Alhamdulillah saya seorang yang diajar bab fardhu ain & kifayah sejak kecil, pendidikan awal saya di sekolah agama. Saya mula menghidap penyakit Tinnitus, menyebabkan saya mendengar bunyi desingan 24 jam yang entah datang dari mana datangnya, kalau kita dengar bunyi ngilu geseran besi seminit pun dah tak boleh tahan, inikan pula bunyi desingan tinnitus 24 jam tanpa henti, adakalanya kuat adakalanya slow, tersiksa saya hanya Tuhan yang tahu.
Bukan sahaja saya menderita tinnitus ini bahkan kesihatan saya yang lain juga tak menentu, pernah ketika saya menunggang motorsikal di highway mrr2 kepong, terpaksa berhenti di tepi jalan, terasa pening dan seluruh lengan kiri dari bahu hingga ke pergelangan tangan tiba tiba sakit terasa seperti dicucuk cucuk, tangan kiri saya tak bermaya lagi untuk tarik clutch motor yamaha saya, seringkali terjadi keadaan begini terhadap diri saya.
Berkali sudah saya ke Hospital, bermacam ubat Doktor bagi, masuk dalam terowong MRI pun sudah, ujian darah sudah, ECG dan Ultrasound di organ perut pun sudah, tapi belum diizinkanNya untuk sembuh dan doktor sendiri tak boleh beritahu saya apa puncanya, sejak saya mula menghidap tinnitus dan sakit sakit badan, hingga hari ini saya tak mampu tidur malam dengan baik, tidur yang tiada kualiti.
Setelah dua tahun keadaan berlarutan begini, emosi saya semakin kacau bilau, minda ingatan saya dah mula terganggu, deria rasa dah hilang dari diri saya, apa saja yang saya lakukan tak memberi apa2 FEEL, hanya menderita kesedihan setiap hari, kualiti hidup semakin merosot, tak mampu melakukan aktiviti siang hari dengan baik, gagal berkomunikasi dengan persekitaran, sering sakit mengejut secara tiba tiba seperti yang terjadi di atas highway mrr2 yang saya ceritakan tadi, saya tak mesra lagi dengan rakan2 tempat kerja dan masyarakat, imej saya berambut seperti Alleycats.
Saya bekas staff syarikat ternama dalam negara, jika saya mention nama syarikat itu disini pasti pembaca semua tahun, lebih dari 3 tahun saya bekerja disitu, 2018 saya ambil keputusan yang paling besar dalam hidup, pertama kali saya berhenti kerja dalam masa 24 jam kerana tak mampu lagi kawal emosi dek ketidakfahaman org sekeliling terhadap saya, bekerja kami statusnya kontrak ke arah tetap, dua tahun sekali kan renew, hanya yang prestasinya benar benar terbaik kan mendapat tawaran tetap.
Maka sesiapa saja harus jaga prestasi dan berhati hati, tersalah dan tersilap kan dicungkil semahunya oleh mereka yang obses status tetap, pemangsa kan mencari mangsa, keadaan saya pada waktu itu sangat sesuai untuk dijadikan point, kerana saya sudah tak bercampur lagi dengan sesiapa, hanya menjalanlan tugas saya saja, sampai satu tahap, emosi saya semakin teruk dek kerana tak mampu saya lena diwaktu malam, saya menghilangkan diri seketika dari tempat kerja.
Saya dah blur bengong dan tak mampu uruskan diri lagi, terus menyepi selama 5 hari dalam rumah, kemudian saya respon majikan tanpa munculkan diri, saya tembak email notis berhenti kerja dalam 24 jam dan perap diri saya semula dalam rumah, tak mahu jumpa sesiapa dan tak mahu lakukan apa apa aktiviti, bukan lah saya tak sedar, tapi entah lah, saya sukar cerita dalam bentuk kata kata apa yang saya rasa, sah takde apa feel.
Cuba tenangkan diri dengan pelbagai cara pun tak jadi apa, saya buat apa pun takde feel hanya mendengar bunyi desingan di telinga saja, hanya kesedihan membelenggu diri, tidur tak kena, makan tak kena, mandi tak kena, buat apa pun rasa tak kena, hanya bunyi desingan di telinga saja menjadi teman saya pada ketika itu.
Hampir 3 minggu (kalau tak silap) berlalu, adik beradik saya wasap call saya hanya respon baik2 saja dan tak mahu jumpa sesiapa, saya mahu berseorangan diri mendapatkan ketenangan namun tak juga dapat, kemudian salah seorang kawan saya dtg ke rumah ziarah saya, saya dibawa olehnya berubat dengan seorang Ustaz, sakitnya semasa berubat mmg perit, setelah 3 jam saya dirawat, kata ustaz saya kategori disihir, saya tak mahu percaya sangat bab2 begini, seumur hidup saya tak ada musuh, saya tanya, siapa yang hantar?
Jawab ustaz, sihir ini bukan nak ditujukan buat saya, penyihir pun tak pernah mengenali saya, penyihir hanya mahu test ilmu sihirnya, dilepaskan tanpa tuju kepada sesiapa, nasib saya kurang baik, sihir itu terkena pada saya. Setelah sesi rawatan dengan ustaz, saya disuruh ke Hospital bahagian Psikateri pula(Saraf), kata Ustaz, kita mesti ikhtiar kedua dua cara baik kaedah islami atau moden.
Alhamdulillah, saya ke bahagian Psikateri PPUM Petaling Jaya, Doktor pakar saraf, ditanya macam2, diberi ubat test selama 5 hari dahulu, kemudian dtg semula, namun deria rasa saya masih saya, takde apa2 perubahan, hanya mengantuk setelah makan ubat, itu saja. Kali kedua saya datang, macam2 pemeriksaan yang doktor buat, test itu test ini dan disuruh saya cerita perihal hidup sejak kecil.
Saya cerita sekadar yang ingat saja dan masalah deria rasa saya yang hilang juga diberitahu, hanya mahu murung saja. Sesudah analysing, doktor minta saya makan ubat Lexapro 10mg dengan tempoh masa yang diberi, saya tanya apa masalah saya sebenarnya? Doktor buat satu statement yang saya didapati Depression Disorder, doctor minta saya berehat di wad seketika, tapi saya enggan.
Alhamdulillah, setelah saya usaha amal makan ubat Lexapro 10mg untuk sebulan, saya dah boleh menulis seperti sediakala, ingatan mula pulih tak seperti klimaks tempoh hari yang menjadikan saya kerap lupa bahkan nama kawan saya pun pernah terlupa, saya dah mula ada feel melakukan sesuatu, bila dengar lagu2 dan apa saja, saya dah mula rasakan DERIAnya, saya kembali uruskan diri seperti biasa, dah boleh fokus perkara yang dilakukan, saya mula melakukan kerja sambilan demi sesuap nasi.
Setelah 7 bulan lebih saya hilangkan diri dari tempat kerja lama, dengan selamber saya call majikan dan nak jumpa HR, mereka terkejut dan lekas suruh datang, saya melangkah berjalan bak bergaya, macam takde ape yang berlaku, haha. Saya jelaskan segalanya serta surat2 dari Doktor, kata HR, notis saman kompaun penalti (Berhenti dalam tempoh Kontrak) telah dikenakan ke atas saya, mungkin surat tu tak sampai ke rumah saya, nasib baik saya tak terima surat tu, kalau saya terima masa saya murung terperap dalam rumah, entah apa tindakan yang saya ambil.
Alhamdulillah saya semakin pulih, namun penyakit tinnitus masih ada, saya masih lagi gagal tidur dengan baik, terpaksa ambil ubat jika keadaan tak terkawal, kesihatan mental dan fizikal saya dah tak sama seperti zaman sebelum menghidap Tinnitus, minda saya dah sukar absorb perkara baru, bahkan saya nak hafal jalan pun susah, doktor dah bagi warning supaya saya jaga kesihatan mental sungguh2, risikonya saya boleh mengundang Skizofrenia.
Kini, sukar untuk saya mendapatkan kerja kerana record berhenti dalam masa 24 jam. Saya buat kerja part time saja, itupun jika saya mampu tidur malam dengan baik dan terpaksa menjadikan Ubat sebagai peneman hidup, kerana rekod kesihatan, sukar lah untuk diterima dan saya sendiri pun berterus terang dalam sesi temuduga, saya risau gagal bertugas dengan baik jika diterima kerana saya masih lagi menghidap Tinnitus.
InshaaAllah, saya takkan depress lagi, saya cuba kawal dengan ubat Lexapro 10mg, namun Tinnitus ini masih ada dalam diri saya, para pembaca doakan saya ya. Sedikit pesanan buat diri sendiri juga, elakkan membuat andaian sendiri terhadap mereka yang kelainannya sukar kita fahami, apapun hanya Allah S.W.T saja Yang Maha Mengetahui, pengetahuan kita terbatas.
– Abdullah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit