Assalamualaikum, kepada pembaca setia IIUM Confession seperti saya. Terima kasih andai coretan luka ini tersiar menjadi bacaan kalian semua.
Ye, sakit tak terungkap. Itulah lebih tepat untuk gambarkan apa yang saya rasa saat ni. Saya tidaklah pandai bercerita sekadar meluahkan apa yang tersimpan di hati.
Kenalkan Saya Bunga, dan dia Romeo. Dia lelaki yang saya kenal tanpa sengaja dalam game PUBG hingga perkenalan ini menjadi realiti didunia nyata.
Berjumpa, berkawan, dan akhirnya membuahkan bibit kasih sayang atau lebih tepat. CINTA. Ye cinta. Cinta yang takkan kesampaian.
Kenapa tak kesampaian … ? Kerana khilaf itu datang dari diri saya, rahsia yang saya simpan selama 2 tahun.
Akhirnya saya pilih untuk berterus terang walaupun saya sedar. Saya bakal kehilangan dia untuk selamanya.
Saya pilih jujur, dan tawakal sepenuhnya pada ALLAH SWT untuk bantu saya, untuk tetapkan hati dia masih dengan saya.
Tapi, Allah itu maha mengetahui. Dia pilih pergi kerana rasa tertipu, dia pilih pergi, kerana tak nak membelakangkan mak ayahnya, dia pilih pergi, kerana dia tahu semua nya tak sepatutnya begitu dari awal.
Remuk hati saya, hancur, luluh, bila mana saya yakin dia akan ada dengan saya, cipta bahagia bersama, pilih melepaskan saya kerana katanya sayangnya belum cukup ikhlas untuk ada dengan saya selepas apa yang dia dengar.
Dia seorang yang sangat takut kehilangan diri saya, pilih melepaskan saya. Dia yang awalnya beria dengan saya pilih pergi.
Allahuakbar, hebat kali ni ujian hati yang Allah izinkan, buat saya rebah, hanyut terlalu lama dengan rasa sedih berpanjangan, kerana saya tak mampu nak move on dari dia.
Pada yang membaca, kisah ini tak seberapa apatah lagi saya tidak ceritakan secara teliti apa rahsia saya simpan selama 2 tahun sampai kehilangan dia dan dia pilih melepaskan saya.
Saya sendiri tak sanggup nak cerita apa khilaf yang saya dah buat sampaikan saya kehilangan dia.
Saya masih berdoa dengan secebis harapan, moga masih ada jalan antara kami. Ada ketentuan untuk bersama.
Saya mengimpikan kehidupan dengan dia sebagai suami isteri, meniti hari tua bersama.
Moga Allah dengari doa saya. Kerana saya betul-betul sayangkan dia..
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Syabas sebab jujur dlm perhubungan. Lepaskan dia pergi andai menyayangi dia. Doa byk2 pd pemegang hati manusia, Allah, agar diubati kedukaan itu. & yakin, Allah akan aturkan kehidupan anda sebaik2 aturan dariNya.