Assalammualaikum.
Aku harap admin publish post ni sebab aku rasa agak penting.
Semakin hari aku semakin semput dan sesak nafas bila baca isu isu yang timbul di Malaysia ni, terutamanya yang terjadi kepada Muslim di negara kita.
Aku nak kongsikan pandangan aku dari sudut berbeza yang ramai tak nampak dan tak dapat nak kaitkan.
Isu Zouk dan Neelofa sebenarnya untuk membuka mata masyarakat mengenai hal yang kita ambil mudah atau pun terlepas pandang.
Ada 3 hal yang aku ingin nyatakan di sini :
1. Masuk club malam.
Neelofa dikecam kerana melancarkan rekaan terbaru NeelofarHijab di club malam, apa kejadahnya? Pakai tudung masuk kelab, dah tu launch tudung kat situ pulak.
Namun, masyarakat tidak memberi fokus kepada lelaki dan wanita muslim yang free hair, sedangkan club malam adalah dilarang sama sekali kepada umat Islam. Ingin aku tegaskan di sini, bahawa islam itu hukum.syariatnya wajib dipatuhi tak kira kau bertudung ke tak bertudung ke orang biasa ke orang ternama ke ataupun kau lelaki atau perempuan.
Ya, aku faham Neelofa adalah ikon Islam dan tidak wajar bagi dia berada di tempat macam tu. Tetapi Neelofa bersalah bukan kerana title dia bukan kerana apa yang dia pakai, tapi kerana dia seorang muslim. Jelas?
3. Menari.
Neelofa dikecam kerana menari bersama beberapa orang wanita yang juga bertudung dengan gaya yang agak mengghairahkan.
Aku ingin maklumkan di sini, baru baru ini Malaysia terutamanya anak muda dilanda wabak musicly yang amat menggelikan. Istilah sekarang, cringe. Ada je gadis yang bertudung joget, gelek tayang aset belakang atas. Tetapi mereka ini dapat meraih ribuan followers dengan hanya berbuat video murah. Serta mendapat lambakkan paid and gift review yang palsu.
Ini kisah yang bertudung, yang free hair? Tak kurang juga. Kau buka youtube, kau search lah seorang artis yang baru baru ini yang berkolaborasi bersama DJ aku ash and Sean Kingston. Aku rasa itu lagi mengancam gelek dia, serta aset dia yang agak menarik perhatian lelaki. Maaf aku perlu mention artis tu.
Aku tegaskan sekali lagi, hukum syariat islam tu wajib ke atas setiap orang islam tanpa mengira apa pakaian,title dan siapa kau.
3. Akhlak, maruah dan martabat seorang wanita islam.
Aku masih tak dapat agak kenapa perempuan yang bertudung dan tak bertudung dipandang dengan pandangan berbeza.
Ada yang kisah free hair isap rokok? Vape? Shisha?
Ada yang kisab free hair lepak dengan lelaki sampai pagi buta kat mamak?
Ada yang kisah free hair tonggek kiri kanan untuk panama dance?
Ada yang kisah free hair keluar malam?
Tak, tak pe. Mereka free hair. No wonder lah perangai macam tu.
Tapi bila bertudung buat semua tu, mereka dikecam teruk walhal sebagai seorang perempuan tidam sewajarnya berbuat sedemikian. Ada feminists yang tak puas hati baca ni?
Perempuan tak boleh tu, perempuan tak boleh ni. Eh, kalau kau nak buat sila kan.
Sebab nanti kau dah mengandung anak luar nikah, hilang dara, akhlak rosak, kena bawa lari, kena jual, mandul, lahir baby tak sihat, jadi penyedap lelaki naik syahwat, kena rogol, tak de orang nak ambil buat menantu.
Masa tu nanti kau jangan nak salahkan siapa siapa.
Perempuan, kau hanya nampak semua tu penjara sebab kau rasa tak selesa buat masa sekarang tapi sejauh mana kau fikir kesan dia untuk jangka masa panjang. Tak terfikir pun kan? Sebab terlampau seronok dan selesa. Islam menjaga memelihara martabat wanita, bukan memenjarakkan wanita. Tetapi ini semua disalah ertikan oleh puak feminist.
Biar akhlak dan pakaian dipandang kampung, daripada kau bebas melakukan apa sahaja tetapi hakikatnya diri kau murah.
Ok, habis aku hurai point aku.
Aku cuma nak ingatkan balik peristiwa yang pernah terjadi untuk membuka mata kita. Sesungguhnya manusia itu mudah lupa.
Isu ini amat mirip dengan Neelofa yang bertudung.
*Gadis melayu bertudung dipeluk.artis korea yang mencuri perhatian kita.*
Sedangkan pada masa tu bersepah yang couple peluk cium, tahu hukum dosa tapi dianggap dewa dan dewi cinta hope happy forever till jannah mencairkan hati serta disambut dengan sokongan pujian sweet tahap potong kaki, romeo juliet etc.
Terakhir,
As a muslim kita seharusnya mengetahui serta memahami benda basic dalam islam. Aurat seorang muslim, adab seorang muslim, akhlak seorang muslim, maruah seorang muslim. Kau tak sekolah agama? Tak amik kos agama? Itu alasan kau tak tahu benda basic dalam islam? Sebenarnya kau tak belajar atau kau yang tak nak belajar? Kau yang pilih sama ada kau membakar dalam neraka atau bersantai di syurga.
Ingatlah, Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri.
Sekian, maaf kalau aku bersalah.
– wawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit