Saya niatkan kisah ini saya kongsi untuk pengajaran.
Beberapa tahun yang lepas, saya mengalami fasa yang sangat susah, keluarga saya memerlukan duit tambahan. Kewangan kami tidak bagus, nak makan pun korek tabung anak-anak,
Jadi saya perlu buat sesuatu untuk menambah pendapatan. Bila fikir sedalamnya, akhirnya saya memilih berniaga supplement.
Bila saya dah sertai mereka, saya baru tahu, kebanyakan orang berniaga supplement ini bukan sebab mereka ni suka sangat makan supplement tetapi kebanyakannya sebab masalah kewangan.
Jadi kalau nak cakap pasal ilmu kesihatan tu memang kurang. Ada banyak jenama, saya pilih yang ramai orang jual.
Saya ni Allah bagi kelebihan pandai bercakap dan bila bercakap orang percaya, masa di universiti dulu memang selalu masuk pertandingan debat. Jadi semasa saya masuk bisnes tersebut, memang bisnes saya maju.
Pendapatan stabil pada masa tu dalam lingkungan RM4-7K sebulan. Banyakkan? Kalau orang atas-atas tu boleh cecah RM30K sebulan-RM100K sebulan.
Masalah saya bermula apabila saya dapati semakin lama semakin ramai pembeli yang sakit. Macam-macam penyakit.
Paling biasa endometriosis, fibroid, cyst dalam rahim, cyst di payudara, cyst di merata tempat di badan, batu karang, buah pinggang dan lain-lain. Yang kena buang ovari pun ada sebab cyst dah besar melebihi 5cm.
Bila saya tengok ada seorang artis ni baru buang rahim, saya teringat pembeli-pembeli saya dulu. Kalau nak ikutkan artis ini menjaga pemakanan, dan kerap bersenam. Badan pun kurus.
Saya rasa disebabkan supplement yang beliau makan atau minum. Saya tahu jenama apa tetapi saya tak nak berkongsi disini.
Saya walaupun penjual supplement saya takut juga nak makan setiap hari macam orang lain. Saya makan bila perlu sahaja jadi saya takdalah sakit pelik-pelik.
Apabila saya adukan ke orang atasan, nampak seperti kes terpencil, rupanya-rupanya ramai sahaja yang kena pelbagai penyakit termasuk kes kanser payudara selepas amalkan supplement beberapa tahun.
Dulu pun kalau ada yang ingat ada artis meninggal kerana kanser payudara dan beliau juga penjual supplement.
Jadi, bila saya fikir-fikirkan, pendapatan mereka ini dah banyak. Takkan disebabkan pelanggan sakit, mereka nak berhenti berniaga. Kes terpencil sahaja bagi mereka.
Kebanyakan supplement hari ni, goncang-goncang, boleh buat sarapan pagi.
Niat ramai orang hendak kuruskan badan, tetapi semakin ramai ada masalah yang melibatkan rahim. Yang tidak bernasib baik, kanser dan perlu buang rahim.
Kalau bukan jenis goncang pun, semua supplement bukan semua orang sesuai.
Supplement ni ada terlampau banyak, susah nak terangkan. Kena lihat kandungan setiap satu. Kena dalami dan fahami setiap satu fungsi.
Jika pergi klinik , doktor akan nasihatkan mengikut pengetahuan mereka, jika pesakit tidak sesuai tidak boleh makan. Penjual supplement siapa nak ajar mereka?
Adalah kelas tetapi bukan lah seperti di universiti, dan penjual juga ada pelbagai latar belakang. Tak perlu ada SPM pun nak menjual supplement.
Yang banyak menjual itulah juara, tak kira cara apa mereka gunakan, tak kira apa maklumat mereka sampaikan ke pengguna. Orang atas nak tahu jumlah jualan sahaja. Kesan kepada pengguna tu, tanggungjawab sendiri.
Walaupun tahu ada yang sakit mereka akan teruskan kerana pendapatan mereka sudah stabil. Sanggup ke nak kehilangan RM10K sebulan?
Penjual sendiri ramai yang sukar mendapatkan cahaya mata kerana endometriosis, tumor, cyst dan mereka yang dah berduit boleh la ke pakar swasta.
Yang pembeli yang tak duit?? Memang kesian. Mereka takkan kata mereka sakit disebabkan supplement, tetapi mereka akan maklumkan, lepas pembedahan nak baik cepat makan supplement yang mereka jual.
Dah namanya penjual, takkan mereka nak burukkan produk mereka kan??
Selepas berfikir semasak-masaknya saya berhenti menjual. Saya cuba cari pendapatan melalui cara lain. Ada rezeki Allah beri lepas saya berhenti. Sekurang-kurangnya hati dah tak risau.
Sekarang saya masih makan supplement tertentu tetapi saya beli di farmasi sahaja. Saya masih teruskan makan tetapi jika perlu sahaja. Jika beli melalui penjual harga akan mahal.
Konsep MLM, bertingkat-tingkat mereka perlu bayar penjual. Manfaat sama juga walaupun beli di farmasi.
Akhir kata, moga pembaca berhati-hati jika ingin membeli supplement pada masa akan datang. Dapatkan nasihat doktor jika perlu supaya tidak memudaratkan diri.
Ada supplement perlu makan selepas makan, ada perlu makan sebelum makan.
Ada sebab kenapa sebelum ada sebab kenapa selepas.
Jika anda tanya penjual, nasihat mereka belum tentu betul kerana mereka bukan pakar nutrisi, bukan doktor, dan bukan ahli farmasi.
Jadi, nak beli, beli lah daripada farmasi atau klinik sahaja, kurang risiko.
Jaga badan anda, Jadilah pengguna bijak.
– Puan supplement (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit