Sakit Yang Terpendam

Assalamualaikum, disini aku ingin meluahkan perasaan yang dah lama aku pendam. Maafkan aku jika penulisan aku ni tak cantik kerana aku menulis dengan penuh emosi.

Cukup la aku perkenalkan diri aku sebagai N, umur 19 tahun, masih belajar dan ada dua adik lelaki (aku anak sulung). Aku membesar dan menjadi seorang pendiam sejak ibu dan ayah aku bercerai sewaktu umur aku 12 tahun.

Ye, benda ni memang effect hidup aku sampai sekarang. Dari kecil lagi aku selalu tengok ibu dan ayah aku bergaduh hempas barang.

Paling teruk, bila aku tengok mak aku bergaduh sampai ambil pisau dan cuba nak cederakan diri sendiri. Jarang aku tengok mereka bahagia sehinggalah ayah aku ambik keputusan untuk bercerai.

Lepas family aku bercerai, aku ikut mak aku balik ke kampung halaman dan menetap di sana. Tak lama lepastu, mak aku desperate nak kahwin dengan ayah tiri aku (bekas boyfriend mak aku) sampai merayu dekat arwah atuk aku.

Atuk aku terpaksa bersetuju sebab mak aku ugut nak bvnvh diri. At last, diaorang berkahwin. Sejak aku hidup satu family dengan ayah tiri aku, hidup aku jadi makin serabut.

Aku jadi semakin pasif dan makin pendiam sebab aku memang tak suka dengan ayah tiri aku tu. Ayah tiri aku seorang yang kedekut dan jenis buruk siku.

Pernah dia belikan aku tab sebab nak ambil hati aku dan tak lama lepastu dia ambik balik tab tu. Dan ayah aku ni jenis biar papa asalkan bergaya. Hutang keliling pinggang tapi masih lagi sibuk nak bergaya. Beli katil rm 10k, LED TV yang besar gila and so on.

Mak aku pulak suka burukkan aku depan kawan-kawan and dekat soc med. Pernah beberapa kali mak aku add semua kawan-kawan aku dekat soc med and cerita buruk tentang aku dekat diaorang.

Aku rasa malu sangat bila mak aku buat macamtu. Banyak kali jugak mak aku tengking aku depan kawan-kawan aku bila dia rasa tak puas hati. Lepastu, tiap-tiap minggu mesej and mintak duit dekat ayah kandung aku.

Ayah aku selalu je transfer duit dekat bank acc mak aku untuk kegunaan aku dan adik-adik aku. Tapi apa yang mak aku buat, dia pergi guna duit tu untuk pergi shopping barang dia everytime dia dapat duit. Lepastu bila tak cukup, dia mesej nak duit lagi dekat ayah kandung aku.

Then, mak aku selalu rasa dia seorang je betul. Aku tak tahan duduk dengan mak and ayah tiri aku then lepastu aku ambil keputusan nak duduk dengan ayah kandung aku lepas habis PT3.

So lepas aku berpindah dan duduk dengan ayah aku, aku ingatkan hidup aku aman.

Oh ye, ayah aku pun dah kahwin dan aku pun ada mak tiri dan seorang adik tiri. Ayah aku ni memang terlalu sayangkan mak tiri aku sampai kadang-kadang aku rasa tersisih. Apa yang mak tiri aku cakap semua ayah aku setuju.

Mak tiri aku ni pulak jenis positif sampai kadang-kadang positif tak kena tempat. Tapi setakat ni aku lebih selesa dengan mak tiri aku berbanding mak kandung.

Nak kata aku rapat dengan mak tiri aku memang tak pun sebab aku banyak bersendirian dan duduk dalam bilik buat hal sendiri. Tambah pulak sekarang ni pkpb, kelas online buatkan aku jarang keluar bilik sebab sibuk fikirkan hal assignment, quiz, test dan sebagainya.

Aku tau nak ada family bonding tu memang susah sebab aku dan family memang jarang communicate to each other.

Ye, aku mengaku yang aku ada masalah nak bersos**l dengan orang even dengan family sendiri. Hubungan aku and adik lelaki aku pun dah macam orang asing sebab aku benci dengan adik aku sendiri. Aku pernah kena s3xual harrasment dengan adik aku sendiri waktu aku tengah tidur.

Dia dengan beraninya pernah selak kain aku waktu aku tidur. Aku tersedar lepas tu lepastu bila aku tanya, adik aku cakap ada cicak dalam kain aku.

Aku tau tu semua alasan dia dan ye aku pernah report benda ni dekat ayah aku sendiri tapi ayah aku ignore kan je benda ni. Sakit hati aku sampai sekarang tak boleh nak padam. Kadang aku rasa semua orang bencikan aku dan aku rasa tak layak pun nak hidup.

Ayah aku pulak suka bagi fakehope dekat aku. Siapa je yang suka kena fakehope ni. Tiap kali ayah aku pinjam duit aku, dia selalu janji nak bayar balik.

Aku tak berkira pun sebenarnya cuma bila dah kata janji, tolonglah tunaikan sebab kau dah bagi harapan dekat orang. Duit yang aku penat kumpul hasil kerja partime waktu spm habis ayah aku guna. Terus kosong dalam bank acc aku.

Bukan sekali dua ayah aku pinjam and berjanji ni tapi banyak kali. Kadang aku penat hidup macamni. Aku faham ayah aku kadang tak cukup duit sebab mak kandung aku tiap minggu mintak duit kat ayah aku.

Kalini pulak, ayah aku nak pinjam laptop aku sedangkan aku nak guna laptop ni untuk belajar.

Ayah aku ada je laptop sendiri tapi nak jugak pakai aku punya. Faham sangat dengan ayah aku bila dia kata ‘pinjam’ tu means nak buat macam hak sendiri punya la. Bila tak bagi, ayah aku merajuk sampai tak nak cakap.

Aku penat. Penat sangat. Kadang banyak benda aku fikir then bila dah penat fikir aku tidur. Bangun je rasa sedih, kadang aku taktau apa yang sedih sangat sampai menangis teruk sangat.

Kawan? Entahlah macam ada takde je. Kalau ada pun, selalu je rasa tersisih. Selalu je diaorang gunakan aku untuk kebaikan diaorang sendiri. Bila aku mintak tolong dekat diaorang, diaorang bagi macam-macam alasan. Pergi mana-mana pun kebanyakkan sorang-sorang.

Kadang aku jeles sangat dengan roommate sebab dia ada happy family tak macam aku. Ada ramai kawan tak macam aku.

Aku penat sebenarnya menangis malam-malam ni. Aku dah lama cuba untuk move on tapi susah. Aku cuma perlukan kata motivasi and sokongan orang ramai.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *