Sakit Hati Si Pendendam

Ya Allah. Aku sedih. Aku sedih Ya Allah. Aku ada adik cuma seorang. Aku taktahu nak type ayat macamana dalam keadaan sedang menangis.

Apa yang terlintas lah aku akan tulis. Adik aku, lelaki, umur beza setahun dengan aku. Kami kerap bergaduh sejak dari kecil, kami bukan adik beradik tiri.

Cumanya aku sebagai anak sulung, sikap toxic suka mengarah dan mempunyai tanggapan bahawa junior kena follow senior tu memang menebal.

Semakin aku meningkat usia dan beliau pun meningkat usia, aku dah sedar tahap aku boleh mengarah pun makin menurun tapi masih ada jarang2 sekali. Point tadi aku terpaksa sebut sebab kes dendam adik ni since dia kecik, ancestral trauma is real.

Benda ni, ada pada adik sebab dia belajar daripada life parents kami yang masing2 membesar dengan suasana yang toxic daripada atok nenek keduanya.

Masalahnya, kalau aku tahu adik aku yang usia tua ni nak dendam teruk macamni, dari kecil lagi aku takkan jadi perangai macamtu,

Tapi sebab usia aku yang sudah menjadi buluh, amat sukar nak dilenturkan lagi tapi tak bermaksud aku selalu buat yang terbaik untuk jadi abang yang terbaik.

Beliau memang tak aku nafikan bahawa dia anak yang terbaik dalam keluarga sebab beliau pandai dalam pelajaran dan juga bab2 kerja rumah, contact orang2 itu ini untuk bab baikpulih rumah, kesihatan parents, adik perempuan memang tip top. Aku?

Aku juga buat semua kerja yang dia buat tapi jarang2 sekali, itu dulu, now? Tidak lagi. Kenapa?

Awal tahun lepas kami gaduh teruk sehinggakan parents buat surat aku janji yang perlukan signature kami berdua. Dalam surat itu mengatakan akan ada seminggu sorang buat kerja rumah sorang lagi rehat seminggu.

Aku sepanjang seminggu, tak pernah culas, aku bagi servis terbaik. Lantai rumah aku sapu, dapur aku cuci, pinggan mangkuk sentiasa aku basuh, kiranya memang aku bagi servis sentiasa yang terbaik dari seawal waktu subuh, sepanjang seminggu tu.

Kenapa now aku langsung tak buat kerja rumah dah?

Puncanya, kebetulan kami pergi bercuti dan dalam tempoh bercuti tu, tempoh aku bekerja.

Bila bercuti, mood kerja masih ada tetapi aku takdelah sampai grab penyapu, sapu lantai pepagi, pinggan dalam singki pun sentiasa tiada, sampah pun aku buang, sebab homestay di Putrajaya tu homestay 5star kot, bersih gila.

Then balik dari bercuti tu, adik kata aku tak buat kerja masa bercuti, memang dia ada ikut aku buang sampah masa di Putrajaya tu, tapi, sampah bukan jenis banyak and besar2 macam di rumah sekarang,

And plus aku bukan nampak dia bangun pagi2 cuci itu ini pun sepanjang di homestay then dia claim lebih2 dia kata ada hak nak bising2 dekat aku pasal isu aku tak buat kerja sewaktu bercuti di Putrajaya tempoh 3 hari.

Aku selalu jenis pacifier tau, inginkan berdamai but dia ni sebab isu dia jenis pendam, dendam since kecil terbawa2 sehingga meningkat dewasa. Aku taknak bergaduh dengan adik sampai aku tua macam Abah dengan arwah adik abah.

Hubungan Arwah adik abah & abah menjadi keruh sebab perangai isteri beliau yang narcissist, yang selalu negatif, yang selalu makin ditegur perangainya makin menjadi2.

Abah pernah suarakan kepada arwah Nenek dan atok, kemudian arwah nenek pernah kata “Hang tunggulah hang tua nanti, hang anak jantan pun ada 2 orang, baru hang tau” kata2 ni sentiasa terngiang2 dalam fikiran abah, aku, adik.

Aku kadang2 terasa aku ni memang ditakdirkan untuk tak boleh berbaik dengan adik walau macamana baik aku cuba jadi pun sebab everytime jadi isu gaduh benda kecil, dia akan besar2kan. Contoh tadi gaduh isu seluar.

Dia kata dia beli seluar tu, then aku kata aku pun ada seluar tu dan hampir 2 tahun dah seluar tu ada dalam beg aku, baru aku keluarkan baru2 ni dan dia kata “ohhh patut lama adik cari adik tak jumpa, ni seluar adik la bang” dia sebut ni 3 minggu lepas.

Itu 1st. Aku cakap itu seluar aku, then nampak dah bait pergaduhan. Then tak lama lepastu, dia bawak baju naik atas, aku tahu dia nak test aku kot2 itu baju aku, then aku kata kat dia, ini bukan baju aku, itu baju sekian2.

Then dia kata “ohh” and pergi. Now masuk minggu ketiga/keempat dia sebut lagi, aku ingatkan dia ni dah selesai rupanya dia bangkitkan lagi isu ni.

Now aku cakap kau ambik je la seluar tu, aku redha, then dia kata kepala hotak kau redha macam kau still claim tu barang kau.

Then aku pun kata memang aku kata tu barang aku pun.

Sebelum2 ni pernah je barang2 aku dia claim barang dia, banyak dah, aku redha je dia ambik janji tak bergaduh, then tadi dia sebut dia pun banyak kali dah redha aku ambik barang dia, kepala bu*** betul. Dia nak aku sebut macamana yang dia nak senyap tah.

Makin aku suruh dia diam dan ambil je seluar tu, makin dia bising2.

Kemudian dia spin zaman jahil, zaman jahat aku dulu, dia point out satu2 aku punya kesilapan and dia claim cerita2 yang seolah parents and family aku on his side sebab sentiasa taknak bagi aku “stress” F**K DIA.

Aku minta maaf aku sakit hati. Aku benci ada adik ni. Malang sungguh kami satu course… Malang sungguh usia berbeza setahun.

Aku bukan nak jadi anak tak bersyukur, aku selalu bersyukur, tapi bila duduk dekat serumah dengan adik, aku rasa macam ringan je tangan nak buat benda yang aku tak pernah buat.

Aku risau. Aku harap perasaan marah tu cuma berakhir dengan type disini. Oh lupa nak cakap, now since aku dah tak buat kerja rumah, aku cakap kat dia, kau perasan tak aku dah tak buat kerja rumah since bila?

Dia cakap dia perasan and now memang dia selalu cakap dekat parents dia buat semua kerja rumah sebab dia kesiankan aku, taknak bagi aku stress, FUDNBDKSJ betul. Aku lagi stress tak buat kerja rumah, aku stress sebab dia tak reti hargai aku je. Rupanya dia ni bodoh.

Selalu sangat jadi pandai sampai rasa dia terpandai dalam setiap benda.

Petang tadi pergi library pun, aku dah kata kat dia, dik library ni, guard tak bagi kita bawak laptop bagai naik atas dengan beg ni,

Dia reply “ohh takpe adik dah nego” dengan riak muka “abang aku pe tahu, cakap je lebih, aku dah banyak dah nego dengan orang sebelum ni” mentang2 aku jenis yes man punya person,

Dia anggap aku bodoh and rasa hormat terhadap aku tu dia dah hilang sebab dia rasa aku ada ke takde ke, dia boleh buat semua benda…

Memang sekarang, kami berdua tunggu dapat kerja je, dah shortlisted, after dapat kerja, aku nak cari alasan dekat parents untuk aku pindah rumah.

Kereta pun aku nak beli sendiri, biar kereta kecik kancil pun, biarjela kereta proton yang parents belikan first time untuk aku dulu lepas habis spm tu adik yang pakai,

Now pun dia pakai tak segan silu dah, siap order rfid tag diam2 nak pasang kat kereta tu lagi, yela, aku sedar tu bukan kereta aku pun, kereta abah bagi pinjam dekat aku…

Haih. Penat gaduh. Aku jenis family man. Tapi kalau macamni la selalu, aku rasa better aku duduk berjauhan, jadi anak soleh dari jauh.

Duduk pun bau tahi, baik berjauhan bau wangi. Aku sedih. Aku sedih. Ya Allah aku sedih.

– Abang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *