Aku tak tahu lah cerita aku ni worth ke tak. Aku sekadar nak meluah. Sorry ya korang. Kalau tak sudi baca boleh scroll yaa.
Nama aku Ira (bukan nama sebenar). Hari ni Hari Ibu Sedunia. Untuk makluman, aku tak pernah sambut hari ibu sebab aku tahu sambutan tu bukan dalam ajaran kita dan aku diajae untuk sentiasa menghargai mak aku tak kira masa.
Cumanya memang dua tiga hari sebelum hari ibu family aku ada event and aku & Kai ada bergambar bertiga dengan mak aku. Aku bukan jenis manusia yang harini event bergambar harini terus post (gambar kahwin aku post tapi archive since Kai tak suka. Katanya aurat/ain).
Kebetulannya aku post gambar kitorang (Mak aku, aku dan Kai) *tanpa caption, hanya gambar semata* 1 pagi macam tu pada hari ibu.
Dalam group family Kai, kakak Kai buat video mak dia dan wish sempena hari ibu. Adik beradik dia yang lain pun turut sama wish. Aku untuk elakkan isu sekadar hantar gif happy mother’s day.
Lepastu aku rasa macam tak elok pula sebab nanti family dia be like “ohh kau beria post gambar mak kau bagai, mak aku kau send gif bodoh gitu je”.
Jadi aku pun scroll lah gambar kahwin aku sebab dalam tu ada gambar aku, mak aku dan mak Kai *tanpa caption* Jadi tengah hari aku post lah di social media untuk elakkan family dorang berkata kata lah.
Nak dijadikan cerita, lepas post gambar tengah hari tu, kami bergerak ke luar negeri untuk wedding. Petang baru kami free untuk berehat. Aku scroll socmed dan lalu story ig kawan kepada ex Kai. Harini hari ex Kai Nikah *memang tak tahu menahu ya*.
Dulu memang ada isu antara kami bertiga, aku taknak cerita pasal isu tu since lama. Cumanya lepas aku dan Kai bercinta, aku kerap terdengar ura ura yang tak baik tentang aku. Bukan satu tapi dalam 2-3 cerita tentang aku yang aku sendiri tak buat. Semuanya ada kaitan dengan ex Kai.
Antaranya, aku sengaja menyampai cerita dekat ex Kai untuk buatkan dorang putus. Isu ni agak besar.
Kai, kawan Kai, ex Kai dan kawan ex Kai serang aku di WS dan lontarkan kata kata keji dan sebar aib aku satu universiti dorang (ada yang kenal aku) sampai aku menangis depan customer (time ni kerja FnB). Sedangkan masa tu aku dah bawa diri berbulan untuk tak ganggu hubungan dorang.
Kai sampai cakap “kau buat lah apa pun untuk putuskan aku dengan dia, aku takkan hamak nak dekat kau pun”. Sedangkan aku masa tu memang taktahu menahu apa yang jadi.
Banyak kali aku cakap kat Kai “Aku tak buat tapi kalau kau percaya aku yang buat silakan. Even aku tak buat pun korang still takkan terima kenyataan yang memang bukan aku orangnya”. Akhirnya kantoi.
Yang menyampai cerita tu kawan ex Kai sendiri dan ex Kai petik nama aku yang canang cerita untuk buatkan Kai benci yang teramat kat aku.
2 tahun aku dan Kai bercinta, tiba-tiba ada orang serang aku dekat dm and cakap yang aku ni psycho and stalker.
Aku tak tahu macam mana tapi orang yang dm aku tu kata aku ni pergi dm gf kenalan universiti dorang, canang ex Kai ni dok garit dengan boyf orang (time ni ada bukti ss ya memang ex Kai dan boyf orang tu bermesra)
Walhal, dorang taktahu pun siapa yang sebarkan cerita tu tapi aku taktahu kenapa dorang boleh kaitkan aku dalam cerita orang yang takde kaitan dengan aku? Katanya macam aku ni sengaja buat macam tu sebab aku dengki & busuk hati. Aku time ni memang dah malas lah nak ambil kisah.
Aku ignore je tapi antara kawan Kai yang aku kenal mula block aku di socmed. Sekali lagi, dorang percaya apa yang dorang nak percaya je.
Sambung balik. So bila dah petang tu baru aku tahu yang harini hari pernikahan ex Kai, aku terus delete story tu. Malam kami sampai rumah. Kai tiba tiba tanya. Kenapa post gambar kahwin tu?
Aku just cakap sebab gambar tu je gambar yang aku ada dengan mak kitorang yang elok (aku ni jenis pemalu & jarang bergambar) so aku guna la gambar kahwin tu. Tiba-tiba nada Kai macam sedikit marah.
Kai : Apa tujuan post gambar wedding tu?
Ira : Sebab nak post gambar dengan maklah. Saya dah post gambar mak saya, saya takut mak awak terasa so saya post lah semula gambar yang kitorang bertiga untuk hari ibu.
Kai : Tahu tak hari ibu tu haram? Islam tak ajar.
Ira : Ingat saya nak sangat ke post? Kakak awak tu buat video & wish dalam group. Kang saya tak wish family awak cakap macam macam pasal saya. Saya post gambar mak saya kang dorang cakap saya ni selek post gambar mak saya je, buat teruk je tak suka mak mentua pulak kang.
Saya post gambar je takde caption hari ibu pun. At least orang tengok gambar tu ada lah juga “ohh post sempena hari ibu” Kakak awak wish awak taknak pulak marah? Saya tahu saya ni bodoh agama tapi family awak kan warak, takkan kakak awak taktahu?
Kai : Memandai je kerja. Tahu tak ex saya kahwin harini? Awak post gambar kahwin tu kang minah tu cakap awak ni sengaja cari pasal.
Ira : Saya pun baru tahu awak. Bukannya saya saja saja nak post. Lepas saya tahu tu saya terus delete gambar tu.
Lepas pada tu Kai macam mengomel marah. Aku masa ni dah macam tersepit. Ye lah. Aku ni kira menantu tak boleh pakai pada mak Kai *mak Kai lagi berkenan dengan ex Kai sebab orang senang & warak, family dia tak suka sebab dah dengar mak Kai selalu burukkan aku*. Serba serbi tak kena.
Macam aku kata. Aku post gambar dengan mak aku sebab event je, nanti kang mak Kai terasa pulak aku tak post gambar dia. Bila dah post Kai pula marah sebab post gambar kahwin kami pada hari ex dia nikah. Mana lah aku nak tahu ex dia nikah harini. Dia sendiri pun baru tahu sebab story kenalan uni dia.
Sebabkan aku sakit hati, aku terus deactive semua socmed aku dan delete semua status. Kai tanya aku kenapa dia tak boleh mention aku kat socmed sebab dia nak post gambar kitorang berjalan harini. Aku lagi sakit hati dia cakap macam tu.
Sebab Kai bukan jenis yang post gambar kitorang di socmed. Dia sibuk cakap tak elok, aurat, kena ain, etc. Ni beria pulak dia nak post gambar (padahal sekadar nak sejukkan hati aku lepas sound aku). Aku cakap kat dia nak buat apa post? Tak payahlah. Aurat. Buang masa lah. Dia still menekan nekan tanya kenapa deactive socmed.
Aku tegas cakap “bukan boleh post apa apa pun. Post itu salah post ini salah. Eloklah deactive ke delete sekali pun” Kai terdiam dan aku terus tak hiraukan dia.
Aku penatlah aku asyik kena berjaga jaga untuk orang lain ni. The world doesn’t revolve around you. Tak semestinya apa yang aku post semua aku tuju kat kau pun. Kau dah kenapa? Haih (stressed)
Aku ni kurang sensitif ke? Atau pun aku ni overthinking sangat? Entahlah aku pun taktahu. Aku memang banyak terasa dengan Kai dan family Kai sebab macam macam dah aku kena. Aku bukan sengaja ye nak buat teruk, even besan aku pun rasa benda yang sama.
Dorang kata aku useless, dorang kata besan aku gila. Yelah yang buruk semua tu kitorang jeee. Kitorang pun tak layak kahwin dengan ahli keluarga dia punnn.
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit