Sakit?

Assalamualaikum dan hai , so aku tak tau nak start dari mana and macammana sebab aku tak pandai sangat buat karangan dengan ayat yang sesuai so macam tu je la…
Okay, why aku letak tajuk “sakit” sebab aku nak cerita pasal diri aku dan dalam masa yang sama aku nak luahkan kat iium confession untuk diri sendiri .
Tahun 2017 aku berumur 18 and ambik kemahiran dalam bidang_______ , selama 6 bulan dan dalam beberapa bulan sebelum habis belaja tu aku dah rasa nak berhenti sebab pengajar yang suka bagi hukuman kat student , korang tau tak hukuman apa lompat katak jalan itik dan lain-lain.. lagi malangnya da kawan aku yang sama bidang , dia berumur 30an pun turut kena sama sebab tak siap sesuatu kejaa.. and 1 sebelum habis pengajian aku terpaksa berhenti belaja sebab tak tahan dek kerana “tertekan” . Ya itu benda kecil tapi hakikatnyaaaaaaaa aku tak dapat terima semua tu, aku menjadi murung ,diam dan suka menyendiri serta nangis setiap malam… memang tak da mood nak menuntut ilmu lagi…
Tambahan lagi, sebelum aku berhenti, aku memang tak turun kelas , dan aku didapati menghidap penyakit iaitu Diabetes Tahap 1 pada umur 18 (now 19) and aku terpaksa guna insulin injection kerana pankreas tak dapat berfungsi lagi, dan aku sedihhhh sangat macam aku dah takda harapan lagi nak hidup sebab makan minum semua kena control ..
Aku sedih sangat and everytime aku tanya kat diri aku “kenapa mesti aku yang kena?” … dan setiap malam jugak aku menangis , hidup aku 360 darjah berubah dari segi makan dan minum dengan insulin injectnya lagi … aku pun masuk ward dalam 4 hari sebab kena + air… but parents always gimme strength..
But now aku okay sebab aku da buat acc ig yang khas untuk diabetes je , aku follow minah salleh yang ada diabetes and wowwww , diaorang da diabetes dah macam satu trend … seriously, tu membuatkan aku semangat dan hadapi hidup dengan penyakit ni… motivasi untuk diri sendiri juga penting… so setakat ni je aku punya confess sebab tak reti nak buat ayat yang tiptop… okay baiii
– Bukanmakcikbawang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit