Sakit Sangat Rasanya Ya Allah

Dah lama pendam. Hanya mampu nangis siang malam. Bangun tidur macam biasa, pergi kerja, balik kerja, mandi, makan, semuanya sambil menangis.

Waktu yang terkecuali daripada menangis hanyalah semasa tidur. Sesungguhnya Aku sedih dgn nasib hidupku. Aku nak diriku yang dulu. Sakitnya rasa Ya Allah.

Sini Aku mulakan kisah mengapa aku jadi seperti di atas. Yang pertama, tentang isu kahwin.

Tak lama lagi aku bakal bernikah. Tapi sesungguhnya aku belum bersedia. Iaitu dari segi mental, fizikal dan persiapan. Pada bulan lepas aku telah disahkan positive covid-19.

Sebulan aku tidak bekerja kerana quarantine. Kenapa lama sangat quarantine nya sedangkan orang lain hanya 7-14 hari sahaja kan? Tapi berbeza untukku kerana faktor kesihatanku jatuh mendadak dan penyakit keluar satu per satu.

Nak dipendekkan cerita, badan aku dah tak kuat macam dulu. Dah tak mampu nak berjalan jauh dan laju, berdiri lama2, buat kerja laju2.

Sekarang aku hanya mampu berjalan perlahan, buat kerja perlahan, nafas yang makin semput dan cepat sangat penat, emosi tak stabil, period dah tak ada.

Rupa aku dah tak macam dulu. Aku dah jadi besar, beratku naik mendadak, kakiku keduanya membesar membengkak, leherku membesar dan berlapisan tebal, kulitku kemerahan ya amat dan sangat kering.

Aku sangat hodoh aku benci diri aku sendiri. Aku menangis setiap kali tengok cermin. Aku struggle makan itu ini tapi berat tak turun langsung.

Aku struggle pakai itu ini tapi takda perubahan pada kulitku. Macam mana aku nak kahwin Ya Allah.

Aku dan keluarga minta tangguhkan sedikit tarikh namun pihak lelaki nakkan juga tarikh asal tu. Sedangkan keadaan aku tak ok, kesihatanku, mentalku.

Doc check aku memang tak ok. ECG jantung dah buat 2 kali, X-ray pun dah, ambil urine dah 2 kali, ambil darah lagi lah berkali2 sampai lebam2 kedua2 tangan. Next visit kena buat ultrasound pula.

Macam2 aku kena hadap aku serabut jadi aku memang tak Ada mood nak kahwin. Dah explain, parents pun dah explain, tapi pihak Sana berkeras juga jadi apa lagi pilihan yang kami ada? Aku dan keluarga sedih sangat.

Yang keduanya, tentang kerja. Aku memang dah lama stress ya amat di tempat kerja sebab jobscope aku makin lama makin seksa.

Aku kena kerja macam lelaki punya kerja. Hanya kerana company aku tak nak hire pekerja tapi pekerja makin lama makin resign. Jadi kerah je mana staff yang ada.

Aku penat Ya Allah. Kerja aku berat, balik kerja tak sah kalau tak sakit badan dan kaki.

Aku tak cukup 2 tangan 2 kaki nak buat semuanya sedangkan diaorang push aku semuanya nak cepat. Sampai nak pergi toilet pun terbantut, waktu rehat pun dah penat tak larat jalan dah nak pergi foodcourt.

Balik kerja tak larat dah nak drive pula menghadap jem, struggle pula cari nak parking mana, jalan kaki ke rumah, makanan pula tak ada, memang aku terus melepet dan lembik.

Berbuih mulutku bertanya boss bila nak hire staff tapi jawapan sangat menghampakan.

Aku nak resign, tapi orang sekeliling semuanya menghalang takda sekor pun yang menyokong. Hanya kerana alasan sekarang susah cari kerja. Tapi aku stress tak tahan di tempat kerja, macam mana?

Minta pendapat semua, aku betul2 dah burnout tak tahu tahap apa. Kepalaku sakit sentiasa sampai aku hentak kat dinding sebab makan macam2 ubat takda kesan. Dengan sedih tengok diri yang hodoh.

Masa pula makin berjalan hari demi hari tarikh “itu” akan tiba. Dengan kekecewaan terhadap sikap keluarga pihak sana lagi. Semuanya sakit Ya Allah. AKU SAKIT SANGAT.

– Nad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *