Salah Aku Ke?

Assalamualaikum IIUM Confession. Terima kasih kalau confession aku di publish. Seriously aku perlukan pandangan orang sangat sangat sekarang.

Okay, so first sekali aku kenal kan diri aku sebagai N jelah ye. Aku bekerja di sebuah bakery selepas tamat diploma. Cukup bulan ni aku dah setahun kerja kat sini. So far semua okay, bos aku, kawan kerja okay. Sampai lah bulan lepas, aku sakit kepala sangat sangat seminggu berturut-turut dan aku confirm bukan migrain. Tapi aku tak mintak MC nak pergi klinik sebab before this masa aku diploma, aku kerap jugak sakit kepala tapi bila pergi klinik doktor sarankan untuk buat CT scan tapi aku refuse sebab kekangan duit.

Macam orang sakit kepala yang lain, aku senyap kat tempat kerja. Aku tak bercakap dengan sesiapa pun. Aku buat kerja aku macam biasa. Aku tahankan sakit aku. Balik kerja, aku berkurung dalam bilik sampai la pagi esok. Aku macam ni dalam 2-3 hari. Hari ketiga, bos aku whatsapp tanya kalau aku okay tak? Ada nak cerita apa apa tak? Mulanya aku pelik gak, so aku layan jela ckp aku letih sikit. Pastu bos aku ckp kenapa aku mcm lain sekarang. Sebab umumnya tahu aku ni sangatlah kepoh. Memang jarang la aku senyap. Aku cakap jela aku tak sihat. So nak jadikan cerita, ada dua pekerja ni mengadu la kot kat bos cakap aku macam badmood dgn dorang. Okay part ni aku nak tanya. Kalau orang sakit kepala, dia boleh gelak hu ha hu ha lagi ke? Maksud aku, salah ke aku badmood sbb aku sakit?

Okay, so yang 2 orang ni aku kenal kan Nana dgn Nini lah ye. Dorang dedua ni tarik muka mcm kitorang bergaduh. Yang kelakar nya bos aku suruh aku mintak maaf. Okay so aku layan kan jela, aku mintak maaf sebab aku badmood sbb aku sakit. Pastu yang si Nana ni boleh pulak reply suruh aku dah dah la buat gini. JAP! Kat sini aku dah bengang. Salah aku ke kepala aku sakit? Si Nini ni lak suruh aku pegi klinik.

Okay so minggu ni aku pening, aku macam nak rebah. Nak taknak aku mintak MC. Aku buat check up, doktor cakap tekanan darah aku rendah. Sebab tu aku sakit kepala dan pening. Aku balik klinik semalam, dedua tu tak tanya aku okay tak. Haha kat situ aku dah terasa. So aku balik rumah aku cakap kat mak, aku nak berhenti kerja. Aku letih, kerja aku memerlukan aku untuk berdiri selalu. Dalam keadaan aku skrg, aku tak rasa aku larat. Mak aku tak kisah. Dia suruh berhenti kerja dekat dekat je dengan rumah since aku kerja sini, aku duduk rumah company.

Pagi tadi aku try nak sembang dengan si Nana dengan Nini tu. Tapi dorang buat muka ketat tak layan. So aku anggap dorang marah aku kot. Tapi seriuslah, aku sampai sekarang masih tertanya tanya lah, salah ke aku ambik masa untuk diri aku control sakit kepala dengan senyap? Aku dah turunkan ego aku before this dengan mintak maaf untuk salah yang aku taktau apa dia.

Sedangkan, kalau si Nana ni sakit kepala, seharian dia badmood mcm aku gak, siap ambik cuti separuh hari kerja. Tapi aku biarkan jela sbb aku faham lah. Kenapa dengan aku dorang takleh paham?

So aku dah buat keputusan, awal bulan depan aku bagi surat resign, so bulan 7 aku dah start tanam anggur. Aku plan nak ke pulau, nak release stress dengan perangai pelik manusia dua orang tu.

Aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan dan tolong bagi pandangan kalau apa yang aku buat ni memang salah aku. Aku sanggup mintak maaf lagi sekali, tapi kalau bukan salah aku, aku malas nak turunkan ego utk orang yang tah pape ni. Terima kasih :)

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *