Memang sakit jadinya bila ibu ayah berpisah, ibu yang sendirian membesarkan anak-anak, alih2 bila anak dah besar lebih memilih ayah dan ibu tirinya. Dan, itulah yang aku rasa kini. Pedih sangat rasa dihati.

Bukan mudah jadi ibu tunggal yang sendirian membesarkan anak-anak. Bukan tidak terfikir nak mencari pengganti, bukan tidak ada yang cuba mendekati.

Tapi memikirkan bolehkah pengganti menerima dan menyantuni anak2 seperti anak sendiri, akhirnya soal hati aku letak ke tepi. Langsung aku tutup pintu hati serapatnya dari didekati.

Belasan tahun aku berusaha memberi yang terbaik buat anak2. Sakit demam anak2, pelajaran, adab, solat, mengaji Quran mahupun cara nak mandi hadas pun aku ajar satu-satu bila seorang demi seorang anak2 sampai masa akil balighnya memandangkan anak2 aku semuanya lelaki.

Jasa ayahnya? Ada. Aku tidak menafikan. Ayah mereka tidak pernah culas memberi nafkah setiap bulan sejak kami berpisah. Cakap sahaja anak perlukan apa, tak sampai 2 jam duit sudah mendarat dalam akaun bank.

Duit bukanlah masalah walaupun masing-masing antara kami hanya sekadar berpendapatan lebih sedikit sahaja dari kumpulan B40.

Cuma anak2 jarang dapat bertemu ayahnya. Kadang-kadang setahun sekali. Kadang-kadang 2 tahun sekali. Dan pernah jugak tidak bertemu selama 3 tahun.

Aku cuba berdamai dengan takdir. Jika mengenang apa yang telah ayahnya lakukan terhadap aku duhulu, ingin sahaja aku menghalang anak-anak dari bertemu dengannya.

Tapi memikirkan nafkah yang tidak pernah culas, aku berusaha memastikan yang keluar dari mulut aku tentang ayah mereka adalah yang baik2 sahaja.

“Jangan benci ayah. Tak baik. Biarlah ayah buat apa pun dekat ibu, along, angah dengan adik kena hormat ayah. Tengok ni duit belanja sekolah, duit tambang van, duit mengaji, duit tuition semua ayah yang bagi.”

Itulah pujukan demi pujukan yang aku cuba serapkan dalam minda anak-anak agar mereka tidak membenci ayah mereka sendiri.

Setelah sekian lama, akhirnya sejuk juga hati anak-anak aku. Dan kini, sejak anak2 meningkat remaja, ayahnya semakin kerap berhubung dengan anak-anak. Diajak keluar makan2, dibawa berjalan-jalan, beli apa sahaja yang anak2 mintak.

Dari satu sisi aku melihat sesuatu yang positif dengan hubungan anak-anak dan ayah mereka. Tapi dari sisi yang lain, hati aku terguris. Semakin lama, anak mula melebihkan ayah dalam segala hal. Sikit2 ayah, sikit2 ayah.

Kalau dulu aku takutkan anak2 untuk hantar ke rumah ayah bila mereka bergaduh, kemain menangis minta maaf tak nak buat salah lagi. Mereka takut jika terpaksa tinggal dengan ayah. Sebab waktu itu, mereka hanya nampak aku sebagai ibu. Pelindung dan peneman mereka.

Bayangkan ayahnya tinggalkan kami saat aku masih perlu bangun malam menukar lampin, membancuh susu. Seusia apa anak bongsu aku ditinggalkan kalian kira? Mereka 3 beradik lahir rapat. Aku bersengkang mata untuk semua keadaan.

Aku bertegas dengan pelbagai perkara supaya aku dapat melahirkan benih yang elok, jadi anak yang soleh. Cemerlang dunia dan akhirat sebagaimana dambaan setiap ibubapa. Aku seorang ibu yang sendirian berjuang untuk dapatkan apa yang terbaik untuk anak2.

Ayahnya buat apa ketika itu? Ayahnya buat apa disaat berak kencing anak-anak aku yang selesaikan? Ayahnya buat apa disaat anak-anak demam merengek sepanjang masa? Ayahnya buat apa saat aku yang berusaha mengajar tentang adab dan akhlak?

Ayahnya buat apa saat aku membetulkan solat dan bacaan Al-Quran? Ayahnya buat apa saat aku berjuang agar anak cemerlang dalam pendidikan? Nothing. Aku benar-benar sendirian berjuang.

Tapi sekarang, suasana sudah berbeza. Saat anak2 sudah jarang sakit demam, saat anak2 sudah besar panjang, ayahnya datang membawa pelbagai harapan. Harapan untuk menawan kembali hati anak-anak. Mungkin.

Dan akhir-akhir ini hati aku seringkali terguris. Terguris bila anak sudah mula memenangkan ayah mereka bila aku menolak permintaan untuk beberapa perkara. Aku cuba bersikap positif. Tapi ia tetap tidak mampu menutup rasa sedih dihati.

Ingin sahaja aku luahkan pada anak-anak. “Anak2 tolonglah ingat kembali, selama ni siapa yang banyak berjuang untuk kalian? Dimana ayah kalian saat ibu berjuang sendirian?”

Namun, aku tahu sampai bila-bila pun ayat ini hanya sekadar tersekat dan berbungkam dalam hati atas satu sebab. KERANA ITU AYAH MEREKA.

– Yatt (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Allahu… doa yg baik2, ampunkn ank2, setiap solat puan doa
    Ya Allah berkatilah ank2ku..
    Jgn mudoratkn mrk
    Kurniakn taufik kpd mrk utk taat printahMu
    Rezqikn aku kebaikn2 dn ksih syg mrk

    Pstu amal doa surah ahqaf ayt 15
    Rabbi auzini an asyqura nikmatakallati… smpai inni minalmuslimin

  2. Salam..

    Faham… Memahami…
    Ujian. Kena sabar dan reda. Ikutkan hati memang rasa terkilan dan sedih tapi syukur sebab ayahnya sebenarnya tak tinggalkan anak tu, berkat beri nafkah anak tu rasa sayang pada ayahnya. Ibu juga banyak kasih dan pengorbanan, anak pasti rasa cuma mereka remaja lelaki dan ayah dah ambil berat, mereka mahu bersama ayah pula…

    Redakan apa yang pernah diberi kepada anak, sudah ada pahala di situ… Teruskan doa dan beri yang terbaik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *