Saya madam F. Nak cerita mengenai sepupu jiran saya. Saya namakan dia Z ( nama samaran).
Tajuk cerita mengenai saka- every family had their own secret. Kisah benar. Yang diolah. Sebagai pengajaran kepada kita.
Z wanita berusia pertengahan 30-an. Anak sulung dari 3 adik beradik. Adik2nya lelaki. Dia juga cucu sulung kepada Tok Nab. Seorang guru mengaji Al-Quran yang terkenal di tempatnya.
Tok Nab ni ada 4 orang anak. Mak Long, mak Z. Pak Ngah. Mak lang, mak kepada Siti jiran saya. Terakhir, Pak Su.
Kisah bermula dari Z remaja. Dia dikurniakan anugerah boleh merasai kehadiran makhluk dari alam lain.
Dia sering menceritakan pengalamannya itu kepada ibu ayah apabila pulang ke kampung. Tapi mereka buat tak endah sahaja. Bagi mereka, Z tu saja mereka-reka cerita.
Z hanya mendiamkan diri. Tidur Z selalu terganggu. Dia susah nk tidur di tempat yang tertentu. Ada anxiety.
Pendek cerita. Tok Nab, mak kepada ibunya meninggal dunia. Z sekeluarga balik ke kampung dan tinggal di rumah pusaka. Rumah besar dalam kampungnya. Rumah kayu 2 tingkat.
Tanah di atas rumah pusaka tu diwarisi mak Z, iaitu keturunan yang ke 5.
Mimpi ngeri Z kembali setelah beberapa tahun. Dia kerap merasakan kehadiran makhluk dari alam lain. Dalam mimpi, lagi dahsyat. Cik ponti, orang minyak, macam-macam ada.
Z tak boleh tidur dalam setiap dalam rumah tu. Rumah tu ada 5 Bilik. Dia tidur di ruang tamu rumah atas aja.
Ibu, seorang guru. Tidak mempercayai kata- katanya.
Ayahnya, kakitangan kerajaan masing2 tidak mempercayai kewujudan makhluk di alam lain.
Kalau Z mengadu, Ibu ayahnya akan memarahinya. Z mulai stress.
Selepas SPM, Z melanjutkan pelajaran ke IPTA awam.
Di sini, Z dibantu oleh sahabatnya, Mimi. Untuk berubat secara perubatan Islam secara rahsia. Ibu bapanya tidak tahu. Alhamdulillah, Z pulih.
Habis belajar, Z bekerja di sektor swasta. Dia berkenalan dengan B. Tapi terkandas di tengah jalan.
Setelah 4 Kali di perkenalannya dengan lelaki terkandas. Bila nak serious, lelaki tu tinggalkan dia tanpa sebarang sebab.
Kemudian, berkawan dengan P. Bila P membawa Z bertemu dengan keluarganya, mereka tak suka Z.
Alasan mak bapak Z tak nak anaknya kawin dengan orang kampung sendiri. Z tahu Ayah P adalah orang kampung Tok Nab. Pelik kan?
Sebenarnya mereka tahu siapa arwah Tok Nab, orang yang digeruni di kampung itu.
Sebenarnya, anak cucu arwah Tok Nab tidak tahu susur galur keturunan mereka sendiri.
Nenek moyang arwah Tok Nab adalah pahlawan terkemuka di sebuah negeri. Banyak ilmu yang diwarisi kepada anak cucunya. Kebanyakan ilmu kebal. Ilmu nak melawan penjajah.
Hubungan Z Dan P pun terkandas di pertengahan jalan kerana ayah P tidak mahu bermenantukan Z. Z mulai stress. Itulah Kali terakhir, Z berkenalan dengan lelaki secara serious.
Keadaan Z makin teruk. Kerap bertukar kerja. Bab rezeki, susah nak masuk. Bila kerja lama sedikit, orang tak suka. Campur pulak fitnah manusia di sekeliling. Kerap mimpi buruk.
Apabila Ibu Ayah tahu dia p berubat secara perubatan Islam, mereka memarahinya. Kata mereka syirik.
Siti jiran aku pernah menasihati Mak Longnya untuk berubat Z. Tapi ditolak Mak Long menta-mentah.
Masa perkahwinan Siti, badan Z makin kurus. Tak dapat tidur malam. Walaupun jarak umur mereka 2 tahun, Siti muda dari Z kurang rapat. Kerana Siti sekeluarga menetap di Melaka.
Pada tahun 2015, Z diserang penyakit misteri. Demam tak pernah kebah. Ayah Ibu membawanya ke hospital. Tapi doktor sendiri pun tak tahu apa penyakit Z. Semua ahli keluarga melawat Z.
Akhirnya pak ngah adik Mak long bersuara kepada Mak Long mengenai saka keluarga. Mak Long masih tidak mempercayainya. Pak Long ayah sudah mempercayainya.
Akhirnya, Pak Ngah nak bawa Z ke Perlis untuk berubat secara Islam.
Sebelum sempat Z dibawa ke Perlis, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 35 tahun. Rupa-rupanya, Z mengalami depression. Serta penyakit yang dirahsiakan.
Mak Long menyesal tapi tak berguna. Anak tunggal perempuannya telah pergi buat selama-lamanya.
Kata pak ngah, dulu anak sulungnya Fasihah pernah mengalami macam kak Z . Mulanya dia tidak mempercayai.
Arwah Tok Lang Ali abang kepada ibunya menasihatinya supaya membawa Fasihah berubat secara perubatan Islam. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Fasihah sudah tidak mengalami gangguan.
Akhirnya, Mak Long mengaku yang dia ignore gangguan arwah Z kerana takut aib Ibu mereka tersebar. Dia sendiri tidak percaya akan Saka keturunannya.
Dia pernah kata pada Z jika Z keluar dari rumah mereka, Z anak anak derhaka. Akhirnya, Z keluar jugak dari rumah itu tapi dia pulang ke rumah yang abadi. Semoga arwah Z tenang di sana.
Peringatan pada ibu bapa, apa yang anak mengadu, ambillah tindakan. Kalau tidak percaya, siasatlah dulu. Jangan sampai anda menyesal.
Saka is real. Kadang-kadang dalam sedar atau tak. Banyak buruk dari baik. Daripada perjanjian orang-orang terdahulu. Ianya membahayakan akidah kita sebagai hamba Allah.
– Madam F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit