Assalamualaikum. Sedikit latar belakang akak. Berumur 49 tahun dan baru je berkahwin dalam 25 tahun.
Akak antara ribuan pembaca tegar IIUM Confession. Akak suka baca part komen sebab ada pandangan yang diberikan sangat baik dan positif.
Tapi ada juga komen-komen negatif, kecaman dan tak membantu langsung. Kalau perasan kebanyakan yang komen dan hantar confession ni orang perempuan.
Akak akui orang perempuan memang sejenis suka meluahkan perasan dan tak boleh simpan rahsia. Betul tak? Hehe..
Dan akak dapati ada banyak komen-komen dari perempuan yang salah faham berkenaan hal dalam rumahtangga.
Takut bertambah ramai yang salah faham sebab terbaca komen tersebut. Jadi akak rajinkan diri menaip untuk berkongsi pandangan untuk adik-adik.
== >> Pertama bab nafkah << ===
Ramai perempuan or isteri ingat nafkah ialah duit yang diberi oleh suami untuk kegunaan peribadi isteri. Or duit poket or elaun bulan.
Sebetulnya duit poket or elaun bukan nafkah wajib diberi oleh pihak suami. Kalau suami mampu dan beri itu dikira sebagai hadiah atau atas ehsan dari suami.
Nafkah wajib sekadar tempat tinggal, pakaian, makan minum, pendidikan dan perubatan. Perhiasan, elaun bulan etc adalah hadiah atau ehsan dari suami.
Bila terbaca status viral di fb suami orang lain bagi duit poket setiap bulan pada isteri mereka. Akak tengok ramai tag suami masing-masing dan dekat komen-komen ramai perempuan ingat itulah nafkah.
Sebenarnya setiap sen yang suami keluarkan keatas keluarga dikira sebagai nafkah. Waima bayar bil api air dikira sebagai nafkah. Banyak pahala suami kita. Huhu.
Nafkah diberi mengikut kemampuan suami. Bukan mengikut kehendak isteri. Kalau suami dah settle bab nafkah wajib. Terpulanglah pada suami untuk beri hadiah, elaun, handbag, gelang etc.
Jangan pula fikir selagi suami tak beri duit poket. Dia belum menunaikan tanggunjawab memberi nafkah kepada kita.
Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).
[Al-Thalaq 65:07]
Sangat jelas nafkah mengikut kemampuan suami. Bukan ikut apa kita nak. Apa suami bagi kita terima. Alhamdulillah syukur.
Jangan sampai merungut, membanding dan mendesak suami.
== >> Kedua kerja rumah tanggungjawab suami << ==
Nak tergelak akak baca satu komen dalam IIUM Confession. Dia komen lebih kurang macam ni. Professor saya kata kerja rumah tanggunjawab suami. Kita isteri membantu dan taat bila suami suruh.
Akak cek profile dia. Tengok graduate law. Akak syak lecturer dia tu maybe perempuan juga. Sebab ramai kawan-kawan akak bermazhab macam ni.
Dik, kalau tanggunjawab suami kena buat kerja rumah, masak, kemas rumah, lipat baju etc. Bila masanya depa nak keluar cari nafkah.
Cuba baca kisah fatimah r.ha pergi berjumpa nabi mengadu penat buat kerja rumah.
Dan satu lagi kisah malam pertama nabi berkahwin dengan ummu salamah r.ha, ummu salamah masakkan nabi makanan dari gandum yang ditinggalkan oleh arwah sayidatina zainab r.ha.
Satu lagi kisah popular umar r.hu dimarahi isteri dan didengari oleh seorang laki yang kebetulan datang nak mengadu pada umar bekenaan hal isteri dia selalu marah-marah.
Umar r.hu beritahu laki tersebut bersabarlah dengan isteri kerana dialah yang mencuci pakaian aku, memasak dan menyusui anakku.
Banyak kisah lain yang menunjukkan isteri nabi dan sahabat menguruskan hal rumah.
Secara normal or urufnya memang laki kena keluar mencari nafkah. Dan isteri tanggungjawab dia menguruskan hal rumah. Masing-masing ada tanggunjawab dna peranan.
Ye akak tahu zaman dah berubah orang perempuan dah ramai bekerjaya. Akak pun bekerja. Tapi tanggunjawab menguruskan hal rumah masih dibahu isteri tau.
Cuma kita berbincanglah baik-baik dengan pasangan supaya ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Bukannya berpegang dengan pandangan kerja rumah tanggunjawab suami.
Ada lagi nak taip. Tapi setakat ni jer yang akak rajin nak menaip buat masa ni. Kalau ada kesempatan masa dan ada kerajinan nanti akak sambung menaip lagi.
Tata. Titi.
– Kak Long (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
up