Sakitkah Aku?

Aku perempuan. Adik beradik aku ramai. Ayah baru meninggal dunia tahun ni asbab sakit yang dihidapi. Meninggal tak sempat tengok dan dengar nangis cucu yang dalam perut aku.

Aku duduk dengan makcik pakcik aku daripada kecil. Hubungan aku dengan family kandung tiada jurang pun macam dalam drama. Kami rapat macam biasa. Cuma aku duduk asing dari kecil. Dan makcik pakcik aku tu dunia aku. Mereka mommy daddy aku dari dulu dan aku bersama diorang sekarang di hari-hari tua mereka.

Lepas aku bersalin dalam seminggu, otak aku terfikir adakah waktu aku akan kurang dengan mommy? Kalau dulu boleh lepak dengan mommy, bawa ke mana sahaja. Adakah sekarang waktunya terbatas sejak ada anak dan suami? Benda tu menjadikan aku sedih dan sering menangis. Kenangan-kenangan lama berlegar dalam fikiran aku.

Fikiran aku tak terhenti setakat itu. Makin merosot selepas habis pantang. Bila aku google, ada kata tekanan selepas bersalin. Alhamdulillah aku tidaklah sampai ada rasa nak bunuh atau benci anak. Cumanya sebelum naik kerja, aku makin banyak menangis.

Aku terlalu risaukan kehilangan mommy daddy aku memandangkan mereka pun dah semakin tua. Berbanding risaukan kehilangan emak kandung sendiri. Korang pun faham kan, aku bersama diorang daripada aku kecil. Ada masanya otak aku makin jauh.

Macam-macam pertanyaan dalam diri aku. Antaranya : “Hari kiamat lama lagi ke? Kalau dah kiamat kan senang, hidup selamanya tanpa fikir akan hadap kehilangan.”

Ada masa aku tanya diri sendiri lagi, “Macamana kalau mommy pergi nanti? Macamana kehidupan aku? Kalau dulu ada yang lepak berborak dengan aku, lepak bilik aku, aku lepak bilik mommy. Bayangkan semua tu hilang macam tu sahaja. Siapa aku nak gantikan.” Dan banyak lagi.

Aku faham ini kehidupan. Aku faham aku tidak boleh fikir kerja Tuhan. Aku faham aku tak boleh melebih dalam berfikir. Tapi kenapa persoalan dan perasaan tu Allah bagi pada aku? Kadang-kadang aku rasa macam robot. Rutin biasa aku buat seikhlas hati dengan senyum tawa aku. Tetapi persoalan dan fikiran tu tetap lalu dalam otak aku.

Aku sangat takut. Waktu aku sedih, aku akan terfikir semua kenalan aku yang dah kehilangan orang tersayang. Aku macam nak pergi dekat diorang, nak bertanya dan belajar macamana diorang rasa pada mulanya.

Nak tahu tak? Ada ketika aku tonton drama lama di tv. Aku tengok pelakon-pelakon tu masih muda. Benda tu terus buat aku terfikir. “Mudanya diorang time ni, masa ni umur aku belasan tahun.

Oh masa ni mommy daddy sihat lagi dan muda.” Aku jadi tak enjoy dengan drama tu. Sebab otak aku terus berfikir jauh. Ada juga satu ketika daddy cerita dulu dia ke hospital melawat arwah nenek naik teksi. Dia semangat bercerita kegigihan nak dapatkan teksi untuk ke hospital.

Aku dengar dengan tekun, tetapi sebenarnya dalam diam fikiran aku dah mulakan pertanyaan. Aku tanya diri aku, “Oh waktu tu daddy mesti umur macam aku, adakah waktu tu dah mula akan berhadapan dengan kehilangan? Nenek pun dah mula sakit masa umur tu.” Terus aku jadi semakin sedih.

Aku ada mengadu dengan kawan yang dah pun berjumpa pakar di hospital. Kawan aku ada anxiety. Dia tak boleh kawal perasaan dia. Aku rasa, aku masih boleh kawal perasaan aku. Tapi bila aku berhadapan dengan satu kerisauan berkaitan mommy daddy, aku akan berada di titik kesedihan paling rendah yang aku ada.

Contohnya kalau mommy demam. Aku jadi tak tenang walaupun luarannya aku nampak okay. Sampai masa aku akan menangis sampai bengkak mata. Suami aku tahu akan hal ini. Aku ada ajak dia jumpa ustaz. Kawan aku cadangkan minta air pulihkan semangat aku.

Suami aku baik, selalu pujuk aku. Walaupun ada kadang dia berkeras suara menasihati aku. Tapi aku faham dia mungkin nak aku dengar nasihat dia.

Aku cuba untuk bersyukur. Aku faham ini kehidupan. Tapi benda macamni bukan dibuat. Ada masa aku rasa nak mati dulu, so aku takkan hadap kesedihan ni lagi. Ada masa aku macam nak doa untuk mati bersama mommy daddy.

Ada masa aku terlintas nak kiamat tu cepat, jadi yang mana dah pergi biar kita sama-sama jumpa kat dunia sana semula dan hidup kat sana sampai bila-bila tanpa ada mati hidup lagi. Kadang memang rasa macam tiada pedoman kan dan agama kan persoalan? Tapi rupanya kawan aku dua tiga orang pernah juga fikir sama macam aku.

Boleh tak sesiapa nasihat aku, apa benda pertama yang patut aku buat?

Terima kasih aku ucapkan. Aku betul-betul nak kan penyelesaian. Benda ni sangat tak menenangkan aku. Aku doakan semoga semua pembaca dikurniakan ketenangan dalam kehidupan harian korang.

– Hasanah Amir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Fokus pada present. Pada masa sekarang dan bukan apa yang kita tak tahu akan berlaku esok hari. Saya rasa elok juga puan berjumpa kaunselor atau bahagian psikiatri bagi membantu puan dalam menguruskan kebimbangan ini. Kematian sepatutnya motivasi orang yang beriman untuk terus beramal dan bekerja sebagai bekalan kehidupan di alam sana. Kematian ialah satu kepastian, daripa kita kekal bimbang tentangnya, lebih baik mula berbekal. Tambah ilmu yang sohih. Kukuhkan aqidah. Banyak berzikir dan jaga hubungan dengan Allah dan juga manusia. Tunaikan semua kewajipan sebagai muslim dan jauhi semua larangannya. Agar nanti dapat sama-sama berkumpul di syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *