Salah Aku Ke

Aku tak tahu macam mana nak buat confession yang boleh menyuarakan perasaan aku. Aku rasa aku berada dalam dalam linkungan mereka yang depressed. Aku berada dalam keadaan ni sejak, emm sejak kecil hahahahaha. Aku rasa ramai je orang yang tertekan sama macam aku. Tertekan dengan orang sekeliling lah terutamanya…..

Aku tak salahkan sesiapa atas apa yang terjadi pada aku. Wallahi aku tak salahkan sesiapa. Aku bertanggungjawab atas diri aku. Aku tak tahu lah tapi aku rasa banyak sangat topeng yang aku dah pakai. Sampai dah tak larat nak tukar-tukar topeng ni wei hahahaha. Dan aku sangat banyak gelak depan orang. Benda tu lah yang paling bodoh yang aku mampu buat pada diri aku sendiri. Aku tak tahu nak describe kejiwa-kacauan diri aku.

Wahai meleis, aku tahu solat ialah dinding agama. Aku tak pernah terfikir untuk bunuh diri pun. Cuma aku selalu terfikir untuk pergi tempat yang jauh. Jauh dari semua orang yang kenal aku. Aku sebenarnya lagi cinta pada sesuatu yang senyap, gelap dan jauh. Ha kau mesti fikir kubur. Hahahaha kalau kubur tu destinasi terakhir aku lah nanti. Sekarang masih fikirkan mak. Kekuatan aku cuma mak.

Semasa aku menaip ni, aku baru sahaja menerima “hadiah” dari rakan sekerja aku. Hadiah yang sangat merobek hati aku. Aku di fitnah. Ya Allah, aku pertama kalinya menangis dalam solatku. Aku pertama kalinya menyebut nama orang yang menyakiti aku dalam ketiga sujudku. Aku sungguh sakit mendengar fitnah kali ini. Manusia, jangan menghakimi sesiapa. Tau? Apa yang kita lihat tak selalunya benar. Kadang tu kita cuma nampak kita yang benar, tapi kita tak nampak kaki tangan orang lain yang buat kerja. Im in so much pain. And tonight, im lost. I know i need to talk to somebody. But i end up talking to my own gadget. I want the whole world to know that im in so much pain but nobody ever noticed. I was there when my bestfriends at their worst. But they never asked my condition even when they know my eyes were red.

Aku di sini sebab aku perlu keluarkan semua kesakitan aku. Aku perlukan seseorang untuk bercakap, untuk seseorang sedar betapa setiap insan tu perlukan sokongan orang lain. Jangan cuma ingat diri sendiri je yang ada masalah. Jangan ingat aku tak pernah bercakap dengan sesiapa. Aku pernah menyuarakan pada orang yang aku percaya, tapi aku end up dengan berhenti bercakap bila ayat mereka “Ala kau cuma kena kuat….Aku dulu macam kau jugak….” dan mereka sambung dgn cerita tentang diri mereka, dari mendengar apa yang aku ingin bicarakan. Jadi aku diam je lah sampai ke sudah. Sampai akhirnya aku balik dan aku cuma menangis bersendirian. Aku tahu aku cuma ada, Allah untuk aku bersandar.

Aku berdoa semoga tiada sesiapa melalui apa yang aku lalui. Aku harap tiada siapa yang akan rasa diri dia tak berguna. Aku harap tiada yang berasa sakit seperti aku. Semoga kalian yang membaca, sentiasa bahagia :)

– naaa.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *