Sakit Itu Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum, jemput baca kisah hidup aku yang ringkas ni. Tergerak hati ingin meluah disini.

Kisah aku ni tak lah best mana. Cuma kalau boleh harap dapat dijadikan pengajaran.

Aku Lisa (bukan nama sebenar) usiaku kini sudah menjejaki awal 30an. Aku ni seorang yang tak bersosial, suka buat hal sendiri, suka memerap dalam bilik seorang diri.

Hmmm.. Aku pun ada keinginan seperti orang lain seperti ada kerja, ada kerjaya, dan berkeluarga.

Tapi memandangkan keadaan dan kemampuan diri ni tak seperti yang dilihat pada luaran aku.

Aku tak macam orang lain. Aku tiap-tiap bulan sakit.

Aku penghidap epilepsy dan doktor tidak menyarankan aku untuk drive sendiri. Tapi aku berdegil jugak. Kalau rasa aku sihat dan aku boleh memandu dan aku teruskan.

Penyakit ni datang menyerang secara tiba-tiba. Sebab tu aku kebanyakan masa memerap dalam bilik je.

Kalau orang fikir aku kuat tidur, tak sebenarnya. Aku paling susah nak tidur. Hanya 2/3 jam sahaja dalam sehari.

Aku cuma suka berbaring sebab kekuatan badan aku tak dapat tahan bila aku sakit. Hidung aku selalu berdarah  sebab ni penyakit yang melibatkan saraf otak. Aku tak tahu nak explain macam mana.

Bila usia macam ni orang selalu kaitkan aku dengan jodoh. Tapi bagi aku itu semua ketentuan dan rezeki itu dari Allah SWT. Aku terima jika ada.

Tapi selalunya aku akan kata aku tak layak la sebab aku sakit dan aku pernah putus tunang disebabkan aku ada penyakit dan lelaki itu tak boleh terima.

Hrmm aku tak letakkan apa-apa harapan. Jika suatu hari nanti ada seseorang yang sudi menerima diriku seadanya. In Shaa Allah aku akan terima juga dirinya seadanya.

Rezeki dari Allah SWT, walaupun aku tak bekerja seperti orang lain yang ada gaji sendiri tapi aku bersyukur sebab rezeki tu sentiasa ada dan mengalir untuk aku.

Aku buat affiliate & aku juga pakar bidang editing ni. Aku buat digital card invitation & marketing dari rumah.

Alhamdulillah syukur apa adanya mengikut kemampuan. Itu jela yang aku mampu buat.

Yela seperti orang lain aku pun nak juga membalas jasa kedua orang tua. Tapi tula. Risiko kat luar sana lagi mencabar. Alhamdulillah Mak Ayah aku faham.

Aku pernah juga kerja bawah orang dan tiba-tiba aku di serang sakit ni kat tempat kerja. Syukur ada sahabat yang membantu.

Aku pun pernah accident disebabkan penyakit ni. Mak Ayah aku tak tahu sebab aku tak nak mereka susah hati. Itu yang aku tak mahu ia berlaku.

Aku ambik keputusan berhenti kerja pun bersebab tapi tak semua perlu tahu dan memang aku buat keputusan sendiri.

Selama ni aku sakit pun sorang-sorang juga. Fight sendiri. Tapi bila kat luar aku takut akan menyusahkan orang lain. Aku tak nak orang bersimpati dengan keadaan diri aku. Bukan sombong..

Cuma kadang-kadang sedih bila adik beradik bersuara tentang duit, dengan kerja sekarang aku tak mampu. Tapi aku jujur cakap tak mampu. Aku tak berdolak dalih selain diam.

Kena perli dengan adik beradik tak payah cakaplah, dah jadi makanan ruji dah untuk dihadam. Kena keras hatilah.

Tak minta pun untuk orang faham aku. Apa yang aku hadap, apa yang aku lalui ni aku terima dan redha seikhlas hati.

Penyakit ni pun aku anggap rezeki dari Allah SWT, dan ianya juga penghapus dosa.

Semoga diriku dan sesiapa yang senasib dengan ku diluar sana, Semoga kalian cepat sembuh, sentiasa kuat tabah sabar mengharungi ujian dan cabaran. Dan sentiasa dipermudah segala urusan.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Yang Ikhlas,

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *