Salah Aku Ke Kalau Aku Tak Solat?

Hai.. Aku Sejadah Lusuh. Kenapa aku letak nama ni sebagai nama samaran? Sebab sejadah kat rumah ni dah berhabuk dan berbau kepam. Kenapa macam tu?

Asalnya sejadah tu dibiarkan tanpa ada yang guna. Kecuali kalau ada family, saudara mara datang ke rumah barulah sejadah tu dibentangkan.

Sebenarnya tujuan aku menulis disini kerana nak minta nasihat, semangat dan cadangan dari pembaca semua. Aku dalam fasa nak perbaiki diri.

Oh ya, umur aku 34 tahun, dah berkahwin dan punya 2 anak yang sedang membesar.

Aku pernah berniat sebelum umur capai 40 tahun aku dah baiki kehidupan, punya kereta dan rumah sendiri dan mempunyai keluarga yang cintakan agama.

Kisahnya bermula pada suatu malam, anak kedua aku bangun dari tidur. Biasa la budak umur 1 tahun terjaga nak mencari susu atau lampin dan penuh.

Selepas siapkan dan tidurkan semula anak, terdetik dihati yang aku ni sebenarnya hidup untuk apalah.. Aku tak tahu apa tujuan aku hidup.

Tak kan lah habiskan sisa hidup dengan asyik tukar lampin anak je pagi2 buta 3-4 pagi. Why not aku buat tahajjud.. Si kecik ni pun dah nampak lena semula. So kat sini la bermulanya detik perubahan dalam hidup aku.

Aku solat tahajud tapi tak solat Isyak.. Yes, aku orang yang lalai dan aku tak nak kembali ke zaman tu dah. Lepas solat tahajjud, aku berbicara sama Tuhan..

“Ya Allah.. aku hari-hari minta doa (bukan minta dalam solat) tak nak tinggal solat.. Lama dah aku doa, hari-hari aku doa benda yang sama tapi kenapa Engkau tak makbulkan?

Kalau tempat aku dineraka (nauzubillahi) sebenarnya bukan salah aku dah sebab aku selalu je mintak doa tak nak tinggal solat.. Jadi salah aku lagi ke Ya Allah?”

Habis sampai situ sahaja. Aku cuba pula buat solat istikharah 2 rakaat. Aku fikir aku kena bagi peluang untuk diri aku cari solusi dalam solat istikharah pula. Minta Allah buka laluan untuk aku bertaubat.

Siap solat sunat ni aku pun terus sambung tidur dengan linangan air mata.. Baru tersedar, aku dah menuduh Tuhan yang memberi segala nikmat pada aku selama ni. Aku tuduh Tuhan tak membantu aku dan aku cuba menyalahkan Tuhan kalau aku masuk neraka sebab tak solat.

Sungguh disaat aku menaip ni pun terasa kesal sangat dihati. Aku mempersoalkan, ‘salah siapa aku tak solat?’

Bangun pagi.. aku bersiap2 nak ke tempat kerja. Badan aku tak sihat. Tak sihat macam mana aku tak nak cerita, agak mengaibkan. Ibarat nak makan tapi sakit gigi.

Jadi kat situ aku mula sedar. Tak solat tu salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa, bukan salah Tuhan. Kenapa aku cakap macam ni?

Aku ada baca artikel sekiranya kita buat apa yang Allah larang, maka setitik hitam akan melekat kat hati. Hati jadi gelap, nak beribadat pun malas. Ya! perlu berhenti buat maksiat supaya hati tak hitam.. Aku terus buat solat taubat. Aku minta ampun.. menangis semahu mahunya.

Aku dah berdosa Ya Allah.. Macam mana aku nak tebus semua dosa-dosa aku ni..Kau tunjukkan jalan dia Ya Allah.. Seminggu aku tak sihat.. Tiap2 malam aku bertaubat mintak Allah tunjuk jalan supaya aku dapat tebus semua dosa aku.

Jadi perlahan-lahan aku tinggal semua benda2 lagho, jaga hubungan baik dengan suami. Aku dah mula solat 5 waktu, mula belajar al-quran. Mengaji dalam kelas online ja.

Lagi satu, aku dah mendaftar untuk tunaikan umrah. MasyaAllah entah macam mana perasaan berkobar-kobar untuk tunaikan umrah tu datang. Sampai bawa ke mimpi tengah bertawaf depan kaabah. Mungkin ini laluan untuk aku tebus dosa-dosa aku.

In Sha Allah bulan Syawal tahun depan aku berangkat. Kenapa tak pergi lagi awal? sebab aku nak lebih bersedia dan sesuai la dengan Bulan Syawal tu.. bulan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Doakan aku dapat lunaskan baki pakej umrah sebelum due dia bulan Jan nanti ya geng, haha..

Alhamdulilah.. sekarang hampir 3 bulan berlalu. Sejadah dah tak berhabuk lagi, dah wangi.. Aku masih sedang berjuang untuk baiki diri aku seadanya. Kadang-kadang ada rasa malas nak solat. Nak-nak waktu tengah sibuk dengan urusan kerja dan anak kecil.

Jadi macam mana ya nak lalui semua ni dengan baik, macam mana nak istiqomah. Apa perlu aku buat.. Semoga impian aku untuk menjadi manusia yang lebih baik sebelum umur 40 tahun tercapai.

Selepas aku ubah cara hidup, mula jadikan solat sunat sebagai rutin harian, hidup aku jadi setenang tenangnya. Betapa kasihnya Allah swt kepada aku yang menuduh dan menyalahkan Dia di atas apa yang berlaku kepada diri aku. Sungguh Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Doakan kebaikan untuk aku dan keluarga ya. Terima kasih kepada yang sudi membaca, memberi nasihat dan semangat. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan ucapan kalian.

Semoga kita semua dapat bertemu ditelaga Al Kauthsar. Assalamualaikum.

– Sejadah Lusuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Duit. Doa, Usaha, Istiqamah dan terakhir, Tawakal. Begitulah kitarannya dalam mengejar redha Allah. Kita berdoa minta dipermudahkan untuk sujud. Kemudian, kita usaha. Bila gagal, bangkit dan usaha lagi. Sehinggalah kita masuk fasa istiqamah dan dakwam. Seiring kita beribadah secara fizikal, kita didik hati kita bertawakal pada Allah. Kita berbaik sangka pada Allah menerima taubat dan ibadah kita. Setiap hari perbaiki diri tanpa jemu sehingga tiba satu detik, Allah ambil roh kita. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *