Saka, Takdir, atau Kebetulan

Assalammualaikum semua. Saya peminat IIUM Confessions especially cerita yang seram-seram dan positif impact.

Tak terfikir nak meluahkan tapi sebab ada perkara yang sering bermain difikiran yang ingin pendapat korang semua sekiranya dapat membantu.

Pernah tak di antara korang, mengalami situasi dimana sekiranya ada sesiapa yang menyakiti hati korang atau buat sesuatu yang tak baik pada korang, mereka akan ditimpa kemalangan or sakit teruk?

Saya tahu tak patut saya fikir yang bukan-bukan nanti mungkin boleh memesongkan akidah atau berkaitan dengannya.

Selama ini saya fikir semua yang berlaku adalah kebetulan. Saya tak pernah memberitahu berkenaan perkara ini pada sesiapa termasuk ahli keluarga saya.

Tapi pada suatu hari, adik perempuan saya ada pernah menyatakan kepada saya bahawa setiap kali ada orang buat jahat dengan dia or sakitkan hati dia, orang itu akan ditimpa sesuatu yang tak baik.

Dia juga menyatakan yang dia perlu menjaga hati dia supaya tak sumpah seranah orang tu, takut orang tu dapat akibat yang buruk.

Terkejut saya mendengarnya, namun saya tidak mendedahkan kepada adik, perkara itu juga berlaku kepada saya.

Tapi apabila diingati kembali, masa saya kecil-kecil, jika tidak mendengar kata ibu, dalam masa 24 jam saya akan ditimpa musibah.

Tapi biasalah, saya beranggapan inilah akibatnya tak mendengar kata ibu bapa. Allah S.W.T bayar cash terus.

Berkenaan perihal orang yang pernah menyakitkan hati saya, ada tiga orang yang setahu saya telah mendapat musibah.

Orang A pernah memporak perandakan perkahwinan saya. Emm.. Orang A dikatakan mengunakan sihir kepada suami saya.

Sebelum dapat tahu berkenaan perkara sebenar, saya selalu mendapat alamat mimpi. Tapi biasalah kita tak tahu berkenaan mimpi-mimpi ini.

Bila dah terbongkar, baru la flash back balik mimpi-mimpi yang saya alami.

Alhamdulillah suami saya dah ok. Bila saya dapat tahu, saya message si A mengatakan bahawa saya tak akan maafkan dia sampai bila-bila.

Saya serahkan kepada Allah S.W.T membalas segala perbuatan dia. Sekarang si A sakit, memang bergantung kepada rawatan Dr seumur hidup.

Tapi saya tak pernah membanggakan diri atau padankan muka kepada si A sebab dapat balasan itu.

Bagi saya, mungkin si A telah bertaubat malah lebih baik amalan dia berbanding saya. Saya juga telah memaafkan perbuatan si A.

Kisah kedua, Si B dan si C merupakan rakan baik. Kami merupakan rakan sekerja.

Disebabkan kami tinggal di negeri yang sama dan bekerja di luar negeri, saya telah memohon untuk menumpang kenderaan memandangkan saya tidak pandai memandu.

Mereka bersetuju.

Namun pada suatu hari, iaitu hari Jumaat, Si B yang merupakan pemandu tetap, telah menyindir saya mengatakan duit minyak yang diberi oleh saya tidak mencukupi dan badan beliau sangat letih memandu jauh.

Sampai mengeluarkan ayat sindiran. Tersentak saya. Padahal sebelum ini beliau bersetuju dengan bayaran duit minyak berkenaan.

Disebabkan sindiran itu, saya tidak mahu menumpang mereka lagi.

Untuk makluman semua, saya mempunyai lesen memandu, tetapi sejak pass lesen memandu, saya tidak pernah membawa kereta kerana ayah saya sendiri tidak yakin untuk memberi peluang kepada saya memandu.

Berpuluh-puluh tahun saya tidak memandu, saya pernah cuba mengupah orang untuk mengajar saya memandu semula tetapi mungkin sebab saya takut dan tak yakin, cubaan itu tak menjadi.

Namun, disebabkan sindiran dari Si B, saya nekad untuk tidak menumpangnya dan cuba memandu ke tempat kerja pada hari Ahad ditemani suami. Alhamdulillah, saya dapat memandu.

Walaupun bulan pertama berkenaan, enjin kereta selalu mati di traffic light, jantung saya macam nak luruh setiap kali nak memandu,

Dengan hand brek tak di turunkan dah berbatu-batu bawa baru tersedar dengan lampu kereta tidak dipasang pada waktu subuh yang gelap dan macam-macam lagi.

Hikmah akibat disindir orang, baru saya dapat memandu semula kerana nekad.

Sekarang saya dapat tahu si B dan C juga telah jatuh sakit. Sakit kanser. Saya tidak setempat kerja dengan mereka lagi. Mereka juga sedang dalam cuti perubatan.

Saya beranggapan ini juga berlaku kerana kesalahan mereka pada saya. (Maaf tahu saya tak patut berfikir demikian).

Kadangkala saya takut jika saya marah anak, anak mendapat balasan yang sama. Saya sentiasa cepat-cepat beristifar jika saya marah.

Adakah dikalangan pembaca ada pengalaman berkenaan perkara ini? Pernahkah terjadi pada kalian?

Saya pernah terbaca di komen tapi tak ingat di laman mana, mengatakan perkara sama macam saya.

Adakah ia boleh diubati? Betul ke ada saka? Bolehkah ia dibuang?

Saya pun tidak mahu mati dalam keadaan yang tidak diredhai. Bukan tidak mahu mempercayai saka atau apa-apa.

Tapi disebabkan mungkin saya tak pernah ternampak bukan-bukan or alami benda pelik-pelik jadi saya tidak percaya berkenaan saka itu.

Tapi adik saya yang biasa mengalami mimpi pelik-pelik. Ada yang suruh kami berubat, tapi tula, saya pun takut nak berubat takut salah tempat atau memang tiada saka.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *