Lagi 2 hari nak raya. Tiba2 aku rasa sebak dan aku nangis.
Aku rasa aku malas nak kemana-mana raya tahun ni. Tapi mana boleh kan. Tahun ni raya giliran laki aku. Kena la gi umah mak dia pagi raya nanti.
Aku ada 1 kerisauan je. Kalau dibuatnya pagi raya tu mentua aku tanya kenapa aku gemuk? Makan sikit pun gemuk, dah gemuk pun, gemuk jugak.
Banyak lagi kalau nak senarai body shaming untuk aku ni. Ape la aku nak jawab. Penat tau tiap kali nak jumpa dia aku kena set siap2 jawapan dalam kepala ni pasal aku gemuk.
Takkan aku nak salahkan laki aku sebab dia bagi semua cukup. Makan cukup, nafkah batin (jaga hati dan perasaan) pun cukup. Dah kesian plak laki aku. Kang dia tak bagi makan, kesian la kat aku kan.
Aku takut aku takleh kawal diri dan nangis je. Sebab setiap kali jumpa walau bukan selalu. Tapi itula yang dia perhatikan. Aku taktau la kenapa aku ni jadi bahan aje.
Orang lain ada yang gemuk dari aku pun tak jadi bahan macam aku ni. Kalau ada pun, semua dia samakan dengan aku. Ha gemuk macam kau la. Susah jugak kan dapat mentua kecik dari menantu ni.
Aku ni baka dari mak aku. Memang tengok dari jauh sama dah macam mak aku. Tapi laki aku okey je. Dia tak pernah kisah janji aku sihat je.
Kalau aku diet, time tu jugak la dia bawak balik macam2 makanan yang sedap2.
Time aku tak jaga makan, takde plak beria nak beli sedap2. Alasannya kesian kat anak2. Ceh, dengan aku pun ikut sekali makan la dah benda sedap kan.
Actually, masa aku bujang dulu berat aku 41kg je. Memang kurus sekeping aje masa kenal mentua aku ni. Agaknya dia sakit mata kot tengok aku sekarang almost 70kg.
Aku ada rasa nak diet, tapi kena kacau dengan laki (alasan kan) beli yang sedap2. Aku ni tak kuat iman. Kalau tak, takkan la sampai 70 berat aku.
Pada orang lain mungkin okey lagi. Belum cecah 100 pun. Tapi aku besar gini pun orang dah sakit hati. Sekali dengan aku sakit hati.
Kadang2 aku okey je. Tapi kalau tiap kali jumpa, asyik nak body shaming. Koyak jugak aku pun.
Kalau aku cakap kat laki aku, dia diam je. Typical laki kan. Diam salah, cakap pun salah. Tapi aku takdela marah dia. Cuma aku penat la.
Takde solution untuk hentikan mulut maknya cakap macam tu kat aku. Ape dah kurang topik kot kat Malaysia ni. Kadang adik ipar aku back up gak aku. Tapi tula, sama jugak dia membahan.
Korang, terima kasih sudi baca. Aku cuma nak meluah. Sebab takut la pagi raya mood spoil. Aku pernah je diet sebelum ni jadi 55kg. Tapi macam biasa la nafsu kan. Tak jaga makan.
Aku ingat aku boleh kawal bila berat aku dah kurang ke tahap tu. Tapi tidak ye. Mencanak naik dari sebelum diet 60kg.
Semoga lepas raya ni aku kuat untuk teruskan diet. Tunggu isnin eh. Tapi taktau la minggu yang mana 1.
– Grasso (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit