Salah Aku Ke?

Cerita ini bermula masa aku baru mula bekerja di sebuah syarikat baru.

Memandangkan si dia juga merupakan seorang pekerja baru sama seperti aku, aku dan si dia kerap membantu satu sama lain dan melakukan kerja bersama-sama.

Pada awalnya aku sangkakan dia seorang yang sombong memandangkan aku juga merupakan seorang yang introvert, jadi memang taklah aku nak bertegur sapa dengan dia. Kami hanya melakukan kerja dan bercakap pasal kerja sahaja.

Pada satu hari, si dia ni tertinggal cermin mata dia dekat tempat kerja memandangkan si dia ni dah pun balik awal sebab dia mula shift awal.

Nak dijadikan cerita, aku mesej lah si dia ni untuk memaklumkan bahawa cermin mata dia tertinggal. Sejak dari kejadian tu, kami kerap bermesej dan bercerita di luar tempat kerja.

Tanpa aku sedar, hubungan aku dan si dia makin hari makin rapat… yelah, setiap hari call, setiap kali chat sampaikan kitaorang pernah sleepcall sama-sama.

Dan satu hari tanpa aku sedar yang aku dah pun jatuh cinta dekat dia.

Namun, langit tak selalu cerah. Satu hari tu, tiba-tiba dia layan aku macam ‘stranger’.

Aku tak tahu mana silap, mana salah aku selama ni tapi memang dia anggap aku macam stranger sampaikan aku cakap sepatah dia dah buat muka menyampah dan dia kerap kali marah aku.

Aku tiba-tiba blur sekejap sebab tak tahu punca. Tiga minggu hubungan aku dan dia semakin dingin.

Namun selepas itu, satu hari tiba-tiba dia datang balik dekat aku dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Dia call aku macam biasa dan bergelak tawa… aku masih lagi blur kenapa dia datang balik, dan aku pun sambutlah dia semula dengan tangan yang terbuka.

Tak lama lepas tu, ya jadi semula… dia mula avoid aku semula. Aku lagi pening dan mula terfikir untuk berhenti kerja. Aku sudah pun membuat surat berhenti kerja dan tekad untuk menghilangkan diri.

Satu hari, keluar notification dekat Facebook aku tentang suggestion friend tu, aku nampak profil dia dan aku tekan… alangkah terkejutnya bila aku tengok dia bergambar bersama anak… ya, anak dia!

Tapi masa tu aku husnuzon lagi, mungkin anak buah. Tapi hati perempuan kan mana pernah puas… aku stalk, rupanya dia dah pun berkahwin dan yes, itu adalah anak kandung dia!!

Ya Allah!! Apa aku dah buat kali ni?

Aku shaking, aku panic… aku bukan penyondol dan aku benci gelaran itu tapi aku sendiri jadi begitu?

Nanti aku share part 2.

– Flower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *