamkan kerja aku, pastu cakap macam biasa.

Panjangnya aku rasa dah sejam aku type, huhu terima kasih kalau setia membaca. so apa ending kisah aku? Sekarang aku ada dengan family aku, dalam family aku ni ummi baba dan kakak aku seorang je yang tahu tu pun sebab dia duduk dekat dan dia syak something at first pastu suami aku sendiri selalu call kakak aku bila gaduh sebab nak mengadu. See family aku takde pun nak over nak serang family dia ke, nak maki marah-marah suami aku ke, a big NO. Kalau abang-abang aku tahu ni confirm abang aku pegi belasah balik huhu sebab abang aku pernah belasah bf kakak aku yang pukul kakak aku. Aku tahu ummi aku terasa sangat dengan suami aku buat anak perempuan dia macam tu, tapi dia diam selama ni. Tak pernah sekali dia maki, apatah lagi suruh cerai. Paling terasa bila suami aku boleh mengamuk hempas pintu dalam rumah ummi babah sebab aku tegur pasal barang dia tak jaga elok. Aku tegur baik-baik tahu tak. Pastu dia pernah kata kat unmi tak reti ajar anak. Babah je ada slowtalk dengan suami aku. Aku ada pergi pejabat agama sekali ustazah tu geleng kepala dia kata suami awak tak cukup matang. Wallahi aku tak cerita sikit pun berat sebelah, aku bagitahu semua kekurangan aku ada yang aku tak buat sebagai isteri, aurat aku pun belum sempurna tak pakai labuh (ketat tu tidak), kadang aku ada maki juga melawan etc.

Aku ni kalau boleh taknak pun cerai, siapa tak sayang suami woi. Tapi jiwa dan fizikal aku sakit dan dia seakan tak pernah belajar untuk berubah. Hari hari mulut cakap nak ubah tapi macam tu juga. Aku dan family aku sikit pun tak kisah kalau dia tak mampu, takde duit, tak mampu sediakan dengan cukup tapi attitude tu dan keselamatan aku. Ummi baba risau lama-lama aku jadi mental, sebab aku memang jenis pendam. Sampai harini pun aku tak cerita full pun macam mana suami aku pukul dan berapa kali. Sekarang aku bagi dia syarat, aku akan jadi isteri solehah seperti dia minta dan aku akan menutup aurat dengan sempurna cuba untuk kawal emosi. sekali lagi dia pukul akan jatuh talaq dan lepas ni kena duduk rumah dengan kakak aku , ini umi baba aku minta supaya kakak aku boleh tengokkan aku. Aku bagitahu awal awal, kalau semua yg saya cakap dan suruh awak buat tu awak anggap satu perintah dan awak rasa tercabar then tak fikir masak-masak. Tahu tak, selama ni akan gaduh kalau aku cakap atau suruh something tu dia fikir aku queen control padahal semua untuk kebaikkan dia. Aku sangat tegas bab kebersihan dan kekemasan rumah ke kereta ke semua tapi dia tak. Bukannya aku ni jenis nak suruh dia dengar cakap aku yang merapu macam aku suruh kerja kuat-kuat untuk belikan aku macam-macam. Duit pun aku tak pernah mintak sesen pun kecuali aku betul-betul terdesak.

Doakan aku ya dipermudahkan urusan. Aku tahu ramai yang tengah tunggu nak tepuk tangan bila rumahtangga aku musnah. Cukup orang dah hancurkan kerjaya aku, buat aku takde sesen duit nak bayar komitmen sampai nak kena tarik, bergadai semua emas aku dan impian aku ranap. Aku akak cuba kuat selagi aku mampu dan aku sendiri aku takut kalau bila aku emosi. Macam sekarang, aku dibawah kawalan sebab aku ambil ubat. Aku boleh fikir dengan baik, aku boleh bertenang dan mula rasa sakit-sakit badan dan luka yang aku dan suami aku buat.

Tapi bila emosi aku kembali, aku tak tahu. Yang aku tahu, aku nak bunuh orang yang aku benci. Aku akan sebut mati mati mati sampai aku tertidur. Aku nak jadi gila biar semua masalah ni lenyap dan aku bebas. Tapi aku tak pernah terdetik untuk bunuh diri, sebab aku selalu terbayang wajah ummi babah yang sedih. Aku tak boleh, aku nak hidup lagi dengan mereka. Kalau aku gila pun, aku boleh hidup lagi kan. Mereka akan jaga aku..mereka takkan pukul aku. Kan?

– Aileen Sophia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit