Terima kasih admin, sebab sudi publish komen balas saya, need to clear kan konsep SUAMI BUKAN HAK MILIK WANITA dan REDHA isteri agar kaum wanita tidak terus teraniaya dek nafsu kaum saya.
Penat melihat bagaimana kaum wanita teraniaya dalam rumahtangga yang mana suami curang dan dayus… semuanya gara2 isteri yang terlalu obses nak capai status solehah tanpa ilmu dan kefahaman sebenar konsep solehah itu, juga kesilapfahaman antara ujian, kasih sayang dan petunjuk Allah S.W.T.
Bukan nak kata saya pandai sangat, tapi sebagai lelaki, dan pengalaman syaa sendiri handle kes permasaalahan wanita serta ketidakadilan sesebuah kehidupan rumahtangga, saya rasa terpanggil untuk usaha perbetulkan persepsi, sesuatu perlu dibuat agar tiada hati yang terluka dan teraniaya.
Yang paling utama Islam tak disalah erti sebagai agama penekan wanita disebabkan kebodohan sebahagian penganutnya yang salah faham konsep rumahtangga mawaddah.
Islam sendiri dah tetapkan panduan jelas dalam rumahtangga, panduan hak, tanggungajwab, panduan batas dan panduan amalan yang terbaik dalam bab kehidupan rumahtangga. Tapi ramai orang kita memilih memaham sendiri berdasarkan apa orang kata atau pembacaan atau budaya…
Untuk confession, INI CARA ALLAH SAYANG AKU (https://iiumc.com/ini-cara-allah-sayang-aku/). Ini pandangan saya:
MAAFLAH, PADA SAYA THIS IS AN EXAMPLE OF WRONG UNDERSTANDING OF KONSEP REDHA SEORANG ISTERI YANG ADIL.
Semuanya terpulang kepada diri sebenarnya, kamu kata suami kamu menduakan kamu ketika korang tiada apa2, macam mana kamu mengadilkan diri sendiri bila kamu sendiri tahu suami kamu pasti tak mampu adil bila dia selamba mahu kahwin lebih, kata tak de apa2, lepas tu selamba nak poligami, adil ke? Anak masih kecil, katanya bawah 7 tahun kan, malah ada yang tak sampai setahun.
Kena ingat, bila suami poligami dalam keadaan macamni, tanggungjawab urus rumahtangga dan anak2 pasti majoritinya akan jatuh kepada kamu seorang .
Adil ke begitu? Padahal dalam urusan rumahtangga termasuk mendidik anak2, apa yang Islam ajar, isteri hanya membantu suami urus saja, dan sepatutnya dengan upah, bukan terus take over dan suami pula sibuk layan nafsu serakah untuk tambah keturunan sana sini, dah lah dalam keadaan tak de apa2, ada hati nak poligami,
Kalau isteri tak nak bantu, suami kena cari pembantu…sebab tugas isteri hanya melayani suami, khidmat lain hanya wajib dengan upah, andai isteri tak nak terima upah sebab nak bantu ringankan beban suami, maka si isteri boleh redha dan isteri itu akan dapat pahala sedekah. Tapi paling beruntung dalam drama rumahtangga kamuni ialah suami kamu laa…
Poligami hanya halal andai tiada kezaliman, maknanya nafkah cukup dan hak dipertahankan, dalam web Mufti wilayah, poligami boleh jadi haram andai berlaku kezaliman…
Kamu hanya berada dalam denial syndrome yang serious, tak nak berkias hanya untuk sedapkan hati kamu padahal impak lepas itu kamu sendiri yang alami, tak nak hypokrit mengatakan alhamdulillah padahal kamu tahu tahap kemampuan suami, sebab ada hadis mengatakan setiap sesuatu yang berlaku kepada manusia itu, samaada baik atau buruk berpunca dari tangan manusia itu sendiri.
Come onlaa… kamu hanya meraikan nafsu suami yang tak pernah cukup dalam kehidupan rumahtangga yang tiada apa2, (bab tak de apa2 itu adalah pengakuan kamu ye).
Saya dah jumpa ramai wanita macam kamu, agaknya kamu cinta mati kepada suami, keadaan cinta macam ni tanpa adil kepada diri sendiri amat merosakkan dan pemahaman redha cara kamu amat menyedihkan…jangan aniaya diri sendiri, tolong adil kerana Allah S.W.T. nak hambanya Adil kepada hak diri dan anak2…
Malah Allah S.W.T. takkan tunjukkan kecurangan suami untuk saja2, mesti dah banyak kali kantoi, dan kamu pula tanpa sedar terjumpa bukti kecurangan itu, takkan semua itu kebetulan, pasti ada tujuan dan hikmah, dalam keadaan ketidakcukupan, kemudian suami menambah beban dalam hidup, untuk apa? Utk redha apa? Apa matlamat hidup kamu untuk mendapat yang hal dan adil?
Mana hak anak2 kamu kepada ayahnye? Hak kamu sendiri…
Apapun BAHAGIA ITU PILIHAN
Bukan menolak poligami tapi hanya mahu melihat keadilan…kamu hanya membuka ruang untuk wanita seperti kamu terus diperkotak katikkan lelaki yang bacul, tak mampu tapi bajet mampu ..
Kalau belanja dapurpun kongsi dengan duit gaji isteri, layakke suami tu nak poligami?
Rumahpun sewa, mampu ke?
Tapi kamu pilih untuk redha…tanpa tengok adilke redha macamtu kepada kamu dan anak-anak lepas suami poligami nanti?
End up kamu salahkan takdir, kamu kata dah takdir suami kamu poligami, padahal suami kamu ada akal untuk memilih untuk tidak poligami dan itu juga takdir dan dari situ, kamu lebih tenang, anak2 ada hak untuk kasih sayang dan perhatian ayah mereka ketika membesar…
Lepasni semua berlaku andai berlaku ketidakadilan, kezaliman dan penganiayaan terhadap kamu dan anak2, kamu nak kata dah takdir juga ke? Salahkan Allah S.W.T. padahal kamu sendiri yang memilih jalan itu.
Isu berkaitan suami bukan hak isteri hanya layak diperkatakan bagi suami yang mampu dan ada2 saja. Yang mampu sediakan tempat tinggal yang selesa buat isteri dan anak2nya, yang beri makan minum sampai kenyang minimum dua kali segari, yang mampu beri persalinan dua kali setahun.
Dan yang sedar bahawa tugas isteri di rumah hanya BANTU urus khidmat rumahtangga bukan pegang semua urusan rumahtangga dan urus anak2 memang tugas isteri padahal dalam Islam semua urusan rumahtangga adalah tanggungjawab suami. Isteri hanya bantu dengan upah.
Isu suami bukan hak mutlak isteri tidak terpakai kepada suami kamu ye.
Saya ulang:
Tidak terpakai buat suami kamu yang kamu sendiri akui tiada apa2… what do you expect? Bahagia?
Sebab dalam perkara hak ini, kamu perlu lihat dari segi kemampuan menyediakan nafkah zahir dan batin suami dulu ye, itu yang kamu perlu pertahankan, soal suami bukan hak mutlak isteri itu lain ye…
(Sila sesiapa tahu, untuk beri hadis dan ayat yang sebut bab suami bukan hak mutlak isteri) sebab yang saya faham, isu utama ialah kemampuan suami untuk adil dalam melaksanakan tanggungjawab.
Jangan teraniaya dari kesilapfahaman konsep suami bukan milik kita sepenuhnya…
BAHAGIA ITU PILIHAN.
Secara theorinya, berdasarkan hukum tersurat, memang kamu akan dapat pahala dengan pengorbanan kamu ini, tapi jangan lupa ada dosa terpalit kerana suami yang tak de apa2 malah tak mampu dari segi nafkah zahir dan batin (perhatian dan kasih sayang yang adil) tetiba nak poligami then kamu redha saja telah menyebabkan kamu zalim pada diri sendiri dan hak anak2, malah kamu seperti menyokong suami yang tak berkemampuan untuk kahwin lain.
Bayangkan ada wanita terpengaruh dengan cara kamu handle situasi ini, apa akan jadi? tanpa sedar kamu menafikan konsep poligami yang diizinkan Allah S.W.T. dalam ayat terakhir ayat poligami iaitu, JIKA TAKUT BERLAKU ZALIM, KAHWINLAH SATU SAJA, memang ayat ini tercover oleh redha Isteri tapi yang dimaksudkan redha semestinya redha yang adil yang telah mengira impak setiap keputusan isteri untuk redha kepada diri isteri dan anak2nya.
Jika tak mengambil kira konsep adil ini, impak dari redha tanpa adil ini lebih besar, di situ dah ada dosa kerana impaknya nafkah tak diadili dan kezaliman dlaam rumahtangga akan berlaku… padahal konsep poligami yang dihalalkan Islam ialah andai tidak berlaku zalim… bukan redha atas rasa Suami bukan hak aku…
Semoga tiada confession seterusnya pula yang berkaitan suami abaikan hak kamu dan anak2 serta tak beri nafkah yang cukupye… kerana ini bahagia yang kamu pilih…
Aku suami, aku lelaki dan aku kenal kaum aku…
Just to say, semua orang nak bahagia di dunia dan di akhirat, tapi kalau tak tahu nasib di akhiratpun, di dunia boleh kita boleh usaha bina kebahagiaan yang adil di sisi Allah S.W.T.
Apapun SELAMAT BERJAYA dalam kehidupan yang kamu pilih, kerana bagi saya, dalam POLIGAMI, wanita berhak memilih samaada untuk teruskan perkahwinan atau berpisah untuk mencari bahagia yang selayaknya. Kecuali memang dia tahu suaminya mampu dan dia redha dengan adil untuk berkongsi…
Perkataan utama di sini ADIL. Samaaada di pihak suami mahupun isteri. Dua-dua kena adil dalam membuat keputusan, memikirkan kesan dan akibat keputusan itu.
Dan wanita tak dijadikan untuk menjadi hamba lelaki mahupun untuk makan hati dengan perangai suami yang hidup berlandaskan nafsu dalam tidak berkemampuan memenuhi hak isteri yang baik.
Nak tahu tak kenapa husband kamu diam tanpa komen samaada nak lepaskan kamu atau tidak, semuanya sebab dia tak nak menjadi punca penceraian di mata anak2, namun andai kerana perkahwinan dia yang kedua menyebabkan nafkah kamu anak beranak menjadi kurang dari biasa, di situlah kezalimannya terjadi.
Andai masa pula di lebihkan belah satu lagi sedangkan kamu terkontang kanting uruskan anak-anak yang masih kecil sendirian, itu juga suatu kezaliman… adil ke begitu?
Anak-anak masih kecil ditinggalkan agar isteri urus sementara suami meneruskan aktiviti memancut sana sini penuhi tuntutan nafsu serakah, kalau diupah pembantu tu okay juga, tapi hakikatnya kamu sendiri tahu, kecurangan itu berlaku saat kamu dan suami tiada apa2.
Apa tujuan semua itu? Adakah untuk sekuriti hari tua? Bila anak2 dah besar terus claim status tak leh derhaka kepada BAPAK…semudah itu kan lelaki mengambil peluang dan perempuan terus menerus jadi hamba mengurus anak2 yang masih kecil dalam ketidak cukupan sendirian dengan mindset ini adalah cara Allah S.W.T. sayang aku, atau ini adalah ujian aku dan yang paling teruk, bila ditanya dan jawapan yang diberi:
“AKAK REDHA DIK, DAH TAKDIR AKAK BEGINI.” Sedangkan wanita itu diberi peluang memilih… bila dia sendiri tidak di adili.
Kalau tengok di sesebuah negeri, sampai tahap ada lelaki yang suka kahwin banyak,lepas puas diabaikan, end up perempuan yang ambik tanggungjawab urus anak2, anak2 bersepah tiada perhatian dan pendidikan yang sewajarnya, kahwin cerai macam hobi lelaki pun ramai, sebar sperma merata.
Dengan zaman sekarang cikgu pun dah tak leh didik sahsiah murid2, sebab ibubapa marah orang lain cubit dan disiplinkan anak depa katenye, diaorang ibubapa yang keluar kerja sebelum matahari naik dan balik lepas matahari terbenam ni memang banyak masa nak belai anak2 dalam tempoh 24 jam tu.
Itu kalau masa balik anak2 masih cerah mata, kalau anak2 dah tidur masa balik kerja, agaknya seminggu sekali belum tentu jumpa anak2 kut. Yang poligami pula, dalam keadaan tak adil, semua diletak di bahu isteri.
Apapun, tolonglah faham, konsep isteri solehah ialah isteri yang adil dalam memberi redha kepada setiap perbuatan suami, kalau ternyata suami salah dan tak mampu, kena tegaslah, tak de istilah sudah takdir jadi begini andai kita sendiri tahu natijah perbuatan itu adalah buruk, kerana semuanya pilihan kita.
Yang ada, kalau kita pilih begitu, maka begini takdirnya.
Kalau kita pilih begini maka begitu takdirnya,
Kenapa saya kata begitu?
Kerana terbaca suatu hadis:
Setiap sesuatu yang berlaku samaada baik atau buruk, berpunca dari tangan manusia itu sendiri, dan setiap takdir boleh diubah dengan doa malah semua yang telah ditentukan Allah S.W.T. pasti Allah S.W.T. juga yang berhak mengubahnya mengikut apa yang Allah S.W.T. nak, sebab hanya Allah S.W.T. yang tahu apa yang terbaik buat hambanya.
Malah Allah S.W.T. takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi sesuatu kaum itu tidak berusaha mengubah nasib mereka sendiri.
Maaf admin, need to tell this, banyak sangat penganiayaan berlaku, saya kasihan saja…
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, yang penting sekali, jangan sampai kerana sifat redha bodoh seseorang isteri atas kedayusan suami, orang luar melihat Islam itu begitu sifatnya untuk para Isteri redha padahal apa yang Islam ajar lain…
Kalau tak nak adil kepada diri sendiri, tolong adil kepada agama Islam kita.
Kerana hadis Nabi ada cakap:
Di akhir zaman nanti, ahli agama pun boleh jari perosak agama.
Sedarlah, tolong ADIL dalam setiap tindakan, untuk hak diri sendiri dan hak anak-anak, dan yang paling penting maruah dan hak agama Islam kita terpelihara.
Sekian, dari yang serious geram…
– SUAMI JIRAN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit