Assalamualaikum,
Sebenarnya bukan nak confess apa apa pun, just mencari pertolongan dari pada mereka yang menceburi bidang psikologi.
Sis sebenarnya rasa yang sis ada penyakit mental dan cuba buat ujian sebab nak tahu tahap kesihatan mental secara online. Keputusan dari ujian itu, sis dapat nilai tinggi untuk M3 score. Sis dikatakan menghidap sakit mental seperti depression,anxiety dan bipolar.
Sis memang rasa diri sis ni ada sakit mental kerana tekanan hidup. Di sini sis list kan simptom2 yang sis rasa;
1. Sentiasa merasa diri tak guna. Sis sekarang tengah ambil master, semasa sambung master ni la macam macam jadi kat sis. Kiranya buat sis tekanan sangat sangat sampaikan rasa nak mati.
2. Sis selalu risaukan apa yang akan jadi di masa hadapan. Master xsiap lagi, lepas tu family ada masalah kewangan. Sis jd putus asa, dah tak tahu nak buat apa ditambah pulak dengan SV hantar surat suruh datang jumpa dia sebab lama tak bagi progress. Sebenarnya, sis tengah meniaga tolong mak ayah. Duit yang dapat buat bayar hutang. Adik beradik ramai lagi yang masih sekolah. Dalam kepala otak sis ni, fikir macam nak give up master. Tapi sis dah terima dah gaji jadi RA dulu. Sis memang tersepit gila la sekarang ni.
3. Bila ada orang kol, sis malas dan sis kalau boleh tak akan angkat kol tu kecuali adik beradik dan mak ayah. Kalau nombor yang tak dikenali lagi sis tak akan angkat. Tak tahu kenapa tak suka nak berborak dengan kawan. Kalau kawan hantar mesej pun sis kadang kadang susah nak balas sebab sis memang tak tahu nak berkomunikasi.
4. Sis putus cinta masa tengah sambung master ni la. Si lelaki ada perempuan lain, tapi sampai sudah tak nak ngaku. Dan oleh sebab itu, sis jadi fobia. Ramai lelaki cuba nak melamar sis, ajak kapel, teman tapi mesra. Tapi sis dah tak boleh nak percaya. Bila ada lelaki pm kat Facebook, sis tak buka dan baca. Ada juga la yang sis layan, tapi bila diaorang dah nak ke serius, sis menjauhkan diri. Sis tak akan mesej diaorang dahulu. Sis ni memang jenis sombong berlagak la. Orang tak nak kat kita, bagi sis lantak pi dia la. Sis memang tak kan terhegeh sebab sis dah tak boleh nak hadap kegagalan bercinta. Dan sis dah tak boleh nak percaya kat lelaki even sis tahu ada dikalangan lelaki tu yang memang serius.
5. Sis sangat takut mencuba benda baru. Sis ni jenis manusia yang tak selalu berdepan dengan kegagalan. Sebab tu bila hubungan cinta gagal, sis jd trauma. Tapi sis masih beruntung sebab masih mampu menjaga maruah sis sebagai wanita. Sis ada juga berangan nak apply kerja, tapi otak sis terlalu negatif. Aku tak boleh, nanti kau gagal, kau boleh ke? Ayat ayat macam ni la selalu terlintas.
6. Sis tak suka keluar rumah. Kalau boleh tak jejak tanah 1bulan, sis yakin sis boleh buat. Sis suka bila sis duduk sorang dalam rumah dalam bilik. Tapi yang peliknya, bila sis keluar rumah niaga. Sis bukan jenis sembunyi ke jalan tunduk semua tu. Sis tak ada masalah nak berhadapan dengan orang ramai. Tapi suka bersorangan. Haa..
Hmm.. sebenarnya banyak lagi, tapi entahlah kenapa sekarang ni rasa dah hilang mood. Sis merayu, siapa siapa ada buat kaunseling percuma bantu sis. Sebab puas sis cari physician yang free tak ada. Sis betul betul memerlukan pertolongan. Sis buntu, sis dah tak kuat. Hari hari duk bayang kena langgar kreta ke, apa ke. Sis tak ada la sampai nak bunuh diri, sebab kang masuk neraka dan sebab tu sis cuba minta pertolongan dan anda semua. Bantu sis. Tolong.
– Sis Rara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit