Untuk part I, (https://iiumc.com/salah-faham-isteri-dalam-rumahtangga/).
Assalamualaikum semua, apa khabar?
Selawat dan salam untuk Rasul junjungan kita.
“Aku telah diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya, ‘Apakah mereka kufur kepada Allâh? ’Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
‘Mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikannya, sekiranya kamu berbuat baik kepadanya selama setahun penuh, lalu ia melihat sesuatu yang tidak berkenan padamu, ia pasti berkata, ‘Aku sama sekali tidak melihat kebaikan padamu!’ (HR. Al-Bukhâri : 29).
Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah istighfar kerana aku melihat penghuni neraka terbanyak adalah (kaum) kalian.
Kemudian diantara mereka ada seorang wanita yang cerdas bertanya, ‘Kenapa (kaum) kami menghuni sebagian besar neraka?’ Beliau menjawab, ‘Karena kalian sering melaknat dan mengingkari (kebaikan) suami.’” (Muslim: 238)
Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya.
Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Hadith ni sekadar mukadimah pembuka bicara sahaja. Semoga ada manfaat.
Terima kasih pada semua yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Akak cuba cari masa nak menaip panjang.. Taip sikit-sikit sebenarnya. Huhu.
Akak appreciate setiap komen pembaca walaupun komen tidak bersetuju pun akak hormat dan berlapang dada menerima sebagai ilmu dan pedoman akak. Tak boleh dinafikan setiap rumahtangga tak sama acuannya dan setiap kita melalui cabaran berumahtangga yang berbeza.
Kalau boleh akak nak teruskan ke point salah faham seterusnya. Tapi tengok dekat komen macam hangat pula isu bab nafkah ni. Memang begitulah sifat perempuan suka membangkang Huhu.
Jadi akak sambung sikit bab nafkah dan tanggunjawab isteri sekali lagi. Bab nafkah ni panjang sangat nak diulas. Kalau ada terkurang boleh tolong tambah dekat ruang komen. Kita kongsi ilmu bersama.
Untuk pengetahuan suami. Nafkah suami keatas isteri adalah “tali pengikat” ketaatan seorang isteri. Akak ulang tali pengikat ketaatan. Huhu.
Kalau suami tiptop dalam menunaikan nafkah. insha Allah isteri akan mudah taat. Cuma kadang-kadang dia membangkang juga. Sebab itu adalah fitrah kami kaum wanita. Huhu.
Sebelum menulis panjang lebar jom kita faham apa itu nafkah wajib dari seorang suami. Akak copy paste dari penulis Menteri Agama Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri.
Tanggungjawab seorang suami dalam melayari bahtera rumah tangga adalah dengan menunaikan nafkah dari segi zahir dan batin serta melayani isteri dengan keadaan yang baik.
Oleh itu, kewajipan sorang suami di dalam membayar nafkah adalah selepas berlakunya akad nikah serta isteri menunaikan syaratnya iaitu:
1 Merelakan dirinya untuk bermesra dan bersetubuh dalan keadaan yang diizinkan syara’.
2.isteri mengikut suaminya tinggal di dalam rumah yang dipilih suaminya dan keadaan rumah itu sesuai didiaminya mengikut syara’.
Jika kedua syarat ini dipenuhi isterinya, maka wajib bagi suami untuk menunaikan setiap nafkah yang diperlukan oleh isterinya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/278-280)
Dalam kontek kemampuan suami memberi nafkah kepada isterinya, al-Fiqh al-Manhaji menggariskan bahawa di antara perkara yang waijb diberikan suami kepada isteri adalah:
Makanan asasi penduduk tempatan pada setiap hari mengikut keperluan untuk dijadikan makanan. Hal ini berdasarkan kemampuan bagi seorang suami sama ada ia kaya, sederhana dan miskin.
Lauk yang menjadi kebiasaan masyarakat umum mengikut kemampuan suami
Pakaian yang bersesuaian mengikut syara’ dan menutup aurat serta tempat tinggal dan perkakas dapur mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.
Selain itu, sebagai tambahan kepada nafkah Isteri dan perlu mengambil kira kemampuan suami adalah sepert iberikut:
Rumah dan tempat tinggal yang bersesuaian dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.
Peralatan bertujuan kebersihan tempat tinggal. Begitu juga alat perhiasan diri sekiranya suami meminta untuk isterinya berhias.
Pembantu rumah sekiranya isterinya mempunyai pembantu rumah sebelum ia berkahwin. Oleh itu suami perlu menyediakan khidmat pembantu rumah sekadar mengikut keperluan isterinya.
(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/281-284 dan al-Fiqh al-Manhaji, 4/182-184)
Ramai isteri memang makan hati dengan suami dalam bab nafkah. Walaupun suami dah selesaikan hat yang wajib ada je benda yang tak puas. Perumpamaannya ada cincin nak gelang, ada gelang nak rantai. Dah ada rantai, nak lagi besar. Huhu.
Suami yang culas atau lepas tangan dalam hal nafkah lagilah isteri makan hati dan berat hati nak mentaati suami. So kalau isteri jenis melawan. Suami cakap 1 jawabnya 10 cuba semak bab nafkah, mungkin ada yang isteri tak puas hati.
Cuma kita isteri-isteri kena bezakan culas vs kemampuan suami.
Akak bukan menentang idea beri duit elaun pada isteri. Cuma nak beritahu jangan salah faham duit elaun tu sebagai nafkah wajib.
Kalau suami mampu dan beri elaun bulanan kepada isteri. Ini bermaksud suami telah memberikan lebih dari apa yang wajib dia tunaikan.
Dan sebaiknya suami berilah sebagai saguhati/ upah kepada isteri penat menguruskan kerja rumah dan anak-anak. Sejuk sikit hati isteri yang penat menguruskan hal rumah dan anak-anak.
Jika Isteri suri rumah sepenuh masa, tak buat apa-apa side income. Kalau suami tak hulur duit dari mana dia nak ada sumber kewangan? Jika ada suami beri, bolehlah dia buat simpanan kecemasan or beli keperluan sendiri.
Tapi jika suami tak mampu beri duit poket janganlah kita anggap nafkah suami beri belum sempurna. Sebab nafkah ni ikut kemampuan dan pendapatan SUAMI KITA. Bukan ikut kemampuan dan pendapatan SUAMI ORANG LAIN.
Jika suami dah tunaikan hat yang wajib ikut kemampuan dia jangan sampai kita merungut, mengungkit, mendesak suami dalam bab nafkah.
Isteri-isteri nabi pernah berpakat menuntut diberi nafkah lebih sebab suatu ketika nabi terima banyak harta rampasan perang dan hadiah dari pembesar luar.
Apa nabi jawab?
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu:
“Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
“Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar. (Surah al-Ahzab: 28-29)
Jangan sampai kita jadi isteri yang tak bersyukur dengan pemberian suami.
Idea duit poket adalah nafkah wajib untuk isteri ni adalah pandangan peribadi kebanyakan ustaz selebriti. Dan mereka tak beri pun dalil duit elaun bulanan adalah nafkah wajib.
Mereka cuma keluarkan dalil-dalil suami wajib menangung nafkah. Tak pernah pula akak baca atau jumpa sirah nabi atau kisah sahabat yang beri duit poket secara bulanan untuk isteri belanja secara peribadi.
Tiada ayat atau hadis yang menjelaskan seorang suami wajib memberikan duit elaun bulanan kepada isteri.
Cuba baca tulisan mantan mufti wilayah Dr Zulkifli dalam website muftiwp.gov.my banyak penulisan dan soalan tentang bab nafkah.
Teringat kisah semasa sayidina abu bakar r.hu menjadi khalifah dan menerima gaji dari bautulmal. Isteri beliau berjimat cermat menyimpan duit belanja rumah sebab teringin nak beli manisan.
Next month abu bakar potong gaji dia sebab beranggapan duit gaji baitulmal beri terlebih untuk keperluan beliau “menafkahi” keluarga.
Abu bakar r.hu consider as “perdana menteri” masa tu dan sebagai orang yang paling faham agama takkan dia tak beri nafkah elaun bulanan untuk isteri perdana menteri kalau ia memang nafkah wajib diberi? Faham ke? Huhu. Tak faham baca semula.
Jadilah isteri bersifat qanaah yang bersabar ketika rezeki sedikit dan bersyukur ketika ada rezeki lebih. So akak harap bab duit poket dah clear. Duit poket adalah saguhati dan ehsan dari suami. Kalau suami beri alhamdulillah. Kalau tak beri itu bukan nafkah wajib.
Jangan pula bila suami orang lain beri duit poket dan suami kita tak beri. Kita berasa tak bahagia. Rezeki masing-masing.
Satu lagi hujah biasa dengar isteri zaman now bekerja . Sama-sama menanggung belanja rumah. Ada masalah ke kita bekerja dan menyumbang duit gaji untuk kebahagian keluarga sendiri? Masalahnya adalah hati kita tak cukup ikhlas.
Dan keikhlasan kita sebagai isteri akan diuji bila tiba masanya.
Tengok semula sirah sayidatina Khadijah r.ha dari seorang yang berharta. Habis diinfaq kesemua harta untuk digunakan suami dalam perjuangan agama.
Kalau suami kita keluar berdakwah or pergi program amal or kemanusian or kena kerja outstation. Katakan suami cuma ada duit belanja cukup-cukup je untuk dia pergi outstation. Tak dapat nak tinggalkan duit belanja dapur.
Apa perasaan kita? Kita rasa suami tak bertanggungjawab? Sebab Tinggalkan isteri tanpa belanja. Rasa tak puas hati sebab kena keluar duit sendiri untuk belanja dapur?
Apa kita buat? Bagi suami duit belanja sebagai sedekah kita?
Apa kita rasa dan apa kita buat adalah berdasarkan keimanan dan keikhlasan didalam hati.
Rumahtangga adalah pengorbanan. Pengorbanan dari dua pihak, suami dan isteri. Orang kata isteri diuji bila suami susah. Suami diuji bila dia senang.
Hakikatnya susah dan senang dua-dua sedang diuji dan menguji. Bila isteri lebih senang keikhlasan isteri akan teruji.
Or kalau isteri berkira serba serbi dengan suami. Suami mana tak makan hati? Begitulah sebaliknya. Suami dengan kawan-kawan bukan main. Tapi berkira dengan anak isteri sendiri.
Suami wajib peelu menafkahi isteri dan anak-anak selayaknya dengan kadar kemampuan dia.
Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?” Rasulullah SAW menjawab:
“Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka. (Riwayat Abu Daud:2144)
Sebagai isteri yang sama-sama menyumbang pendapatan kita berpadalah jangan sampai diambil kesempatan oleh suami atau mengambil tanggunjawab suami menanggung nafkah wajib.
Jangan lupa juga rezeki adalah pemberian Allah ke atas kita. Dalam duit gaji suami tu ada bahagian rezeki isteri, anak-anak, ibubapa etc.
Sama juga isteri yang bekerja duit gaji kita tu ada bahagian rezeki anak-anak, suami, ibubapa etc.
Pandai-pandailah jangan sampai nampak berkira dan jangan sampai diambil kesempatan.
Bab kerja rumah ni. Akak tak faham depa yang berpegang dengan mazhab kerja rumah tanggungjawab suami. Ego tinggi sangat nak menerima hakikat ia memang tanggunjawab seorang isteri.
Akak ambil satu kisah popular. Nabi balik rumah tanya aishah ada apa makanan. Aishah jawab tak ada. Nabi jawab tak apa aku puasa sahaja. Dalam kisah ni dah jelas memang isteri nabi ambil peranan untuk memasak atau menyediakan makanan.
Nanti ada pula bantah nabi jahit baju dia sendiri. Sebab nabi sangat memahami dia tak nak memberati isteri dia dengan kerja tambahan.
Zaman nabi dan sahabat memang kebanyakan mereka menggunakan pembantu rumah. Sebab itu adalan kebiasaan zaman tersebut dan masih ada amalan dijual beli hamba atau mendapat tawanan perang.
Dan kerja rumah waktu zaman sahabat sangat berat bukanlah seperti sekarang. Zaman depa nak masak roti kena giling gandum, kayu api kena cari. Air kena ambil di perigi mungkin jauh dari rumah. Nak minum susu kena perah sendiri.
Uruf zaman tersebut memang mereka ada pembantu atau hamba sebab kerja-kerja rumah adalah sangat berat. Rujuk kisah Fatimah r.ha pergi jumpa nabi untuk minta seorang pembantu rumah dari tawanan perang yang nabi baru terima sebab penat buat kerja rumah.
Memang banyak kitab menulis suami perlu menyediakan pembantu rumah jika sebelum berkahwin keluarga isteri ada pembantu rumah.
Dan kita isteri tak perasan zaman sekarang suami juga dah memudahkan kerja isteri dengan “pembantu” moden.
La ni dah ada mesin basuh, dryer, dapur gas, oven, periuk nasi elektrik, periuk noxxa, thermomix etc. Nak minum susu pun beli sahaja. Tak perlu perah. Nak masak air tak perlu keluar cari kayu api dan air. Just tekan je cuckoo.
Akak beri lagi satu kisah isteri mengemas rumah.
Dari Aisyah : Nabi baru pulang dari satu perjalanan. Ketika itu aku menggantungkan satu kain langsir yang bergambar. Nabi menyuruhku mencabutnya, justeru aku pun cabut. (HR Al Bukhari)
Hadith ni jelas sangat Aisyah r.ha menguruskan hal rumah atau mengemas rumah. Agak-agak rasa zaman tu dah ada jual langsir dah siap jahit ke? Huhu.
Satu lagi kisah cuba google kisah, semasa nabi berhijrah dan singgah di rumah ummu ma’bad. Ummu ma’bad kebiasaan dia akan sibuk memasak dan menjamu makan tetamu yang singgah dirumah dia.
Banyak lagi kisah secara jelas isteri bertanggungjawab dalam hal kerja rumah.
So terpulanglah kalau ada isteri yang masih nak memegang mazhab kerja rumah adalah tanggunjawab suami sebab akak tak boleh nak mengubah pandangan dan pegangan anda.
Secara urufnya tanggunjawab suami mencari dan memberi nafkah. Tanggungjawab isteri menguruskan hal rumah.
Walaupun suami berkorban berhenti kerja menguruskan hal rumah dan memberi laluan isteri “bekerjaya” hebat. Tanggunjawab nafkah masih dibahu suami. Begitu juga isteri yang bekerja tanggunjawab menguruskan hal rumah masih dibahu isteri.
Soal bagaimana nak diuruskan rumahtangga kita, terpulang diatas budi bicara dan tolak ansur suami dan isteri. Yang terbaik iaah suami isteri sama-sama cuba sebaik mungkin untuk tunaikan hak pasangan dan sempurnakan tanggunjawab kita.
Dan akak tak kata pun suami tak perlu sama-sama membantu buat kerja rumah.
Jika suami ringan tulang membantu dalam kerja-kerja rumah itu juga adalah sunnah dan lebih baik untuk kebahagian seoramg isteri dan keharmonian rumahtangga.
Sekian. Semoga ada manfaat.
Tata.. titi.. Assalamualaikum..
– Kak Long (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit