Assalamualaikum aku Nurul. Pelajar tahun 1 dekat sebuah ipta di ibu kota. Semenjak aku masuk u ni, macam-macam jadi dekat aku. Aku takde kawan. Kera sumbang. Pergi mana-mana pun sorang2 kediaman lain dari rakan sekelas. Dengan roommate pun tak bersembang. Most of the time aku buat hal sendiri.
Actually aku seorang yang happy-go-lucky, ceria dan mudah bergaul dengan orang. Punca aku jadi macam ni disebabkan family aku dan ex-bestie aku dulu. Aku kena mental abuse dari kecil. Sebab aku anak bongsu yang tak duduk hostel, semua benda aku kena tanggung. Aku kena mental abuse dengan ayah aku sendiri. Bukan niat aku nak buka aib dia.
Masa aku sekolah, ayah aku curang dengan mak, minum arak, kaki judi, hutang ah long. Semua benda aku hadap sorang2 sebab aku je tempat mak meluahkan sebab kakak2 semua duduk hostel.
Bukan tu je, sejak aku tadika, masuk sekolah hingga lah diploma, aku dibuli dan dikhianati kawan baik sendiri. Bukan sorang dua tau buli aku tapi satu kelas. Aku tak pernah cerita dekat sape2. Aku pendam semua sebab aku takde tempat mengadu. Itu tak termasuk kena compare dengan sepupu2 sebab aku hitam, gemuk dan hodoh. Kakak2 aku pun buli aku juga tau secara lisan. Dari situ aku tekad untuk belajar rajin2 dan jadi kurus dan cantik.
Yes, aku buat betul2. Aku dapat sambung degree dekat universiti pertama di Malaysia dan dua tahun aku diet untuk kuruskan badan. Tapi dalam tempoh tu aku tak sedar yang aku dah develop depression. Masa awal pengajian baru aku tahu ada sesuatu yang tak kena. Aku bukan aku. Aku susah nak berkawan, insomnia dua minggu, kadang2 tidur sampai 14-15 jam sehari dan aku tak larat nak pergi kelas, 3 hari tak makan. Sumpah aku takde tempat mengadu. Aku takut gagal so aku ambil inisiatif pergi jumpa psikiatri sorang2. Aku takut kena buang. Sumpah aku takut orang tuding jari pada aku kalau aku kena buang atau fail exam.
Aku hilang arah, aku takde sorang kawan pun dekat sini. Aku tak dapat ikut sistem universiti ni yang semua kena handle sendiri. Dengan masalah kewangan yang tak pernah settle. Doktor diagnosis aku dengan Bipolar Disorder type 2. Most of the time aku depress. Suicidal thought jangan cakap lah, aku pernah telan ubat lebih 50 biji. Tak bangun sehari tapi takde sape pun perasan termasuk roommate sendiri.
Sekarang ni aku ada masalah dengan classmate aku. Diorang semua dah start benci aku sebab aku banyak datangkan masalah pada diorang. Aku benci diri aku sebab jadi beban pada orang. Kalau aku berterus-terang pun aku yakin takde sape nak dengar termasuk family aku sendiri.
Kalau lah diorang boleh rasa sikit je anxiety tu macam mana, PTSD tu macam mana, Panic Attact tu macam mana atau OCD pun okey untuk diorang faham. Sebab aku tak harap diorang rasa sakitnya depression dengan bipolar. Untuk berperang hari2 dengan sakit yang tak kelihatan ni, teramatlah sukar dan penat. Lagi2 bertaruh sorang2, tiada tempat mengadu dan orang tak nampak. Aku hidup hari2 macam mayat hidup.
Kenapa kalau sakit fizikal je mudah untuk orang kesian dan bersimpati? Kenapa luka aku tak siapa pun perasan atau jauh sekali bersimpati? Salah aku ke?
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit