Salah Faham Mengenai Introvert

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada admin yang siarkan confession aku.

Aku nak menjawab kepada confession sebelum ini mengenai introvert. Sebagai seorang yang agak introvert, aku tidak setuju dengan beberapa kenyataan confessor sebelum ini.

1. Kurang keyakinan diri

kurang keyakinan diri ni masalah universal. Bukan masalah introvert je. Extrovert pun ada. Kalau tak percaya, cuba tengok kawan2 korang yang jenis ada geng, sembang lebat pung pang pung pang, kalau nak buat presentation menggeletar jugak lutut. Takde pulak hebat sembang macam masa lepak kat kedai mamak.

2. Malas nak balas mesej on the spot

ini bagi aku masalah sikap. Bukan masalah introvert ke extrovert. Sikap acuh tak acuh, tak ambil berat dan rasa benda tu tak penting. Sebab pemikiran memberitahu, ini penting, ini tidak. Extrovert pun ada je perangai macam ni. Tambahan kalau tengah mood malas nak melayan.

3. Tak ramai kawan

introvert bukan tak ramai kawan. Boleh je ada ramai kawan. Tapi mereka memilih orang2 tertentu je mereka nak rapat. Yang lain, adalah simbol kepada networking. Networking ni penting beb. Kalau perlukan apa2 bantuan, rakan2 dalam networking ni yang akan tolong kau. Jangan jadikan alasan introvert untuk tak nak luaskan pergaulan. It doesn’t mean you have to spend most of your time with them. Cuma pastikan repo baik dengan dia orang. (Nampak tak kepentingan membalas mesej?)

4. Last minute

Last minute takde kena mengena dengan introvert ataupun extrovert. Ini berkaitan personaliti berstruktur atau tak berstruktur (takde kaitan dengan introvert dan extrovert). Ada je aku tengok sorang kawan aku ni terlebih extrovert (jenis kalau tak keluar jumpa kawan boleh jadi tak sihat) tapi kerja2 dia sama gak last minute. Orang yang berstruktur akan merancang aktiviti mereka and they are great at planning. Orang tak berstruktur ni jenis adventurous and spontaneous. Suka mengejutkan orang dan aktiviti2 yang terkejut.

walau bagaimanapun, aku setuju yang introvert ni agak socially awkward. Tapi tu semua boleh dilatih. Aku sekarang dah masuk dunia kerja. Banyak benda yang aku kena sesuaikan. Contoh, dalam pekerjaan aku, ada masanya aku kena jadi front liner, ataupun jadi pelayan tetamu VIP yang menyebabkan aku kena membuang perangai socially awkward tu. Takkan pulak bila boss suruh makan semeja dengan VIP aku cakap kat boss, aku ni introvert. Mau kena ceramah nanti, ye tak?

disebabkan aku introvert, rakan sekerja aku susah nak masuk dengan aku. Aku tahu, mereka cuba mendekati aku dengan ajak aku lunch sama2. Tapi aku takleh. Sebab bila lepas lunch, aku akan kehilangan tenaga yang banyak kerana keluar makan dan sembang2 dengan kawan2 sekerja. Nak masuk balik kerja, aku dah rasa lemau dan perlu bersusah payah nak tingkatkan tenaga aku balik untuk sambung kerja. Sebab tu juga waktu rehat aku prefer main fb, cek mesej whatsapp, membaca, tidur sekejap ataupun berzikir lama sikit untuk tenang.

disebabkan aku introvert juga, lepas aku handle program, aku perlukan masa untuk diri sendiri. Bukan buat apa pun, minta excuse untuk balik bilik cepat dan zzzzzz. Pernah juga lepas aku handle program, peserta ajak duduk lepak sama2. Aku cuma senyum je. Kalau larat, aku layan. Kalau tak larat, aku cuma makan sama2 dan terpaksa minta diri awal2 nak rehat (cas tenaga).

ramai je aku tengok leader yang introvert. Takde masalah pun. Introvert pun bagus jadi leader. Cuma… ada masanya mereka perlukan masa sendirian. Dan harapnya orang2 bawahan faham jika mereka perlu menyendiri. Masa bersendirian ni si introvert akan berfikir, membuat refleksi, muhasabah diri untuk memperbaiki situasi dan masalah yang sedang berlaku. Introvert ni mencari penyelesaian dari dalam, dengan refleksi berbanding dengan extrovert yang lebih gemar mengumpul maklumat dan membuat perbandingan.

oh ye… walaupun aku introvert tak semestinya aku tak suka cakap di depan. Aku sendiri gemar berpidato dan berbahas. Kalau mood gila aku datang, buat performance, menyanyi depan orang pun boleh. Tapi tu la.. lepas habis semua2 tu… aku perlu menyendiri dan berehat tanpa diganggu sesiapa

kepada confessor sebelum ni, kalau anda masih lagi seorang pelajar, mohon baiki diri kelemahan insaniah (soft skill) anda tu. Daripada pengamatan aku, kalau kau kekal dengan sikap2 macam ni… susah nak dapat kerja ataupun kalau dapat kerja pun, sama ada kau stress atau majikan kau stress dengan kau. Semua tu boleh dibentuk. Aku tengok apa yang kau tunjukkan lebih kepada sikap dan ia boleh diubah dengan latihan dan kesungguhan.

siapa introvert di sini? Sep skit. Kita geng..

– Cik Introvert

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit