Salah Bual Ke Apa?

Hi semua. Aku dah lama follow page ni. Suka suka baca kisah hidup orang memandangkan aku tak berkawan dan tiada kawan gosip selepas jadi surirumah.

Aku Aina, dah tentu bukan nama sebenar. Degree holder dan surirumah sepenuhnya tanpa ada side income. Alhamdulillah suami mampu tanggung keluarga tak berapa kecil kami. Kahwin awal di usia awal 30an sudah punya 6 anak baik elok perangai.

Yang sulung baru masuk sekolah menengah. Anak penyejuk mata. Adik adik berderet tapi gapnya 2 3 dan 4 tahun sorang. 5 anak selepas anak sulung anak yang tidak dirancang(dibaca merancang sendiri)

Panjang intro tapi sedikit sebanyak mungkin membantu untuk faham luahan hati merapu aku ni. Aku kan cakap aku tiada kawan so aku rasa ini tempat sesuai aku luah apa yang terbuku.

Adik beradik ada tapi aku dah limit kan jarak dan perbatasan. Masih punya mak ayah yang sentiasa ambil berat. Aku anak yang dikenali happy go lucky.

Mak aku selalu label aku campak mana pun boleh hidup. Ayah pula dari aku kecil agak kongkong aku tak dibenarkan keluar pergi mana mana aktiviti, sekolah asrama pun tak bagi, tapi adik beradik lain tak, asrama ke masuk camping itu ini semua ayah benarkan.

Aku bukan anak manja. Mungkin ayah tak percaya aku pandai jaga diri, aku mudah percaya orang. Semua orang aku anggap baik. Tapi lepas SPM, ayah terpaksa lepaskan aku sambung diploma. Aku sambung diploma lepas tu degree boleh agak kan aku kahwin bila, mestilah masa tengah belajar.

Nampak sangat kan ayah percaya sangat dengan suami aku, sampai lepas kan aku kahwin masa tengah belajar. Ayah pesara kerajaan tapi gred bawah, suami aku penjawat awam golongan profesional bidang sama macam ayah.

Kiranya kalau diorang tu umur lebih kurang, kerja tempat sama, suami aku ibarat ketua ayah aku la. Sebab tu diorang ngam.

Dipendekkan cerita, dah berbelas tahun kitorang kahwin, orang luar kawan kawan anggap aku bertuah tak bekerja tanggung keluarga, nak kemana mana ade kereta dibelikan khas untuk aku ke pasar, hantar ambil anak sekolah.

Nak me time sejam dua weekdays anak sulung aku take over adik adik dia kejap, hujung minggu memang kami selalu keluar bersama atas paksaan suami. Aku selalu liat nak keluar if suami ada.

Dah kenapa kau Aina? Macam orang tak bersyukur kan suami ajak berjalan tapi tak mahu sedangkan ramai meluah suami tiada masa untuk anak isteri.

Suami aku jenis ikut mood dia, jenis bawak balik masalah kerja dalam rumah. Bukan takat bawa balik kerja bertimbun, tapi bawa perangai bossy dalam rumah, cara bercakap dengan staff bawahan ke rumah.

Apa sahaja permasalahan yang diajukan urusan rumah dia suka tanya pendapat aku. Tanya bukan nak dengar pendapat or apa jawapan aku.

Sekadar nak bagitahu, haaa macam ni la staff b jawab. Sebiji macam sayang. Letih la semua benda b nak kena ajar satu satu. Faham tak dia nak cakap aku bodoh tapi berkias, ke betul aku bodoh.

Dia suka cerita tentang pengurusan kerja, sistem filing ke ape entah. Apa apa sahaja di tempat kerja dia cerita lepas tu dia tanya aku tahu tak itu ini teknologi terbaru itu ini. Aku jawab tak tahu, dia macam cakap ini susah kalau orang tak pernah bekerja cara berfikir dia tak sama.

Aku pernah jawab ya kan b yang tak bagi sayang kerja, sayang tak bodoh tau boleh je nak kerja tapi dah kertu macam ni zero pengalaman memang sayang kena start dari bawah la.

Dia jawab kalau takat cari kerja gaji 2-3 ribu baik takpayah. Habis bayar pengasuh duit minyak makan je. Anak aku ramai kan. Dia nak at least aku cari kerja starting 5K. Aku tak faham aku bodoh ke dia yang bo&£(. Tak boleh tulis penuh. Berdosa aku haha.

Dia kan kerja gomen dah lama, ada ke kerja starting 5K boleh korang suggest kat aku tak. Aku nak dipandang cerdik oleh suami aku. Orang tak kerja bodoh katanya.

Anak anak dia semua pandai itu ini tip top kat sekolah orang bodoh ni la tiap hari mengadap satu satu. Dia provide duit sahaja. Satu alif ba ta pun dia tak pernah ajar.

Dia pernah take over ajar anak aku homework sudahnya meraung anak aku, lepas dari itu anak aku memang akan cepat siapkan homework ke apa apa ke semua aku, serik dengan bapak dia.

Melalut dah aku ni, kisahnya tadi kenapa aku tak berapa suka travel ke jalan jalan naik kereta dengan dia. Sebab dalam kereta aku tak boleh lari. Dia suka bercakap cakap dan cakap. Dari sekecil kecil cara membasuh tangan dengan betul sampai masalah dunia dia akan bahaskan.

Bila aku salah respon dia akan hilang mood. Dulu anak anak tak terkesan sebab kecil lagi, sekarang anak dah besar kot. Anak sulung aku pun sekarang malas tau bila ayah diorang ajak keluar. Dia tak kira tau kat taman ke kat kedai makan ke, kalau hilang mood dia, dia boleh tinggal kitorang macam tu je.

Bukan tinggal kitorang dia balik rumah, dia boleh blah dari tempat tu tunggu aku yang terkial kial bawak 6 orang masuk kereta. Malu tau orang tengok aku kiri kanan bawak anak.

Ade satu hari tu kami pergi taman, anak anak aku yang ramai tu main la sepuas hati. Lepastu yang 3 tahun tu menangis nak bola orang, anak aku main rampas je tau. Anak sulung aku cerita masa balik rumah dah. Aku masa tu pergi kat kereta ambil wet tissue tertinggal. Sampai kat diorang aku tengok semua senyap, aku dah cuak dah.

Suami aku cakap jom balik, susah betul nak jadi orang function, mana mana perempuan tissue sentiasa ada dalam poket. Tertinggal itulah inilah, kan dah jadi caca marba. Apa yang caca marba nya lahu, anak rampas mainan orang, kau ambil lah anak tu minta maaf kat mak bapak budak tu setel.

Dia sejenis nak semua smooth ja, nak anak dia matang serupa umur 15 tahun punya orang. Budak kot.

Apa sahaja masalah anak aku disindir aku tak reti mendidik, bila aku menjawab dia cakap bapak bapak ni kebanyakannye haprak mak mak ni sepatutnya bagus pandai didik anak. Hidup tiada sistem memang susah la. Itu yang dicanangnya setiap kali ade sahaja benda tak elok.

Kalau semua behave aku pun behave dia okay dia sangat okay. Aku nak emas sekati pun dibagi tapi tunggu lah time aku buat salah, goreng nasi masin diungkit 7 keturunan sampai cara mak aku didik aku pun dipetiknya.

Aku lemas, aku pernah baca siapa entah tulis kita ni hidup kebanyakan cuma bersembang sahaja. Kita perlukan partner yang boleh kita bersembang dengan selesa.

Setahun kebelakangan ni, aku agak pendiam, aku cuma havoc havoc dekat media sosial je. Cara aku menulis ke aku share posting itu ini ramai follower suka, kalau komen kat page mana mana ratus ratus ribu riban like. Merapu rapu komen, itu cara aku bahagia. Kesian kan hahahaha.

Bila aku diam kan, suami aku perasan, apa apa sahaja hal rumahtangga dia perli itu lah pentingnya komunikasi. Please sayang communicate dengan b. Kalau tak menyusahkan b.

Nampak kan dia nak komunikasi yang menyenangkan dia, kalau hal yang takde kaitan dengan dia lantak kau sana. Dah kurang komunikasi aku pun jadi tak manja, tak mengusik, aku tak cari dia.

Bila aku tak cari dia, dia cari aku tapi end up marah aku. Sebab bila gaduh je aku bersuara tapi aku jenis yang suara tak pekik pekik tak menekan, aku bersuara luahkan perasaan panjang panjang. Dia dengar ja tapi tiada tindakan pembetulan pun walaupun terang terang dia salah. Bazir air liur aku sahaja.

Aku menulis ni pun sebab aku baru lepas bertekak pasal satu benda. Aku jumpa doktor. Aku cakap la td jumpa doktor demam takde check apa pun, sebab takde batuk selsema doktor bagi ubat demam. Berapa minit dia tanya? Aku cakap la dalam 10 minit jugak. Aku main cakap je.

Dia cakap buat apa lama lama, patut takat check suhu 30 saat dah siap. Takkan aku nak ubah statement cakap eh 2 minit ja, tak boleh, suami aku detail. Aku pun cakap borak borak la sikit. Dia tanya borak apa. Cerita detail every single conversation sayang dengan doktor. B nak tahu.

Aku terus jem, rasa panas je dalam dada. Tak seronok dah nak bercakap dah la tengah demam. Aku cakap b ni entah apa apa, hilang mood sayang. Aku pergi masuk toilet tinggal dia macam tu sahaja.

Oh ya, aku memang seronok pergi klinik sorang sorang walaupun aku demam biasa haha me time weh anak anak aku lasak ya rabbi tapi perangai elok comel hensem belajar pandai alhamdulillah.

Sebenarnya apa masalah kitorang ya, suami aku baik dari segi keperluan nafkah zahir batin. Aku pun memberi dalam keluarga walaupun bukan dari segi duit, aku jaga harta anak anak elok tapi aku tak selesa bercakap dengan dia kebelakangan ini.

Dia sampai sekarang tiada tanda nak berhenti bercerita dengan aku since dia pun tiada kawan, ye lah siapa nak kawan dengan orang macam tu haha.

Aku tiada kawan sebab aku fokus pada keluarga. Masalah apa kami ya, bincang dah bincang nangis dah nangis luah isi hati aku tapi dari side dia memang salah aku la. Salah bual kot istilah dia.

Apa yang aku kena improve supaya mood dia sentiasa menyala dan tenang je bercakap dengan aku walaupun aku kadang rasa nak sembam dia dalam air barang seminit dua. Jangan suruh aku cerai aku miskin hina hahaha.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. LOL

    Hahahaha.. Aku baru nak suruh cerai!
    Kalau macam tuh layan lah perangai suami tuh.. Sebab dia tak boleh berkongsi cerita dan menyelesaikan masalah awak tapi masih menjaga keperluan zahir dan batin? batin bukan tutttt je erkk.. Batin tuh perasaan isteri juga.. Buat awak dah tak selesa, tak menjaga hati… itu dikira tak memberi keperluan batin ea… Kita hidup nak tenang.. tak nak stress menghadap hal/masalah yang sama tapi kalau awak masih boleh bertahan dengan perangai suami.. Baguslah awak.. Sekian, selamat menjalani hidup dengan aman.. (Panjang pulakk aku taip)

  2. 1) ada kak gaji permulaan Rm 5k, kt singapore sana.Ko try la apply sana.Kalau designer atau programmer ni byk boleh buat duit abroad secara remote.

    2) post Dr hafidzi mohd noor yg cakap pasal perkahwinan ni kena bersembang.

    3) aku rasa la kan kak, suami ko ni mmg jenis tak boleh susah sket, dia mula suka cr benda atau org utk disalahkan atas ketidakupayaan dia sendiri selesaikan masalah. Ko masa gaduh tu penah ckp jujur tak kat dia kak? Contoh “ saya tak suka lah perangai b yang suka suki salahkan saya pdahal b tu yang mcm oku tak reti nak handle masalah?!”

    Aku dgn suami mmg tahap gaduh skang aku ckp terus terang je kak. contoh baru ni suami aku tgk anime smpai tdo lambat.pstu esok pagi dah kelam kelibut.Aku mmg smack terus je ckp, saya tak sukalah abg tukar2 rutin ni.Esok jgn harap sy nak kejut! Pepandailah bangun sendiri.haa gitu..aku takde dah nak berkias2.bila ckp tak suka tak suka.

    So point sini ko kena jd lebih bold kot kak bila bercakap dgn suami ko ni.Nmpak gaya dia suka merendah2 kan ko ni.Berapi je aku baca pasal suami ko ni kak.

  3. Patutlah komen sis banyak like. Sy turut terhibur haha. Sabar banyak2 sis..sy pun dulu mcmtu jugak..mcm seolah oleh direndah2kan kan tp lama2 sy pandai balas. Sy ckp dekat suami, yelah sy ni org kampunggg, bukan macam kamu ni org bandar..bijak2 pandai2..kesian kan. Jadi kalau sy ni xpandai, ajar ja baik2..xpayah marah2. Tiap kali dia dia buat benda sama sy akan ulang hahaha..lama2 dia xnak ckp dah. Mungkin jugak sb faktor umur yg makin lanjut dia berubah slow2. Dulu mmg kerap juga sy kena..

  4. Sis ni emotionally drained ni. Tu jadi cmni. Suami pula bossy, suka perkecil peranan sis. Padahal sis sanggup bekorban utk tidak bekerja, & urus anak2 dgn baik. Faham2.. Mungkin kalau ada ceramah2 islamic yg bercerita menaikkan martabat wanita surirumah, perlu forward pd dia. Dia skang ni x nampak pengorbanan & peranan sis dirumah. Sebab tu dia asik2 perlekeh kan sis. sis pun upgrade diri sis, banyakkan membaca buku2 yg boleh buka minda, motivational books ke, islamic books ke, so sis boleh tazkirah dia pula. at least sis ada sumber sahih so dia xboleh argue. Ni juga salah satu cara utk sis at par dgn cara pemikiran dia.

  5. kalau saya jadi sis saya kumpul harta dulu sikit2 guna duit dia la saving betul2 untuk masa depan, apa2 jadi senang. Jangan berhenti doa sis, sy rasa suami sis ni mental sikit sebab takde kawan

  6. Your husband ada low inferiority complex, mungkin selalu dilekehkan oleh Boss dia di tempat kerja. Atau semasa kecil, memang selalu kena verbal abuse dari keluarga atau kawan-kawan di sekolah. Tekanan yang macam semacam itu buatkan dia bertindak lari daripada masalah dan banyak komplen. Saya rasa Puan akan lebih berjaya di tempat kerja berbanding suami sebab Puan boleh handle emosi dengan baik. Puan doa banyak-banyak agar Puan lebih berani semasa sesi berbual-bual dengan suami Puan. Puan kena puji dan ucap terima kasih kepada suami Puan, Puan mesti selalu puji diri Puan kerana berjaya jadikan anak-anak berjaya. Puan kena selalu maafkan dia. Puan kena proses perasaan marah, benci pada suami Puan kerana Puan tidak mahu bercerai.
    W/bagaimanapun, bila usia sudah lanjut persaingan kerja sudah sangat banyak, agak sukar untuk cari pekerjaan, apatah lagi akan lebih sibuk sebab nak urus anak&rumah tangga(suami sudah serahkan 100% pada Puan pula tu). Puan boleh trade FCPO. Tapi mesti belajar banyak-banyak tentang dunia trading. Mesti memahami RISIKO kerugian yang bakal berlaku. Tidak mustahil bagi seorang trader FCPO dapat 1K/hari. Trading FCPO boleh dibuat dari rumah sahaja dengan modal 4K.

  7. Akan sampai satu masa dia nangis dan sujud di kaki mu dik. Sehingga saat itu kamu kena sabar sesabar yang Tuhan beri.
    Hidup ini pilihan jalannya, sesukar, sesedih, dah itu pilihanmu dik yang telah tertulis.

  8. Saya rse sya fhm mcmne yg awk rse.. dlu arwah ayah sya pon ‘ketua pejabat’, suami saya bknla ketua pejabat, tp lbh krh mcm itulah, ‘membebel’ hampir dlm semua perkara, yg sedihnya, skrg ank sulung sya pon dah mula ‘bersyarah’ kpd saya, mentang2 dia bersekolah agama dan bnyak ‘ilmu’ yg kita pon xtau sgt.. sya rse msalah sebegini timbul, bkn sbb kerja atau bidang sesorang tu, tp dah mmg ‘semulajadi’ dia begitu.. nk di’lawan’ blk, nt bkn nya slesai msalah, lg teruk kna ‘bebel’ ada la.. nk xnk, buat2 bod*h gitu je, lma2 senyap.. klaw nk komen pon, kna pilih perkataan tu betul2, supaya di pihak sna x salah fhm, nt dituduhnya kita yg ‘buruk sangka’, atau x reti berkomunikasi, x fhm mksud derang dsb.., kdg2 penat jugak buat2 x pandai ni, mcm belakon je, so lbh baik ‘diam’, lg slamat rse nya.. tp klaw ‘berjalan jauh’ n nk ekakkan ‘driver’ dari mngantuk, d awal perjalanan kita ‘create’ satu topik yg agak sensasi d dlm berita or s/kabar yg tgh panas, n biar dia kupas dari sudut apa pon, dan surprisingly, saya bole tidur lena sepanjang jln.. dan suami x mngantuk krn ‘bercakap’ mengenai topik itu, sesekali saya tersedar, sya ‘iyakn’ shj, then sambung tidur blk, nk tolong picit2kan blkg sbb dia mngantuk pon x perlu dah.. bijak n berkesan sgt cara nii..! (Kalau x caya, cuba lah..hehe..) ..mcmne pon, sabar tu jela obatnya kot.. telinga pon dah ‘mangli’ nk dengaq.., bak kta org utaqa.. tp klaw bab2 agama or kesihatan, sya suka jugak ‘dengaq’, at least bla depa ni ‘membebel’ panjang2, kita dpt jugak ‘ilmu baru’, betoi ke dak tu, itu depa sendiri la yg tahu.. wallahu a’lam ✌🏻

    • Sgt setuju dengan pendapat ni. Kena byk membaca. Baca paper everyday tu memang wajib. Baca paper selalu, jangan baca bab gossip jer, baca la topik semasa (eg harga emas naik turun).. ekonomi, bisnes, sukan, IT (now orang sibuk dok citer pasal fintech, data center..apa ke jadah saya pun tak faham sangat, tapi tetap kena baca) ..kalau tak faham sangat bole research sedikit sebanyak. Tak amik masa lama pun. Pastu bole la buat topic conversation of the day and baru la puan bole berbalas pendapat ngan suami. Ok jangan stress sangat. Harap membantu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *