Sakit Itu Hadiah Daripada Allah

Assalamualaikum hi . Aku seorang student. Still tengah berusaha habiskan degree di sebuah ipta. Confession aku tentang sakit aku.

Ramai sebenarnya orang tak berapa nak tahu pasal sakit ini. Bila cerita, org akan cakap oh kesiannya awk. Oh bengkok macam nenek kebayan ke. And lain lain lagi. Aku sakit apa? skoliosis aka tulang bengkok. Apa tu skoliosis? sila google. Penyakit ni yes tentang physical. Tp act yg lebih teruknya ia melibatkan mental pesakit tu. Sbb apa? sebab dia akan rasa rendah diri. Yes banyak kali aku rasa rendah diri lagi lagi kalau org ckp ‘kau ni barang berat sikit pun tk bole angkat’ .’kau ni takkan tu pun tk bole buat’.

penyakit ni kalau awk semua google dia ada ckp kalau bole elakkan bawak benda berat. Elakkan. Aku try elak tapi org surrounding aku tk paham. Sebab nampak aku normal. Aku cerita yg aku sakit cuma kenkadang kalau aku rasa sakit sgt aku tahan. Org yg sakit ni ja akan faham. Banyak kali aku rasa down. Kwn aku pun penah buat aku down haha. Mungkin dia nak bergurau. Dia penah ckp ada ke org nk ambik aku kerja bila tau aku sakit sambil gelak . Dia nk bergurau. Aku masih husnudzon. Kalau rasa aku ni sensitif teruk, maaf. Penyakit ni buat aku down. Tp ak redha. Ni hadiah ilahi.

Baru baru ni aku sembang lagi dgn kawan kawan aku. Girls kalau ramai ramai suka sembang apa lgi. Okpos jodoh. And tetiba ada satu soalan dari kawan aku.

“Ada ke laki yg sanggup terima org yg sakit macam kau”

Ada jgk yg ckp .

“Kau patut kawen dgn doktor so dia bole rawat kau”

Haha . Aku gelak je time dia tnya. And terpikir jgk pasal benda ni kdg kdg(please jgn cop gatal). Ada satu tahap, aku fikir aku tanak kawen sbb tanak susahkan org. And aku takut nk kenal dgn lelaki sebab aku takut nk ckp “u, i sakit. U sanggup ke”. Kat sini aku bukan nk org simpati dengan aku, aku cuma nak luah.

To scoliosis fighter, lets fight together this battle to the end. Anggap ini hadiah tuhan . Utk org lain , kalau kau ada kawan yg sakit mcm ni, tlg peka. Dia bukan mengada, tpi dia memang sakit. Ada org yg sakit scoliosis ni sampai depression. sebab kata kata org sekeliling. Jaga mulut. Adios.

P/s: kalau sapa ada sakit mcm aku ni, mention la. Nti aku add fb. Mybe kita bole kenal. Huhu . ada tak yg nak share experience mcm mana awk hadap sakit ni, hadap org sekeliling? nak tau jugak.

– scoliosis fighter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit