Assalamualaikum..
Aku tertarik dengan confessions tentang jin asyik tu. Kali ni aku nak cerita tentang golongan jin juga. Tapi jin yang di warisi atau orang melayu kita panggil saka.
Dari kecil aku seorang yang percaya pada logik, berani dan boleh di kata bijak. Aku suka pada agama dari sekolah kerja aku mengumpul hadis dalam nota kecil, solat mengaji tak jadi masalah. Aku sihat, jarang jarang sakit.
Cuma ada beberapa hal pelik dalam diri aku. Antara nya yang paling ketara aku ada firasat yang tepat. Mimpi mimpi yang jadi kenyataan. Boleh meramal kematian orang lain. Biasa aku akan tahu kalau seseorang akan mati dalam masa terdekat. Dan betul betul terjadi.
Pada mula aku rasa itu kelebihan. Aku tak pernah terdetik aku ada saka. Aku pernah belajar di sabah, selalu ikut berubat orang yang ada ganguan tapi aku ok.
Sampai bila aku tak boleh nak study, otak aku melawan,rasa boring , aku tinggal kan sabah ke kelantan. Di kelantan aku ke satu pondok.
Sampai di situ lah, satu hari bila ada sekumpulan perawat datang ke pondok tu aku di scan, dia cakap aku ada khadam/ pendamping. Aku relax2, saja. Tak rasa penting..
Dari pondok sambung study , lepas tu kerja, sekali lagi aku ikut kawan aku bertemu seorang perawat yang di kata wali di banting.
Waktu tu family aku ada masalah , jadi nak minta pandangan orang yang alim. Tiba tiba dia minta ayah aku datang, untuk cerita fasal saka. Dia minta ayah aku datang sendiri.
Waktu tu dalam ke sibukan hidup aku tak ambil peduli. Sampai lah tahun ni aku merasakan benda tersebut gangu hidup aku.
Dalam relationships aku, jodoh aku, terutamanya. Aku stress, aku tak suka dia bagi tau takdir aku, masa depan aku. Aku tak nak tau urusan dan rahsia Allah.
Akhirnya mak aku pujuk untuk berubat, mula rasa berat, tapi Kerana mak, aku ikut, akhir nya. Di diagnosis kan aku ada saka, saka harimau. Sebelah mak.
Serius rasa kelakar, selama ni aku ingat org lain saja yang ada. Sebab aku ok, cuma panas baran sikit . Myb aku rasa aku ok, walau susah stay satu tempat lama lama, study atau kerja bertukar tukar tempat, walau jodoh selalu jadi bodoh, walau hidup susah tapi aku rasa ok, sebab aku selalu rasa ada Allah.
Ayat seribu dinar, zikir nabi yunus selalu jadi amalan. Sedekah dan infak setiap kali gaji. Dan aku lupakan sedekah dan infak aku ke mana, pada siapa.
Bila aku tau aku ada saka harimau. Auum auum, aku anggap ujian. Ujian yang Allah bagi pada orang orang yang dia sayang.
Dunia sementara , ada orang Allah uji dia harta, ada orang Allah uji dia lawa, ada orang Allah uji dia sakit, ada ujian anak anak. Dan aku ujian saka harimau.
Saka sifat dia cemburu. Kau boleh bercinta, suka, tapi bila rancang untuk kahwin kau gagal. Susah. Kalau saka harimau sifat dia panas. Sekarang aku bila marah aku kawal, kalau dulu memang pecah barang.
Saka kadang jaga kita, contoh bila family kau ada yang di sihir, dia akan bagi petanda. Aku penat sebenar nya, tapi aku sabar. Alhamdulillah.. aku ok.
Bab mimpi biasa, susah tidur , mimpi bayi , jatuh dari tempat tinggi, mimpi laut, sungai. Tapi aku cuma mimpi bila akan berlaku sesuatu.
Aku nak buang, ya aku rasa sedih. Aku tau yang sedih tu dia. Tapi dia dan aku dari alam berbeza.
Aku tak pernah nampak dia. Cuma rasa dia ada. Aku doa Allah tutup hijab aku sebab aku cuma nak takut Allah.
Aku pun tak tahu kenapa nenek moyang sebelah mak aku ada saka, sedang kan arwah tok ayah, tok nek aku tok guru agama. Buka sekolah pondok. Mak aku kata nyang aku kot belah tok perempuan,yang dulu selalu kayuh rakit tengah sungai ada buaya . Mak aku pun baru tau cerita saka ni..terkejut dia.
Kenapa aku? Selalu juga aku tanya,..Dan Allah selalu jawap. Allah yang menentukan sesuatu.
Yang di uji, yang sakit, anggap ia ujian, pilihan Allah. Sabar, ikhlas kan hati , redha..di samping usaha berubat. Sampai kita mati dalam keadaan kita redha pada Allah, dan Allah redha pada kita.
P/s : al Quran jangan tinggal,hidup dan bernafas dengan quran, apa saja persoalan hidup kita akan terjawap. Baca dan faham. Baca maksud. Baca tafsir.
– Mawar melur matahari
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit