Hai admin, terima kasih sekiranya cerita aku ni tersiar. Mungkin boleh bagi peringatan kepada semua peniaga kat luar sana.
Aku adalah seorang peniaga online kecil kecilan. Kalau ikutkan bukan setakat kecil, hanya cebisan sahaja di Malaysia ni.
Kebetulan aku baru je post “Deals of the month” lip matte Kylie dekat satu online app ni. Tiba-tiba ada seorang buyer message aku suruh whatsapp dia sebab interested sangat nak beli. Yelah, kan aku tengah buat sale, dengan terujanya aku terus reply text dia.
Kau banyangkanlah bila sale kau pun on off, tiba tiba ada orang nak beli barang kau. Mestilah kau akan rasa syukur dan layan customer kau bagaikan menatang minyak yang penuh.
Pada permulaan conversation, dia ada bagitahu yang dia dari Malaysia tapi sekarang dekat Europe dan nak belikan lip matte ni untuk kawan dia yang berada di Kedah.
“Waaa, bestnya ada customer oversea nak beli barang aku”.
Jadi dia decide nak beli 3 pieces lip matte.
“Ok total RM38 including postage fee.”
Aku pun dah siap masukkan dalam parcel pos laju. Tanpa banyak soal, dia terus bank in tapi ini yang dia reply.
“i have just made the payment. Please check your email inbox to see if the bank has sent you a notification about my transaction because there was a little issue. Please check now and let me know. i’m waiting.”
Aku pon dapat email dari bank. By the way, bank yang dia maksudkan adalah Credit Europe Bank. Aku pon google nama bank tu. Ok, lulus! Nama bank wujud. Bukti email pon ada ni. Dia siap screen shot lagi bukti payment dari Wong Shu Shan dah tolak RM500 dalam akaun dia dekat whatsapp. Cuma…, duit belum credit lagi dalam akaun aku!
“Eh, apasal dia bankin banyak sangat? RM500 pulak tu.”
Ok, dalam email tu ada sebut yang minimum transfer RM500, kalau ada balance kena refund. Aku kena pulak sent copy resit refund balance untuk verification sebelum bank unlock RM 500 immediately dalam account aku.
Dalam email tu aku diminta untuk bagi refund balance RM442 (korang ingat amount ni) ke account sorang agent yang tercatit nama Umadevi A/P Rajah serta nombor account Maybank. So, aku fikir ni mesti orang tengah antara bank ni. Dah tulis situ pon agent.
Eh kejap, apesal pulak aku kena refund dulu? Duit pun belum kredit lagi. Kalau orang ni tipu cane?
Weh kau bayangkan dalam account aku pon takde duit sebanyak tu. Gile hape nak bank in dulu duit kat orang sedangkan duit tak dapat lagi. Kalau scam aku yang teraniaya. Sedih weh kalau duit kena tipu. Dahlah nak dapat duit pun bukannya senang.
Aku pun inform yang duit takde. Ada cara lain tak untuk selesaikan masalah ni?
Dengan slumber je dia suruh aku pinjam duit kawan dulu, then settled.
Aihh…, ingat senang ke nak main pinjam pinjam ni. RM 500 kot. Kalau RM 50 aku adalah!
Ok, aku still positif. Sebab bukti payment kat whasapp tu boleh caye. Untuk settlekan masalah ni dengan segera aku call suami aku yang tengah bekerja. Kenkonon dapatlah duit ihsan RM500.
First step, suami aku suruh forward email dari bank dengan conversation antara aku dengan customer ni untuk dia lebih fahamkan keadaan sebenar.
Tak lama lepas tu suami aku suruh aku fikir logik. Dia kata kalau bank luar negara ni dorang tak guna istilah RM, dorang akan guna MYR.
Tapi aku positif lagi, siap cakap yang bukti payment tu nampak betul. Bank tu pun wujud. Untuk yakinkan aku lagi, suami aku pon googlelah dan bagi screen shot pasal Credit Europe Bank Scammer.
Sebijik je cerita orang yang terkena tipu tu dengan jalan cerita aku. Bezanya dorang dah terkena tipu je. Aduh, kesiannya weh…
Ok cerita ni tak habis sampai situ. Saje je aku nak tengok kecerdikan customer ni. Aku mesej lah balik. Aku soal dia kenapa aku kena refund balance RM 442, sedangkan amount aku jual RM 38 je. Lagi RM 20 jadi apa? Sepatutnya RM 462 lah kan.
Ok, yang ni memang aku dah rasa lain macam. Takkan RM 20 dapat kat aku? Eh, untung buta buta jelah dapat RM 20 ni.
Dia pon betulkan balik dan suruh aku pulangkan baki yang sepatutnya RM 462.
Ewah ewah, sesuka hati kau je nak betulkan apa yang email tu suruh aku refund ye. Mana mungkin bank boleh buat kesilapan kira kira. Agak agak la weh…
Aku pon katalah, “cannot be the bank make a simple mistake”.
Dia pon betulkan balik figure yang aku patut bayar RM 442 je bukan RM462. Lagi RM 20 mungkin bank calculated charge untuk aku. “The bank knows the best” katanya!
Eh, tak mungkin, tak mungkin. Takkan ada hidden charge? Kenapa tak inform dalam email? Ish, meragukan betul lah!
Customer pun replied.
“So, u mean i am a liar? Or the bank is the liar?”
Bila masa aku tuduh kau tipu? Tapi meragukan tu adalah. Senang cerita ambiklah balik duit semua tu. Mungkin bukan rezeki aku nak jual dekat kau.
“Like this anna, u just deal with the bank, and take back ur money.”
Tapi customer tetap jugak suruh aku reply email bank.
“Ok then u can email the bank and ask them the reason.”
Apalah yang complicated sangat ni? Kalau aku buat bodoh je duit tu dapat semua tak? Kalau dapat pon nanti aku bagilah balik. Senangkan…
“What about if i just ignored the email? Am i getting RM500?
“No, cannot get until u refund. Ask them in their email and see. I cant lie for RM 400++ pls. I’m a boss also.”
Oo, bos rupanya.. Em, kalau bos boleh je beli yang authentic. Aku jual ni inspired. Apalah sangat kan..
“Anna, i need to be careful about money. I’m also dont have money to refund back. Sorry about this. Hopefully the money will credit to ur acc asap.”
Tanpa putus asa customer minta jugak aku refund duit dia.
“It cannot be reversed pls. You have to make the refund.”
Aku pon apa lagi, suruhlah dia report pada bank.
Ok, lega sikit bila conversation kami terhenti takat tu sahaja.
Tak lama lepas tu aku dapat email dari bank siap ada lencana “oipc icpo interpool” dengan “department of justice federal bureau of investigation” dimana aku akan dikenakan legal action sekiranya aku tak bayar semula refund tu dalam tempoh 2 jam. Kalau aku gagal buat sedemikian dorang akan sent nama, bank detail dan alamat ke “law enforcement agency” negara ni dan akan ditangkap atas kesalahan scam. Lepas tu account bank aku akan di block.
Allah…, apalah nasib sampai macam tu sekali. Aku nak berniaga ni nak cari rezeki. Dapat pulak kes complicated macam ni. Lain kali aku nak tulis note besar besar yang aku terima pembayaran dari bank dalam Malaysia sahaja. Dari bank lain tak boleh proceed. Sorry! Ni la pengalaman paling mencabar sepanjang aku berniaga online. Lepas ni ntah apa la pulak email yang akan aku dapat dari bank tu. Tempoh 2 jam dah lepas, si Anna dah tak mesej aku, bank pon dah tak email aku.
Korang yang berniaga online ni tolonglah make sure payment masuk dulu sebelum pos barang. Lagi satu, kalau dapat kes macam ni rajinkanlah google sendiri, tanya pendapat orang terdekat, mana tau scammed ke apa ke. Kalau suami aku tak tolong google, nak nak pulak duit aku cukup time tu, tanpa pikir panjang aku pun pergi transfer, rasanya dah lesap dah RM 442 tu. Suami aku siap pesan kalau dia call jangan pick up. Takut terkena pukau. Ish, nauzubillahiminzalik..
Yang hampir terkena,
Thezazalea
– The Zazalea
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit