Hai, asalamualaikum. Aku sarah, seorang pendiam yang tak suka orang dekati. Aku hari-hari baca confession dekat sini untuk cari sumber semangat untuk aku teruskan hidup.
Ringkasan, aku anak ke 6 dari 8 beradik, berasal dari broken family, atas aku semua abang yang aku anggap tak ada guna sebagai abang. Kenapa aku cakap macam tu?
Ya sebab masing-masing baran mulut puaka even dengan adik sendiri. Berapa kali aku dengan adik-adik aku nak di b*n*hnya. Ya, aku satu-satunya kakak yang takboleh tengok adik-adik aku sakit.
Abah aku pun sama saja dengan anak jantan dia, jenis nak mengamuk saja, baik-balik mak aku yang dimakinya.
Aku sedih gile. Aku sedih yang tahap aku taktau nak cakap apa hahahaha. Aku dari kecik kena hadap macam-macam sampai tahap aku takut duduk rumah, aku tak suka duduk rumah.
Aku beruntung dulu aku sekolah menengah dari pagi sampai pukul 2 jadi aku akan stay dekat sekolah tu sampai pukul 6 petang baru aku balik. Sebab aku tak suka bising-bising makian gaduh-gaduh ni.
Aku selalu kesian dekat mak aku sebab mak aku kena hadap benda ni sampai laa ni. Sedih gila sebab masa ni abang kedua aku yang aku rasa oklah dengan aku dengan adik-adik aku duduk belajar jauh.
Sedih weh aku membesar dalam persekitaran macam ni, abah aku sorok-sorok jumpa bekas makwe lama, aku tahu tapi aku kecik lagi masa tu.
Aku bila teringat balik aku rasa nak maki saja perempuan takguna tu, dah berlaki anak 3 pun masih nk tergedik-gedik dengan abah aku, well ya aku taksalahkan dia saja, abah aku tu pun sama saja. Mak aku pulak?
Mulut mak aku pun puaka juga, hari-hari ade saja benda nak bergaduh dengan abah aku, tapi bila dah besar ni, slow-slow aku mula faham kenapa mak aku jadi macam tu. Memandangkan family aku macam ni, aku cuba jadi kakak yang baik untuk adik-adik aku.
Aku slow-slow cuba rapatkan diri dengan adik-adik aku supaya dia orang takrasa sama macam yang aku rasa, at least dia orang tahu dia orang masih ada satu kakak yang akan support dia orang.
Aku sedih gile, sebab adik-adik aku pun kena hadap benda yang sama macam aku. Ni la punca aku taksuka ade kawan keliling aku, aku taksuka orang tau pasal family aku atau simpati dekat aku.
Habis sekolah aku kerja dekat bandar. Aku kerja sungguh-sungguh untuk bantu adik-adik aku sekolah. Tiap gaji, aku tanya adik-adik aku apa dia orang nak, aku cuba bagi supaya adik-adik aku happy.
Abang-abang aku? Heh tak boleh harap. Kerja malas, tidur saja, bangun tidur mintak duit.
Tahun berganti tahun, aku dapat sambung belajar dekat satu universiti. Mula-mula aku takmau sebab aku nak kerja kumpul duit. Sebab selama aku sekolah, sekali pun aku takmintak duit dekat abah aku.
Kalau dihulur tu, itu la yang aku simpan untuk bayar apa-apa kalau sekolah mintak. Tapi abang kedua aku paksa, jugak, jadi aku pun merelakan walau terpaksa,
Gaji aku kerja tu la aku kumpul buat bayar yuran, beli barang keperluan aku, beli laptop semua. Sampai hari, aku pun pergi daftar. Sesen pun abah aku tu tak ada hulur duit belanja.
Aku tak ada la meminta walau aku memberontak dalam hati pun sebab aku fikir mungkin abah aku tak ada duit. Aku ni sihat tubuh badan ni masih boleh usaha sendiri untuk keperluan aku, keperluan adik-adik aku.
Dalam aku tak sedar, aku berubah sebenarnya. Daripada seorang yang pendiam, lembut, aku jadi seoerang yang keras kepala. Aku jadi seorang yang paans baran. Cepat saja aku nak marah walau benda tu kecik saja.
Aku jadi kurang ajar dengan mak abah aku. Aku kurang ajar dengan mak aku terutamanya.
Ya Allah, sedihnya aku. Dah la abah aku abang-abang aku hambakan mak aku, lepas tu aku pulak derhaka dengan mak aku.
Demi Allah, aku sedar tindakan aku tapi aku tak boleh kawal diri aku. Aku jadi rimas bila orang tanya aku benda remeh-remeh. walaupun mak aku tanya macam mana nak masuk link tu pun aku marah, aku terus bangun. Ampunkan aku ya Allah.
Bila dah start macam ni, aku slow-slow jauhkan diri aku dari adik beradik aku. Aku suka duduk seorang-seorang.
Hari tu aku ade join satu program dengan kaunselor kan, aku terkejut bila aku meluahkan dekat kaunselor tu, kaunselor tu kata dia takut aku ni ada 3 personaliti.
Ada masa aku normal macam biasa tak ada apa-apa berlaku. Ada masa aku jadi baran gila, aku garang aku berani lawan abah aku abang-abang aku. Aku berani tengking balik dia orang, aku berani main pisau.
Ada masa, aku jadi seorang yang lemah sangat. Aku rasa nak duduk seorang-seorang taknak diganggu. Aku berkurung dalam bilik. Aku mula jadi overthinking macam-macam.
Pernah dua tiga kali aku cuba b*n*h diri aku. Aku sembunyikan pisau bawah bantal aku. Masih ade saja bawah bantal tu haha.
Kadang aku saje saja makan panadol sampai 3, punca aku tak suka dengar bising-bising gaduh dekat luar. Aku taksuka dengar suara-suara yang bising dekat telinga aku.
Kadang-kadang aku nampak diri aku depan aku. Diri aku cakap dengan aku. Aku rasa bila aku bercakap dengan diri aku sendiri ni macam best sebab cuma dia faham apa yang aku hadap.
Aku tak sedar yang aku ni cakap seorang-seorang tu menakutkan kawan-kawan aku. Masa di kampus, kawan-kawan sebilik aku ade la yang tegur, sarah cakap dengan siapa, ketawa-ketawa tu.
Aku senyum saja pandang dia. Untung kawan aku tu taktakut dengan aku, dia kalau nampak aku lain macam cakap seorang-seorang, dia panggil kadang ajak keluar ambik angin.
Selalu tu macam-macam suara aku dengar. Aku tak suka. Aku rasa nak tidur saja tak nak dikacau. Aku taklarat. Aku penat nak hadap semua ni. Dari kecik jiwa aku merana macam ni.
Kaunselor tu suruh aku jumpa pakar dapatkan rawatan. Aku tak tahu la buat apa, puncanya sebab ade sekali tu, abang aku nak b*n*h aku, aku lawan. Aku mengamuk terus bila mak abah aku bela anak jantan dia tu.
Aku sedih kenapa mak abah aku takbukak mata tengok keadaan anak perempuan dia ni, kenapa takbukak mata tengok apa berlaku dekat adik-adik aku?
Aku tak sengaja, mak abah aku menangis. Sumpah aku tak sengaja, aku bukan jadi diri aku. Aku jadi orang lain, aku ketawa bila mak abah aku pujuk kata nasihat macam-macam.
Aku nak lari dari rumah, aku tengking abah mak aku, aku jerit dekat dia orang, aku macam hilang kawalan masa tu, allah ampunkan aku. Aku menangis bila abah aku kata, ni bukan anak dia yang lembut yang manja, ni orang lain.
Sumpah, aku menyesal dengan apa aku buat ni. Aku menyesal mak abah aku menangis sebab aku macam tu, kenapa la aku takpendam saja lagi sampai bila-bila? Kenapa la aku lepaskan semua yang ada dekat dalam hati ni.
Sekarang, aku cuma rasa macam hidup sekadar hidup. Macam tak ada semangat. Aku cuma bertahan untuk adik-adik aku supaya dia orang tak lemah macam aku. Aku tak kuat. Aku rasa lemah sangat.
Aku tak minta simpati kalian, aku cuma minta doa kalian untuk aku teruskan hidup aku. Aku takut sebab aku dah mula persoalkan kenapa tuhan uji aku macam ni, kenapa Tuhan tak sayang aku, kenapa Tuhan suka tengok aku menderita.
Ya, aku dah mula meminta Allah ambik nyawa aku. Aku tau berdosa, aku pernah janji dengan along (senior kampus) aku untuk takkan minta benda yang bukan-bukan berdosa besar, tapi aku mungkir.
Aku cuba bertaubat. Aku cuba. Doakan aku, sarah supaya jadi wanita yang baik, anak yang baik. Doakan aku terus kuat. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku.
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit