As salam semua. Terima kasih jika penulisan ini disiarkan. Nak nasihat sikit. Ringkas je ni tak panjang mana pun.
Pernah dengar tak konsep “rezeki itu dari Allah”? Pernah kan? Tapi ada juga manusia yang salah tafsir dengan konsep itu.
Baru – baru ni, ada kawan aku mengeluh dan bengang pasal kerja. Adalah dia buat silap dalam kerja dan kena bambu dengan bos. Dah buat silap kan? Takkanlah bos nak jadi dayus dan biarkan?. Dalam membebel – bebel merungut sambil tengah lepak minum, last sekali ayat finishing dia macam ni:
“Ahhhh lantaklah pi mampos. Bukan dia yang bagi rezeki aku. Allah yang bagi!!!”
Bagi aku, konsep tu betul. Rezeki sememangnya dari Allah. Tapi pemahamannya yang silap.
Kita kena yakin bahawa rezeki itu dari Allah, tapi jangan pulak kita lupa mereka yang menjadi “perantara”. “Perantara” rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Dalam kes kawan aku ni, bos dia lah perantara tu. Cuma mungkin dia yang terlupa hakikat tu agaknya. Kecuali lah kalau dia dah nak berhenti kerja. Cari kerja lain. Kalau ada rezeki, dapat kerja baru maka dapatlah gaji baru. Tapi masih ada perantaranya untuk mendapatkan rezeki (gaji) itu. Betul tak?
Allah mengurniakan rezeki kepada mereka yang berusaha mencarinya. Boleh ke kita duduk dalam bilik satu hari tak buat apa apa, kemudian berhajat untuk dapat duit kemudian tak semena mena duit jatuh bergolek depan kita? Kenalah kita keluar cari rezeki betul tak? Kau nak kaya contohnya, tapi tak pernah ada usaha nak meningkatkan diri, boleh jadi kaya?
Alang alang dah menyentuh isu pasal rezeki ni, ingatlah bahawa rezeki Allah tu luas. Bukan dalam bentuk wang ringgit je. Kesihatan yang baik, umur yang panjang, keluarga yang bahagia, penglihatan yang baik, itu semua contoh rezeki dari Allah. Jangan nampak rezeki tu dalam bentuk harta dan material je.
Aku bukannya nak jadi ustaz ke apa. Cuma sekadar nasihat, sebab bukan sekali dua aku dengar benda ni.
Apa yang aku taip inilah yang aku tazkirah pada kawan aku tu. Terdiam sekejap dia. Muka terus merah padam. Bengang dengan aku lah tu (Ingatkan aku nak backup dia kot. Hahaha..) Sudahnya, aku yang kena bayar semua. Takpelah, itu rezeki dia. Aku ikhlas..
Sekian…
– Sang Pemerhati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit