Salah Ke Aku Balas Balik?

Assalamualaikum hi semua, namaku Anum. Aku mempunyai tiga orang anak, dan dulu aku kerja kerajaan.

Aku menulis di sini ialah kerana Aku Tak tahu nak rujuk siapa tentang masalah Aku ini tanpa menyebarkan aib suami dan keluarganya.

Seperti Aku beritahu, Aku dulu bekerja kerajaan, dan Aku berhenti kerana nak support suami ku berniaga.

Alhamdulillah, setelah 2-3 tahun berniaga, suamiku berjaya mengembangkan bisnes. Dan dia membuka satu cawangan untuk Aku uruskan. Alhamdulillah.

Sebab berjaya tu, suamiku telah membina rumah yang agak besar. Suamiku pun mengajak ibunya dan ayahnya duduk bersama.

Aku awal awal tu, rasa okaylah.. lagipun Aku ni sibuk. Jadi mungkin takkan timbul masalah. Lagipun mak mertua Aku nampak okay okay saja.

Maka bermulalah kehidupan Aku bersama mertua. Buat pengetahuan pembaca, bil bil rumah tu Aku yang bayar, kerana persetujuan kami suami isteri. Astro, air, elektrik, Coway dan sebagainya.

Suami Aku pula, bayar insurance, simpanan, anak anak dan duit makan. Jadi Tak adalah suamiku saja yang menanggung kami sekeluarga.

Okay.. awal awal tu, Aku rasa semua baik. Aku ni taklah pandai memasak, basic basic saja.

Jadi mak mertua Aku ni, menawarkan dirinya untuk memasak, dan Aku pula mengemas. Hari hari macam tu lah. Anak anak Aku semua pergi sekolah. Jadi Tak perlu lah dia jaga anak anakku tu.

Masalah Timbul awal awal bila Aku perasan, mak mertua Aku ni seolah olah sengaja membiarkan pinggan mangkuk dari pagi untuk Aku cuci. Aku ke kerja dari pukul 9.00 hingga 6.00. Bila Aku pulang, pinggan mangkuk penuh dalam dua sinki.

Sampai cawan nak minum pun Tak ada. Semata mata tunggu Aku untuk cuci. Aku penat sebab Aku baru balik kerja. Tak sempat duduk lagi, dah kena buat macam macam.

Suami Aku pun decide supaya ambil maid. Aku setujulah. Ambil lah maid. Bila ambil maid pula, dihasut hasut maid tu. Dahla kalau nama maid, aku memang akan suruh maid buat kerja seperti maid lah. Mak mertua yang baik hati ni, menghasut maid tu.

Dia buruk burukkan Aku, dia rasa Aku ni banyak sangat bagi kerja pada maid tu. Allahu.. dia kata kat maid tu.. dah tu yang Aku ni buat kerja apa? Aik..?? Aku yang bayar gaji maid tu kan? dan maid buatlah kerja maid.

Pastu mulalah maid tu buat Hal, pukul 8.00pm dah masuk tidur. Aku ketuk pintu ke apa, dah tak nak buka. Bila Aku check hp dia, Aku nampaklah mak mertua Aku ada hantar message pada dia, ajar buat itu dan ini.

Bila Aku adukan pada suami Aku, suami Aku pun decide nak habtar balik pada agent. dan Aku pun serik nak ambik maid.

Lepas case ni, Aku sudah tentu Aku rasa mak mertua Aku seolah olah banyak Tak puas hati Aku dgn Aku. Mungkin ke sebab Aku Tak pandai masak? Or Aku Tak masak? Aku pun Tak tahu lah.

Sebelum mereka datang duduk dengan Aku, Aku memang masak, tapi bila dia duduk dengan Aku, Aku stoplah masak sebab Tak kena selera ayah mertua Aku. Aku akan masak benda benda basic macam soup. Atau Aku akan beli di luar.

Lepas kes maid ni, bermulalah pula Siri dia buat muka masam dan bercakap dengan Aku. Bila Aku bagi Salam pun Tak jawab. Siap bagi hadiah jeling. Kadang kadang sampai berminggu minggu dia muka masam sampai sakit jiwa Aku.

Bila Aku tanya suami, suami Aku kata Aku ada buat salah kot. Aku pun pening Aku buat salah apa. Aku kadang kadang ambik hati dia, beli favourite food dia, dia kata taknak, pastu muka Masam.

Entahla. Aku Tak tahu dia nak apa. Tak lama lepas tu, Aku perasan, barang barang Aku banyak hilang. Duit, barang makeup , baju anak anak Aku. Aku ingat Aku misplace.

Bila satu hari tu, suami Aku kata, boleh Tak kalau aku kemaskan bilik nak mertua Aku tu, sebab macam bau busuk.

Aku pun masuklah ke biliknya. Semua barang barang Aku tu, ada disusun dalam almarinya! Baju baju anakku tu, dia buat bagi hadiah pada orang. Kononnya dari dia!

Aku beritahu suami Aku, barulah suami Aku cerita, rupa rupanya mak dia ni macam mmg perangai gitu. Mcam macam masalah dari dulu.

Mak dia ada masalah cakap menipu dan mencuri.

Pinjam duit orang merata rata Tak bayar. Allahu..suami oh suami..kenapalah Kau Tak bagitahu Aku ? Sekarang Aku pun kena heret dalam masalah ni!

Aku ni tengah tahap Tak tahan dengan perangai dia ni. Dahla ambil ambil barang Aku, pastu seminggu sekali mesti nak buat Muka masam. Masam masam masam mencuka. Tak bercakap dengan Aku. Macam aku pula yang ambil barang dia.

Ada sekali, Aku buat Muka masam balik. Aku balas balik. Kau taknak cakap dengan Aku, Aku Tak cakap dengan Kau balik. Yang terbaru, minggu ni dia muka masam dengan Aku, Aku balas balik, tapi suami Aku tegur Aku .

Dia kata seburuk buruk dia tu, dia seorang ibu. Tak boleh buat macam tu. Dia suruh Aku tahan saja. Logic ke? Dahla Aku Tak tahu apa salah Aku yang dia buat muka masam.

Aku dalam dilema. Aku geram juga dengan suami Aku sebab heret Aku dalam masalah mental mak dia ni. Aku cakap kt suami Aku, kenapa ni macam masalah Aku, sedangkan Mak dia yang bermasalah? Dia seorang pencuri! dan perangai muka masam tu, Allahurabbi.

Aku rasa Aku yang mangsa kat sini. Kalau dia taknak masak, nak suruh Aku masak, dia boleh cakap saja Tak larat ke.. apa ke.. . Takyah nak muka muka masam.

Aku ni dah redha dah habit dia yang mencuri dan asyik cakap tipu tu. Yang muka masam tu, Aku memang Tak boleh terima.

Jadi Aku nak tanya pembaca kat sini, salah ke Aku balas balik dengan muka masam tu? Dia tak nak cakap dengan Aku, Aku Tak cakap dia balik. Sebab Aku dah penat.

Ni dah 2 tahun duduk sama sama, bayangkan every week ada saja dia nak bermuka masam. Aku panggil Tak jawab. Aku jadi geram nak ajar dia balik.

Salah ke Aku balas balik?

– Anum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *