Salah Bual Ke Apa? II

Hi semua. Aku Aina. Aku pernah confess kat sini dulu, https://iiumc.com/salah-bual-ke-apa/

Lepas aku submit confession aku tiap setengah jam tau aku buka page ni nak tahu tersiar ke tak. Tak menyabar. Alhamdulillah selepas seminggu aku dapat feedback dari korang.

Terima kasih tau yang mana komen. Aku baca satu satu dan digest every single word korang. Ada yang mungkin akan aku apply demi keharmonian rumahtangga aku.

Tapi kan, masa aku menulis tu kepala otak tengah jem, aku ingat dapat feedback segera so that aku boleh handle situation selepas tu. Tapi lama nak dapat feedback tu kan, terpaksa lah guna otak sendiri dulu.

Kan last aku cerita aku ignore conversation dengan dia dan aku blah masuk toilet. Aku ingat lepas aku buat macamtu suami aku tak tanya dah pasal doktor.

Petang biasa aku masak benda ringan ringan tapi petang tu aku kan tak sihat so aku buat alasan nak rehat aku masuk bilik tetamu tidur situ. Anak aku macam biasa la anak behave la dah maknya sakit. Suami aku la handle anak anak beli makan kat luar.

Malam dia ajak aku makan sama. Aku tak demam dah tapi aku malas nak mengadap dia. Tapi dia insist jugak suruh aku makan. Masa makan eh eh dia buka lagi topik doktor.

Dia cakap 10 minit ek tadi cakap dengan doktor? Sayang cakap apa?. Aku cakap takde apa borak borak. Dia bentak aku dia cakap apa masalah tak boleh nak cerita ke nak b pergi klinik tu tanya doktor apa yang dia cakap dengan sayang?

Aku yang dah cool petang tadi panas balik. Aku balas b boleh tak cakap elok elok dengan orang. Sayang tak suka kalau orang tanya macam soal siasat. Santai santai jelah, ni elok elok nak bercerita jadi hilang mood. Ape b sorang je ke yang ada mood.

Aku ingat dia nak diam tapi sori weh aku lupa ini suami Aina kot, mesti want have the last word. Okay, sekarang ni cerita balik apa yang jadi tadi.

Aku cakap la entah la dah lupa dah bentak bentak, sayang kan bodoh apa apa cakap pun tak masuk otak. Dia lagi la nak marah. Dia cakap b tunggu ni sayang, cerita sekarang atau b g klinik sekarang.

Aku bangun. Aku pergi kat pintu dapur aku jalan aku berlakon tarik kerusi aku duduk depan dia buat lakonan semula tapi aku reka reka la ayat bagi cukup 10 minit, last aku bangun aku cakap kat dia terima kasih ye doktor.

Aku pergi masuk bilik tetamu. Aku baru nak whatsapp dia nak claim duit ubat aku tengok lah dia block aku hahahaha aku gelak sumpah aku gelak macam orang gila. Malam tu aku tidur dalam bilik anak nyenyak betul.

Aku ingat lepas block aku lega lah dia tak spam whatsapp aku. Suami aku ni memang sejenis duk tempat kerja pun curi masa whatsapp aku. Tapi tidak ye. Setiap sejam dia call aku ade je benda nak pesan, ade je benda nak tanya.

Biasa dia akan tanya dah keluar ambil anak buat apa ke apa apa jelah, kali ni tidak dia call aduh. Dia buat macam mesej aku tapi versi call. Call 30 saat letak. Hadap lah aku.

Sekarang kami okay je, di dalam fasa tiada masalah. Dia kan tak pernah nak pujuk ke nak minta maaf dulu biasa memang aku yang minta maaf.

Tapi style dia kalau dia yang salah, dia akan keep tanya benda benda macam sabun mandi ada lagi, stok sayur ada lagi, ade nak keluar g mana mana ke memang akan keep cari aku.

Kalau tengahari jarang balik makan, dia akan balik bawak balik aiskrim ke buah buah ke apa apa jelah yang buat kan aku kena ade interaksi dengan dia.

Ade satu komen aku baca ni aku kan dah masak dengan perangai dia so hadap jelah layankan, itulah yang aku buat selama ni aku ingatkan aku okay. Cuma hari yang aku tulis tu aku menulis dalam penuh emosi.

Selain yang aku baca kita kena cari pasangan yang kita selesa bersembang ade juga aku tengok video cerita omputih yang anak dia tanya kenapa mak still stay dengan ayah yang curang.

Mak dia jawab dia stay disebabkan semua kebaikan yang ayah dia ada dan tak kan tinggalkan ayah hanya sebab satu je salah dia.

Aku pegang kata kata tu je, bila fikir dalam dalam ingat moment kami bersama belas belas tahun ni, kalau semua benda smooth memang tak kacau emosi dia, dia akan berjuta kali baik.

Tapi once dah menyusahkan dia, itu yang jadi masalah. Tapi kita mana lah boleh predict apa nak berlaku kan. Jalan jem pun salah aku kalau korang nak tahu.

Situasi lain, dia suruh aku suggest tempat bercuti, kalau homestay aku book kedai makan aku suggest terbaik selamat aku.

Kalau homestay aku suggest kedai makan ke teruk mampus aku, jalan jem nak ke kedai makan parking sempit ke ramai orang ke pun salah aku. Dia cakap tak tengok review dulu ke kat google. Aku balas tapi slow je lah aku kan tak reti pekik.

Aku cakap review google macam setan tulis lain realiti lain. Terus dia bara kona balik rumah masak megi aku balik tu dah lapar semua kan tapi bahagia betul anak anak aku malam tu dapat makan megi. Biasa tak dapat. Derhaka aku malam tu jawab mulut.

Pada yang tanya cara dia dibesarkan semua sempurna oleh mak ayah dia, takde pun. Tapi dia lahir dari broken family, kalau ikut cerita mak dia ayah dia tak cukup satu perempuan. Mak dia bekerjaya ayah dia biasa biasa.

Mak dia yang tannggung keluarga ayah dia bela keluarga sendiri. Insan tersakiti la mak dia sampai setiap kali jumpa tak pernah lekang mengutuk ayah dia. Dia pun macam malu dah cuba cuba ubah topik.

Ayah dia pula kalau aku jumpa biasa ja. Lelaki kot dah tua muda muda dulu buat hal tua tua nak tenang, senang kan hidup, kesan menanggung mak dia tak pernah bahagia duk ulang cerita derita lama.

Tapi aku tabik suami aku hormat ayah dia tak pernah cerita buruk. Semua baik baik sahaja.

Cuma mungkin aku kot jadi mangsa dia lempias kan emosi dia. Kot tiba tiba teringat waktu kecik aku pun buat hal masa tu, tu yang kena tu entah lah.

Betul la kan aku Allah bagi anak anak elok dengar kata sempurna sifat tubuh badan ada bakat tertentu boleh menonjol di sekolah. Anak anak aku dipuji cikgu cikgu sekolah. DIA bagi kurang part lain.

Tapi kan berbalik pada cerita dia block aku, tak sampai 3 hari dia unblock balik tak puas kot tak whatsapp aku, susah nak bagi arahan bertulis. Aku kan staff dia.

Aku takde cerita dah kan tengah bahagia balik ni. Ni last aku menulis tapi kannnn best la korang respon aku punya confession rasa tetiba macam disayangi kesian betul hidup aku haha. Harap tak jumpa lagi dalam confession akan datang.

Walhal dalam hati rasa nak cerita macamana kitorang boleh terjumpa terkahwin tapi kang jadi macam syok sendiri pulak.

Last aku doa korang yang masih ttc diberi rezeki anak secepat mungkin, yang ada masalah kesempitan hidup dilapangkan selapang lapangnya.

Doakan aku bahagia ya samada bersama atau tak bersama dengan dia ya.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Pertamanya, saya ‘salute’ dgn sikap puan yg selalu sabar, walau pon dah lama diuji dgn keadaan itu.. pd pendapat sya, mngkin juga suami puan bertindak terlalu “protective”, krn ada juga kaitan dgn masa silamnya yg dtg dari ‘broken family’.., mngkin bkn salah dia sepenuhnya, sbb ayah dia bersifat demikian, dan ibunya pula sering mnyalahkan ayahnya.. so, mngkin puan telah mngambilkira faktor tersebut dan sedikit sebanyak bertolak ansur dgn nya.. lgi pon puan telah lama ‘hidup’ dgn keadaan sedemikian, so dah jadi mcm perkara biasa, atau pon ‘rutin harian’ yg x dpt dielakkan lgi.. saya bkn nk mngajar perkara yg x baik, tp saya kita pernah dengar org ckp kan, bhw klaw kita nk sesuatu itu ‘berubah’, kita yg perlu berubah dlu, klaw x ianya tetap akn begitu hingga ke akhirnya, unless something ‘miracle’ happens.., or Allah wants it to change.. cth nya, saya pernah ‘terjebak’ dgn seseorang yg suka ‘control’ kita, atau nk kita ikut je kehendak dia; mne nk pergi, apa nk mkn dsb., worse dia suka paksa2 kita dengar apa dia nk ckp, w/pon kita x minat nk dengar.., mmg la, slalu kita ikutkan sja, klaw kita penat dah dengar dia cerita sstu topik, kita akn cuba ‘tukar’ topik lain, tp klaw dia perasan kita cuba ubah tajuk tu, dia akan marah2 dan kata kita x ‘fokus’ dgn cerita dia n bla, bla.. sampai lah satu tahap, sya rse mcm nk ‘muntah’ dah dgn perangai dia, mse tu sya yg bwak kreta, saya speed laju2, dan x tahu dari kekuatan mne, sya ckp dgn dia, “awk tau x, sya dah penat la dgn perangai awk ni, lps ni sya mls la nk pegi mne2 dgn awk dah.. n bla bla bla..” dia mcm ‘terlopong’ skejap, n mmg dia mcm nk mrh lps tu, tp sya perasan suaranya bergetar mcm nk nangis.., mngkin dia x sangka yg saya akn berkata sebegitu.. lps kejadian tu, dia adala mintak maaf kat saya, tp dia sruh sya mintak maaf jugak kat dia.. n yg obvious, dia dah bnyak ‘slow down’ ckit dlm berkata2, n klaw nk cerita tu, dia akn hati2 jugak nk pilih perkataan nya.. mngkin jugak dia ada buat ‘muhasabah diri’ lps kejadian itu.. tp tak tau la klaw cara ini akn jd berkesan kpd puan, sbb takut nt jd lg teruk plak.. yg penting, puan bnyak2 lah berdoa agar suami puan tu dilembutkan hati utk ‘berubah’ kpd yg lbh baik.. insha Allah.. wasalam.

  2. Saya tertarik baca confession puan and terus baca part 1 pulak. Daripada penceritaan puan, saya rasa macam suami puan ni autism. Tapi ni based on puan cerita sahaja la, kita tak boleh memandai diagnose kan haha. Apa2 pun semoga puan temui kebahagiaan ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *