15 Febuari 2021,
Aku yang sibuk dengan ‘ward round’ kehulur dan kehilir untuk ‘clerk’ pesakit yang baru masuk ke dalam ward dan menyiapkan semua document pesakit usur selesai ward round pagi,
Oh! 5 blood transfusion, masuk untuk chemotheraphy, electrolyte imbalance, optimization pre chemotheraphy, review darah pesakit yang plan nak chemotheraphy harini…
Alamak! darah tak cantik, kita optimize dulu, esok ya kita chemotheraphy pak cik Ahmad!
” Ya Allah..dah pukul 1.30 petang! pukul 2 nanti ada temujanji doktor sakit puan!”
Hanya air ribena sejuk yang dibawa dari rumah yang aku jamah dari pagi tadi,
Seperti cacing kepanasan, mindaku ligat berfikir urusan pesakit yang belum selesai sambil mengisi borang- borang yang masih berbaki di atas meja untuk urusan makmal
Penat tapi gembira, terlalu gembira setiap kali mahu ke temujanji doktor O&G.
Membawa kandungan 14 minggu ini, mengikut scan seawal usia kandungan 6 minggu yang lalu.
‘Eh, DCDA twin lah!’
Nampak dua kantung berbeza, satu punya bayi dan denyutan jantungnya sangat menenangkan….. Dan satu kantung lagi tiada bayi.
Hatiku runtun, ya.. runtun.
Tapi aku tahu Allah maha mengasihani.
Tidak mengapa.. Mungkin terlalu awal? Mungkin? Kataku menyedapkan hati suami,
Jika satu lagi bayi tidak menjadi, moga yang lagi seorang akan membesar dengan sihat dan selamat semuanya..
‘You okay tak?’ sapa Dr H di bilik pesakit klinik O&G
‘Oh.. sorry2, megelamun sekejap’
Dr H : Bila you last scan ye?
‘Eh baru je… 3 weeks back’
Dr H : I ada berita tak berapa gembira, i could’nt find your baby’s heart beat with this irregular sac.. It seems like your baby died about 2 weeks back according to baby size,its only 11 weeker,
‘We still considered this as first trimester miscarriage ya.. As the baby size is only 11 weeker. Im so sorry.. Kita jumpa lagi dua minggu kiv erpoc (cuci rahim) jika baby tak keluar sendiri ya’
Because this is your 2nd miscarriage in first trimester, we still consider this as chromosomal abnormality, as you know most of first trimester miscarriage due to this abnormality, that.. The baby could’nt suvive..
‘Tho… fetal heart.. was present… previously..?’
Menggigil suaraku melantunkan satu per satu bait kata kepastian.
‘Yes… regardless’
Diam tak berkata. Aku tak mampu memberikan apa apa reaksi ketika itu.
Ya.. Aku tak percaya. Sudah 14 minggu? Dua kali previous scan fetal heart present, now? Why?
Tidak ku sangka, apa lagi ku duga.. Peristiwa hitam itu berulang kembali.
10 Oktober 2016,
Berita gembira buatku dan suami, kehamilan yang pertama, dan buat pertama kali dalam hidupku.. Gemuruh bercampur gembira, ‘excited ‘ nak jadi ibu..
Setelah hampir setahun perkahwinan kami, tapi.. Itu cuma kegembiraan yang sementara.
Allah lebih sayangkan ‘saif’ mama.. Allah ambil ‘ saif ‘ mama ketika kandungan 11 minggu.
Mama demam panas dan tiba- tiba, darah menitis tidak berhenti.
Suatu petang yang takkan mama lupakan, tiba-tiba mama rasakan ‘contraction’ yang sangat sangat sakit
Tak pernah mama rasakan sebelum ini.. Saif..
Mama berdoa dan terus berdoa untuk Saif terus ‘hidup’
Tapi Allah lebih mengetahui, dan Dia lebih menyayangi saif.
Allah ambil saif ketika mama rasakan kebahagiaan yang tidak ternilai yang tak pernah mama rasakan sebelum ini.
Mama sayang Saif, tapi Allah lebih sayangkan saif
Mama redha Saif pergi, sayang…
…………………………………………………………………………….
‘You oncall today?’
‘Yes! im oncall but incase i pass out poc (product of conception) today during my oncall, can help to replace me?’
‘Yes, sure.. just give me a call, i’ll help to standby during your oncall’
Aku gagahkan juga 2 hari berturut active call ketika fasa menunggu bayi suci itu ‘ turun’ sendiri.
Kusangka oncall yang sangat sibuk dapat percepatkan proses itu, nyata aku salah.
Cukup dua minggu, hening subuh 2 march 2021,
Ya tarikh ini takkan kulupa.
Aku yang sudah persiapkan semua bekalan ke hospital untuk kedewan bedah.
Tiba-tiba kesakitan yang pernah aku rasakan dulu datang.
Teramat sakit, mungkin kandungan yang sudah agak besar jika dibandingkan dengan kandungan yang dahulu.
Ditolak ke zon merah malam itu, ya teramat sakit, mungkin kesakitan yang bercampur dengan sakitnya jiwa yang kehilangan bayi yang dikandung,
Sakitnya rasa ini.. Dia yang tahu.
Ya.. Dia yang memberikan rasa gembiranya suamiku ketika aku hadiahkan ‘ dua jalur ‘ itu kepada suamiku ketika hari lahirnya 3 bulan lepas.. Dan dia lebih mengetahui akan setiap sesuatu,
Ketika aku merasakan aku sudah sangat bersedia menimang cahaya mata ini.
Dia lebih mengetahui, ini bukanlah masa yang sesuai untukku.
Dia lebih mengetahui, ada yang lebih baik menantiku di hadapan.
Dia yang memberikan rasa sakit itu untuk menghapuskan semua khilaf dan salahku.
Dia yang memberikan aku kekuatan untuk terus berdiri dan menerima semua ketentuan ini dengan hati yang mulanya aku paksakan untuk terima amat pahit untuk ditelan.
Walau hanya untuk dikemam.
Aku tak mampu…
Sungguh aku tak mampu, Allah…
Kuselak sehelai demi sehelai kalamNya.
Mencari cari, bagai yang sangatlah dahaga menanti jawapan,
Bagai yang kelaparan sudah lagi kebuluran,
Aku buntu, menyalahkan diri sendiri, itu sudah pasti,
Tika itu… kubaca utusan Cinta Sang pencipta.
‘..demi waktu dhuha’
‘ ..dan malam apabila ia sunyi sepi ‘
‘..(bahawa) Tuhanmu (wahai muhammad) tidak meninggalkanmu
‘..dan Ia tidak membencimu (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
‘..dan sunggih kesudahan keadaanmu adalah lebih baik dari permulaan’
‘..dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau berpuas hati
– surah adduha, 2-5
Mungkin ini adalah ‘hadiah’ Sang pencipta,
Agar aku lebih mengenali diri,
Mensyukuri semua yang diberi,
Dan menjiwai segala,
Lebih menyayangi apa yang ada,
Kerana semua ada nilainya,
Tak kira bila, tak kira apa, tak kira kenapa dan mengapa,
Jangan dipersoalkan itu semua,
Kerana dia Ar Rahman,
Mana mungkin Dia menyakiti tanpa solusi,
Mana mungkin Dia memberi tanpa Dia menguji,
Kerana, Dia juga Alwadud..
Sang Pencinta,
‘Dear darling angels… beautiful soul of mine,
Mama and papa love both of you so much,
Tho we cant hug you physically, we will always hug you in dreams..
If our love was enough to safe both of you,
You would nave live forever..
Yes, forever… in my heart…’
Love,
Mama and papa.
With tears that will never dry.
Doakan kami.️
– Qurratu ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit