Assalamualaikum
Walaupun dah setahun berlalu tapi masih terbayang sewaktu saya dan suami berada di obersea… macam mana saya sakit tak boleh bangun berbulan dan macam mana kami hadapinya
Kami menerima tetamu buat kali keduanya.. di mana sebelum kehadiran mereka saya dpt rasakan tak berapa sedap hati. Sepanjang mereka berjalan2 dan menumpang, kami memberi layanan sehabis baik…namun Allah maha kaya. Ditunjukkan niat sebenar mereka. Saya ternampak dan terdengar semuanya..
Sebaik tetamu pulang, malam itu saya berasa sangat lemah dan tak berdaya. Nak angkat anak pun tak boleh… saya rasa ditolak dr belakang dan ditekan sehingga saya sesak nafas dan tak boleh bangun. Saya kuatkan diri. Saya taktau nak menyampaikan macam mana pada suami saya.
Esoknya instinct saya nak buang barang apa yg ditinggalkan tetamu di rumah saya. Saya buang baju dan toiletries yg ditinggalkan. Saya sangat takut tinggal di rumah, seolah ada yg memerhatikan. Anak saya menangis tak henti2. Saya bacakan ayat2 pelindung dan bila sampai di beberapa ayat, anak saya menangis keras.
Esoknya pagi saya minta pandangan dan bantuan drpd ustaz di malaysia. ustaz mengajarkan ayat2 pendinding , minta solat hajat dan berdoa semoga ditunjukkan apa barang yg ditinggalkan dan siapa punya angkara. Saya terpaksa sampaikan pada suami sebab later on saya akan memerlukan bantuan suami saya sebab badan saya sangat melemah. Saya teringat makanan yg ditinggalkan, saya minta nak buang tapi suami kata membazir buang makanan. Ada beberapa buah yg dibeli tetamu ditinggalkan tak dimakan. Saya minta suami buangkan semuanya.
Ustaz mengajarkan saya macam mana nak dinding rumah. Petangnya semasa saya bacakan ayat2 kursi, pintu rumah saya dicakar2. Malam tu saya ditindih semasa saya masih sedar. Saya tak mampu memanggil suami, hanya isyarat mata cuba memanggil. Akhirnya saya dilepaskan. Esoknya selepas menghantar anak ke sekolah, saya cuba lihat di luar rumah jika ada barang ditinggalkan. Alangkah terkejutnya saya bila lihat ada sebiji buah yg belum dimakan di depan tingkap rumah saya. Saya terus panggil suami untuk melihat sendiri. Suami juga terkejut. Dia kata dia sendiri dah pastikan semua buah tu dibuang. Kami dua2 kelu.
Suami minta dah jangan bersangka2. Kita tak ada bukti. Berdosa besar menuduh seseorang. Saya akurkan. Akibat saya dah lemah, saya tak boleh buat kerja rumah dan terbaring. Saya tak boleh tidur malam. Anak sentiasa menangis. Bila saya dah tak mampu nak bacakan doa pendinding pada anak, saya minta suami uruskan sendiri. Maha suci Allah masa suami saya bacakan, anak saya macam histeria. Bayangkan anak saya baru berusia 4 bulan. Akhirnya suami mengaku dia setuju .. ada unsur lain, suami bagitau ayat yg dia bacakan bukan biasa2 . Tp adalah ayat yg diajarkan ustaznya untuk menghalau jin satu masa dulu.
Masa saya sedang basuh pinggan di dapur saya dapat rasakan kehadirannya, saya berlawan dgn diri sendiri. Saya baca semua ayat pelindung. Lepas dah siap basuh pinggan , anak saya yg berumur 6 tahun ada bagitau kenapa orang yg ada perut terkeluar tu lari dari saya dan masuk bilik. Masa tu saya rasa mcm stop bernafas. Itulah kali pertama anak saya bercakap tentang sesuatu yg tidak wujud.saya tak mahu anak saya dikacau dah.
Mulai saat itu suami temankan saya tiap2 malam dan siang, kami baca quran sama2. Saya pasang ayat ruqyah tanpa berhenti walau sesaat. Keadaan tu berlanjutan selama berbulan, bila diingat balik, adalah sampai 6 bulan. Sehingga saya betul2 dah kuat balik. Pada satu masa, saya beritahu suami saya nak buat ruqyah mandiri, kerana suami tak izinkan saya pulang berubat. Saya minta suami jagakan anak, sebab saya tak pasti apa akan berlaku semasa saya sedang ruqyah. Bayangkan masa saya buat ruqyah mandiri anak saya tidur, tapi sampai masa ayat tertentu, anak saya kedua2nya menjerit kemudian sambung tidur balik. Alhamdulillah selepas kali pertama saya ruqyah mandiri, saya rasa dah kuat sikit. Saya ingat sampai 3 kali saya buat , saya dah boleh rasa boleh bangun dan bergerak.
Sepanjang masa 6 bulan tu, penat sangat nak berlawan dgn suara2 yg muncul dlm hati saya. Ustaz di malaysia juga mendoakan kami sekeluarga. Katanya ini ujian buat kami.
Saya boleh agak angkara siapa, kata ustaz Allah akan ilhamkan pada saya . tapi untuk apa tujuannya saya tak pasti. Saya tak pernah bercerita pada orang apa yg terjadi pada saya dan suami sepanjang kami di obersea. Biarlah tuan punya badan menjawab esok2. Dan untuk saya dan suami kami tidak pernah bercerita lagi perihal saya sakit sampai sekarang. Walaupun dah setahun.. saya masih ingat dan berhati-hati dengan orangnya.
Saya kurangkan berjumpa kerana lagi banyak jumpa mungkin lagi banyak sakit hatinya yg saya tak tahu akan timbul nanti. Setelah apa yg terjadi, saya terbuka mata baru dapat melihat betapa dia benci saya di ekor matanya setiap kali melihat saya walapun kata2 nya sangat manis. Selama ini saya tidak pernah nampak dan tidak tercapai dek akal sampai begitu jauh dia buat..namun apa yg telah terjadi memberi saya peringatan.
Pesan suami saya, kalau Allah menghendaki sesuatu, walaupun orang cuba nak buat sesuatu yg lain, dia takkan boleh buat.semuanya terjadi dgn izin Allah. Kata-kata itu yg menjadi pegangan saya,dan dgn izin Allah saya sembuh. Dan cuba elakkan bersangka, kerana sangkaan itu drpd syaitan. Jangan terperangkap dgn permainan syaitan dan buat kita saling benci membenci.
Ujian akan buat sama ada kita makin dekat atau makin jauh dgn Allah..moganya bila kita diuji sakit dan dibuat orang, kita tak mensyirikkan Allah. Berdoalah direct kpd Allah kerana tak ada hijab kita dgn Allah. Melainkan ada dosa2 yg kita belum taubat.
Serik bila saya ingat masa sakit tu. Apapun doakan saya,suami dan anak2 sentiasa kuat dan dilindungi Allah.. Semoga kita semua husnul khotimah.
– Kate
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit