Sakit Panic Disorder

Bismillahirahmanirahim

Hai reader!terima kasih luangkan waktu anda untuk membaca confession saya.kepada pihak IIUM,terima kasih sebab menyiarkannya.semoga apa yang saya kongsikan,memberi manfaat kepada saya dan semua.

Kisah tentang mental disorder agak famous sejak kebelakangan ini.jadi saya ingin kongsikan cerita saya.

Saya seorang introvert dan sensitive sejak kecil.sensitive disini,emosi dan reaksi saya terhadap sesuatu perkara agak kuat berbanding manusia normal.mungkin sebab itu, saya menghidapi panic disorder.

Panic disorder saya mula di-diagnosis oleh pakar psikitari masa umur 18 tahun.tapi sejujurnya saya mula mengalaminya sejak umur 15 tahun.mungkin lebih awal,tapi saya tak sedar tentang tu.

2012

Saya ingat lagi ketika pertama kalinya saya mengalami panic attack ketika berusia 15 tahun.saya berada dalam keadaan tertekan untuk PMR,ditambah pula dengan masalah yg datangnya dari rumah dan ketika itu saya pasti hormon saya tidak stabil akibat saya datang bulan.

Saya sedang mengulangkaji pelajaran seorang diri sebelum secara tiba² saya merasakan satu perasaan yang agak menakutkan.rasa takut,rasa cemas tanpa sebab.saya cuba bertenang dan abaikan tetapi kemudian perut saya mula memulaskan kuat diikuti debaran jantung yang kuat dan laju.seluruh badan saya berpeluh walaupun saya berada dibawah kipas yang kuat.saya mula terasa tercekik (saya selalu rasanya tapi on and off).

Saya berjalan meminta pertolongan sebelum kaki saya mula lemah.saya ingat lagi dalam keadaan mengesot dan tangan yang memegang dada,saya cuba menjerit memanggil keluarga saya.dalam tangisan, suara yang enggan keluar dan nafas yang sempit,saya cuba memanggil mereka.saya pasti ajal saya sudah tiba.saya mula membayangkan tentang kematian dan orang² yang saya sayangi dan tentang dunia selepas mati.setelah beberapa cuba menjerit akhirnya suara saya keluar.

Salah seorang ahli keluarga saya dtg melihat saya yang terbaring pucat seperti nyawa² ikan.saya masih ingat saya menangis memohon maaf padanya jika saya mati.ahli keluarga saya cemas melihat keadaan saya terus membawa saya ke klinik.

Dan setibanya saya di klinik,keadaan saya tidak lagi seteruk dirumah.doktor mengatakan saya mengalami panic attack.ketika itu saya masih zero knowledge tentang panic attack.dalam kekeliruan,saya dibawa pulang.walaupun letih,saya masih lagi fobia sehingga saya menahan mata daripada tertidur.

2013-2014

saya tidak lagi mengalaminya sehingga tahun seterusnya.saya kehilangan salah seorang ahli keluarga saya dan itu merupakan kehilangan ahli keluarga terdekat yang ketiga bagi saya sepanjang hayat saya.

saya mula menjadi seorang yang negatif dan paranoid tentang kematian .saya takut mendengar tentang kematian,tentang kemalangan atau apa² berkaitan kematian.tiada siapa tahu kecuali saya kerana saya tidak mahu dianggap sebagai seseorang yang lemah akidahnya atau lebih teruk,gila.

Bermula sedikit demi sedikit.saya semakin paranoid.saya seringkala terfikir tentang ajal saya.setiap hari ialah hari yang menakutkan bagi saya (dan juga hari saya bersyukur kerana masih hidup).saya sentiasa merasakan ajal saya semakin dekat.saya mula tidak tidur malam kerana over thinking.

Tidak terhenti disitu,simptom² fizikal mula memunculkan diri.saya sering sesak nafas dan sakit dada.leher saya sentiasa tegang dan sakit.selera makan saya semakin berkurangan.seringkali saya berkunjung ke klinik untuk mencari punca penyakit saya namun mereka mengatakan saya sihat.ujian ecg,blood test saya normal.

Ditambah pula masalah keluarga saya semakin membesar dan tekanan menghadapi peperiksaan.saya akui saya seorang yang cepat risau.dalam akademik,saya merupakan pelajar yang berpotensi untuk berjaya.namun pretasi saya semakin merundum akibat masalah yang dihadapi.

2015/2016

Setelah habis spm,saya keluar dari rumah akibat masalah keluarga.saya mula menetap di rumah keluarga saya yang lain.namun akibat stress yang berpanjangan,tidak dapat menyesuaikan diri di rumah baru dan ketidaksefahaman dengan ahli rumah yang lain,saya semakin teruk.

Simptom² yang saya tulis diatas semakin mengila.saya mula menjadi pendiam,paranoid dan senang rasa jengkel dan marah.saya semakin kerap meminta orang sekeliling membawa saya ke hospital dan kecemasan kerana panic attack (saya masih tak tahu saya mengalaminya).orang sekeliling mula merasakan saya cuba mencari perhatian (attention seeker).keyakinan diri saya semakin teruk dan saya mula mempersoalkan takdir hidup saya.

keputusan spm saya juga tidak seperti yang saya harapkan.segalanya semakin teruk bagi saya.setiap keputusan saya ambil cuma membawa saya ke satu masalah yang lain.

kemuncaknya saya telah “memalukan keluarga” saya (menurut salah seorang ahli keluarga).saya mengambil keputusan untuk duduk dirumah saudara saya untuk menyambung pelajaran selepas spm akibat kekeliruan saya untuk menjaga hati orang lain dan sebagai bukti saya mampu berdikari.namun setibanya disana,saya tidak hadir ke kelas akibat panic attack yg berterusan.saya juga mula mengurungkan diri di “safe zone”saya.saya mula tidak dapat enjoy apa² pun.dimana saya pergi,fikiran saya cuma mencari hospital dan ruang terbuka sebagai persediaan jika saya kembali sesak nafas. (panic attack saya mimic serangan jantung).tanpa saya sedar, saya mengalami agoraphobia.saudara saya mengadu tentang saya kepada keluarga saya.

Saya dibawa pulang secara paksa oleh keluarga saya.saya tidak tinggal lagi dengan saudara saya.namun tiada perubahan malah “sakit” saya bertambah teruk.sentiasa loya seolah² berada di dalam bot,telinga saya berdering dan saya mula mengabaikan realiti.ketika itu saya sudah tahu saya ada panic disorder berdasarkan carian saya di google dan buku ( i am bookworm).

Akhirnya seorang doktor dapat mengesan masalah saya dan saya dirujuk pakar psikitari.saya diberi ubat tidur dan antidepressant.

Belum sempat saya menyesuaikan diri dengan ubatan diberi dan pulih,saya didesak untuk bekerja sebelum memasuki universiti.

Silap saya ialah saya mula berhenti mengambil ubat psikitari setelah masuk uni dengan alasan ubatan itu menganggu fokus saya dan menyebabkan saya sentiasa keletihan dan mengantuk.dan itulah permulaan saya mengalami depresi akibat perubahan bahan kimia didalam otak.

Kehidupan universiti tunggang langgang daripada kuliah sehinggalah hubungan social saya.saya mula mengasingkan diri dan berkurung didalam bilik.pointer saya juga hancur kerana saya seringkali ponteng kuliah.

2017

Kini saya sudah berhenti belajar.tiada apa saya kesali bila berhenti kecuali saya kini tidak lagi dpt berjumpa dengan pakar psikologi university saya yang sangat membantu dan menyokong saya sepanjang saya disana.keadaan saya juga tidaklah seteruk dahulu tetapi saya tidak berani untuk mengatakan saya stabil.keluarga masih tidak lagi betul² memahami saya dan mengharapkan saya dapat menjadi menjadi seorang manusia normal seperti mereka seusia saya.maafkan saya,sehingga kini saya gagal menjadi kalian harapkan.

Saya menerima apa yang saya lalui sekarang.dan saya sedang belajar untuk melepaskan satu persatu impian yang saya pegang ketika saya sihat dahulu.saya sedar saya sudah tidak mampu menjadi seperti saya yang dahulu.dan saya terima.

Apa yang saya lakukan sekarang ialah mengutip kembali identiti saya dan kembali belajar untuk berfungsi seperti manusia normal yang lain.jujur,saya lebih banyak gagal untuk mengurus diri saya. Minda saya sering mengatakan seorang loser dan tidak layak untuk apa² yg elok.tapi saya masih lagi melawan dari tenggelam dengan negative thinking saya.

Mungkin saya akan menulis lagi tentang kesedaran kesihatan mental dan penyakit mental di malaysia.setelah mengalaminya sendiri,saya akui masih terlalu banyak stigma tentang kami,terlalu banyak salahfaham tentang penyakit mental.dan ini sangat menyedihkan dan menjadikan hidup kami lebih terbeban.

Terima kasih kerana sudi membaca.maafkan jika tulisan saya menguris hati mana² pihak.apa yg saya tulis adalah dari apa yg saya lalui dan rasakan sejujurnya,tanpa sedikit pun berlebih-lebihan atau penyedap cerita.semoga tulisan ini dapat memberi kesedaran tentang panic disorder yang masih asing dikalangan rakyat malaysia.

L

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit