Sakitnya Bila Si Hodoh Jatuh Cinta

Assalamualaikum, Terima kasih sekiranya admin siarkan confesion aku. Aku namakan diri aku Cempaka. Hajat aku menulis adalah ingin meminta bantuan dan nasihat. Biar aku ceritakan serba sedikit tentang aku.

Aku merupakan wanita biasa-biasa sahaja. Kalau dikelaskan, aku tergolong dalam kalangan wanita yang hodoh. Jujur saja aku, sebab ramai lelaki yang mengatakannya. Takpelah aku terima dan redha keadaan aku.

Oleh kerana aku selalu dihina kerana rupa paras. Maka sejak aku berinjak dewasa selepas sahaja SPM. Aku selalu berdoa,

“Ya Allah, Kau padamkamlah perasaan suka pada mana2 lelaki walau sebesar hama di dalam hati aku, sesungguhnya aku sedar keadaan diri aku”

Itulah doa aku ulang2 setiap kali selepas solat. Setiap kali aku ada perasaan tersuka pada seseorang aku akan tambah dalam doa aku,

“Ya Allah, Kau pertemukanlah si dia dengan perempuan yang baik dan bahagiakanlah dia sehingga perkahwinan.”

Itulah doa aku bila terjatuh cinta, sering mendoakan supaya orang yang aku tersuka tu supaya segera berkahwin. Mesti ada yang tertanya2 kan, hodoh sangat ke muka ku ni?

Iya, ibaratnya, kalau lelaki tengok, mereka akan terpaling ke tempat lain, buat muka mencebik, barangkali kasihan melihat wajah aku.

Bahkan pernah saja lelaki menghina aku, pertanyaan dia masih terngiang2 “ada ke orang nak tackle kau?”

Hinaan lelaki ni selalu saja aku terima. Pedih sangat2. Berbalik pasal jatuh cinta. Dalam 2 tahun lepas, aku berhenti kerja. Di tempat kerja lama aku ada bekerjasama dengan seorang lelaki ni. Aku namakan dia Cengal.

Dia lelaki yang baik. Kategori good looking, tapi perangai dia yang buat aku jatuh hati.

Cengal ni orangnya soft spoken, rajin dan banyak bantu aku di tempat kerja dulu.

Cengal ni jenis islamik, kalau bekerja dengan aku, bercakap tak pandang mata aku. Aku dah memang low self-esteem, bila dia buat aku camni aku lagi malu sebenarnya.

Tapi aku tahan sebab kerja saja. Aku nak kerja, takpe lah aku sedar aku tak lawa. Masalahnya, bila aku tunduk dia pandang aku pulak. Dah macam mana. Korang boleh bayang tak camne susahnya aku dengan dia komunikasi.

Cengal ni perangainya, setiap kali urusan kerja dengan aku dia selalu buat yang terbaik. Tak menolak, barangkali dia pun sama macam aku nak kerja. Kena kerja, jadi dia sentiasa buat yang terbaik.

Ada kala nya aku jatuh cinta jugak dengan perangai dia yang bekerja ikhlas camni. Tapi macam biasa lah aku duk berperang dengan perasaan diri ni hodoh. Jadi aku tak layak jatuh cinta.

Doa meminta Allah padamkan perasaan suka aku pada lelaki tu, hari2 aku ulang. Aku taknak sakit, aku malu. Kan aku dah kata aku dah berenti kerja dalam 2 tahun.

Dalam 1 bulan pertama selepas berenti tu aku rindu sangat2 pada dia. Aku beranikan diri untuk hantar friend request kat fb. Dan Cengal approve dan ada share dan like post aku.

Aku happy sangat2, sebab dia ada respond. Tapi aku sentiasa ingat keadaan diri aku. Aku taknak larut dalam perasaan syok sendiri. Aku terus unfriend dia.

Dan sejak itu, aku menderita terlalu rindukan dia. Sehinggalah kini aku selalu ingat kan dia.

Bermacam cara aku cuba. Aku selalu solat hajat tiap2 malam supaya lupakan dia. Aku selalu letak tangan di dada, selawat, sebut nama dia, sebut ma fi qalbi ghairullah, niat nak lupakan dia.

Sakitnya teramat sebab terlalu rindukan dia. Aku selalu berdoa supaya lupakan dia. Aku selalu berdoa supaya dia dipertemukan dengan perempuan yang elok dan cepat2 kahwin.

Aku nak lupakan Cengal. Aku selalu menangis2 di tempat kerja aku yang baru ni sebab teringatkan dia. Aku tak faham kenapa aku serindu ini pada dia sedangkan kami terbatas hal kerja sahaja.

Sakit sangat merindukan orang yang tak pernah kita berhubungan pun. Barangkali kerana akhlak dia buat aku segila ini pada dia.

Aku cuba menolak perasaan ini , tapi bila aku terlalu rindu. Aku stalk ig Cengal sebab dia tak private pun. Sebab aku terlalu rindu.

Jika aku pernah ada hubungan cinta dengan dia, aku paham kenapa aku rindu. Tapi tak pernah ada. Hanya sebatas kerja sahaja dan separah ini rindu yang aku kena tanggung.

Sedangkan doa yang aku ulang2 ialah semoga Allah padamkan perasaan suka pada lelaki sebab aku sedar keadaan diri aku dan aku redha andai single hingga akhir hayat aku.

Kemudian aku sedar, doa aku seolah2 menolak fitrah aku, lalu aku ganti doa aku dengan “Ya Allah , aku serahkan kehidupanku padaMu, andai perkahwinan itu terbaik maka pertemukanlah aku dengan lelaki yang baik”. Aku ubah cara berdoa.

Ketahuilah, tak pernah sekalipun aku mendoakan Cengal jadi suami aku. Nak membayangkannya pun aku tak mampu. Aku cuma mendoakan kebahagiaan dia dan pasangan dia.

Aku menangis setiap malam kerana terlalu rindukan dia. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku pernah terbaca yang perasaan rindu ini Allah yang pegang, dan Allah berhak memilih pada siapa ia akan jatuh.

Sesungguhnya, aku betul2 tersiksa. Tak faham mengapa aku selalu rindukan dia.

Admin bantulah Cempaka, siarkan confession ini. Dah dua tahun admin. Cempaka betul tersiksa merindukan dia. Cempaka nak minta pertolongan supaya bagi petua lupakan dia. Tolonglah Cempaka.

Tolonglah Cempaka.

Bantulah Cempaka lupakan Cengal.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *