Sakit Itu Mahal

Hi semua. Dekat sini i nak story sikit soal kesihatan. I bukan doktor mahupun nurse. Actually apa yang jadi dekat dalam hidup I ni buat I jadi paranoid, over protective dan kekadang terasa macam acah acah.

I kehilangan arwah abah masa umur 7 tahun. Masa tu mak yang besarkan , I ada sorang abang and time tu dia sambung study di maktab perguruan. My mom sebelum tu dah lama berhenti kerja. So arwah abah kerja sorang. Nak dijadikan cerita, keluarga kami di beri ujian dengan agak berat. Arwah abah sakit teruk, keluar masuk hospital. Macam macam penyakit, I pun tak berapa ingat sakit apa.

Arwah abah dulu sorang yang berbadan sasa. Masa dia sakit tu badan abah kurus sangat. Nak bangun pun tak larat. Sedih. Abah smoker tegar dulu. Sehari sampai dua kotak. Maybe sebab stress kerja, Abah juga suka minum airmanis. Makan pun tak jaga. Lepas abah sakit teruk, mak lah yang ambil alih tugas abah. Kesian mak, masa abah masuk hospital, mak pernah bawak I naik basikal nak lawat abah. Segar lagi dalam ingatan, masa tu hujan ribut, I duduk belakang. Tapi mak gigihkan jugak mengayuh.. Tapi masa tu I kecil, jadi i tak faham apa yang mak rasa.

Pernah satu hari, abah sakit tenat. Masa tu dekat rumah, mak call ambulance sebab tiada siapa boleh hantar kami ke hospital. Abah dimasuk kan ke wad kecemasan, badan abah penuh wayar. Masa tu last abah mintak I cium dia, I takut. I takut sangat, dengan dada abah ada macam cecair yang doktor letak, wayar banyak dan keadan jadi I sendiri takut nak ingat. Malam tu rasa sayu, kami tak boleh tengok abah. Mak kata kita kena doa banyak banyak. Actually malam tu harapan untuk abah baik amatlah tipis..

Sampai lah esok pagi, saudara mara ramai datang. I pelik, tapi tak apa lah. Jam hampir 9 pagi, masa tu sempat breakfast tepi abah. Abah buka mata. Dia pegang tangan I, sempat lah kami bersembang sikit. Tiba tiba abah senyap, abah lepaskan tangan I. I fikir barangkali abah tidur. Mak bergegas panggil nurse dan kami diminta keluar. Bila doktor dan nurse keluar je, abah disahkan meninggal..Oh mak pernah cakap, paru paru abah rosak. Macam kena makan anai anai. Mungkin effect dari merokok.. Al fatihah buat abah.

Masa berlalu dengan pantas. Sudah 17 tahun abah pergi.. Abang pun sudah tamatkan pengajiannya dan sekarang dia sudah bekerja dan berkahwin. Alhamdulillah dia dikurniakan 3 orang cahaya mata. Dipendekan cerita, I pun dah bekerjaya dan bekerja disyarikat swasta. Setahun bekerja I decide untuk suruh mak berhenti kerja. Kesian mak mengerah tenaga untuk besarkan kami dua beradik. Alhamdulillah abang pun banyak sara kami. Tapi I tak boleh nak harapkan dia sangat sebab dia pun ada family.

Walaupun mak dah tak kerja, mak tak suka duduk diam dekat rumah. Ada je benda nak dibuatnya. Kadang kadang pergi gym, walaupun tak dapat lah nak berlari macam orang dekat treadmill tu sebab sakit lutut hehe. Satu hari mak cakap dia kerap rasa sakit dada. Mula mula ingat kan angin, tak ada lah nak bawak mak pergi check up.

Kadang kadang tangan kerap rasa bersemut, I fikir maybe dah tua. Tapi makin kerap pulak jadi. Pergi check, doktor sah kan kolestrol mak tinggi. Pelik, padahal mak kurus. Rupanya dulu masa mak kerja mak makan semua benda yang tak sihat, berlemak, berminyak dan macam macam lagi.. Makanan viral apa je mak tak pernah cuba.

Sampai satu hari, maybe kolestrol mak dah tinggi sangat. Dulu masa check, doktor kata satu saluran je yang sumbat. Mak kerap sakit dada waktu malam dah tengah pagi. Boleh dikatan kan dalam seminggu tu dua hari je mak tak kena attack. Mak taknak pergi hospital sebab nanti kena tahan, kesian anak abang takde siapa yang nak jaga. Sampai lah satu tahap I tak boleh tidur malam sebab risau akan mak.

Allah je yang tau betapa sebaknya tengok keadan dia yang lemah macam tu. Seorang wanita yang tak pernah menangis walaupun penat besarkan anak anak anaknya, subuh tu tengok mak menangis tahan sakit sambil suruh i urutkan belakang dia. So nak taknak kena jugak bawak mak pergi hospital.

Doktor sarankan untuk mak buat rawatan susulan ke IJN sebab arteri mak ada dua tersumpat. Allah, down betul rasa masa tu. Mana ada duit lebih, I pun baru bekerja.. Buntu. Kenapa Allah datangkan ujian macam ni. Tapi Allah tu maha penyayang, rupanya GL abang boleh cover semua rawatan mak.. Allahmdulillah Allahu Akhbar

Sejak dari haritu I jadi paranoid. I jaga makan bukan sebab nak kurus nak cantik je tapi apa yang dah jadi dekat family I. I kehilangan seorang bapa sebab dia seorang yang kuat merokok. Mak pernah dapat sakit jantung sebab tak jaga makan. Kalian yang baca post ni, tolong jaga lah kesihatan. Allah bagi kita kesempatan semntara sihat ni jaga lah elok elok. Makan lah apa pun cuma berpada pada.

I cukup sedih bila ada segelintir yang cakap, makan je semua tak payah pantang pantang. Sedarkah kalian bahawa sakit itu mahal dan boleh beri impak besar kepada orang yang kita sayang? Berubahlah sebelum terlambat..

– Baby

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *