Salam warga IIUM Confession. Tulisan saya kali ini hanya untuk meluah apa saya rasa dengan kakak ipar saya. Saya sudah 3 tahun di alam perkahwinan dan ada 4 orang kakak ipar dari sebelah suami.
Awalnya, saya agak suka kerana saya sendiri tiada adik beradik perempuan. Keluarga saya banyak lelaki dari perempuan. Jadi, saya sudah terbiasa dengan hidup simple dan easy going ikut style lelaki.
Suami kerja projek dan kami selalu perlu berjauhan kerana projek suami di negeri lain.
Disebabkan lumrah kerja encik suami, maka saya ambil keputusan bahawa saya perlu kerja yang stabil (yang office hour dan tidak perlu spend hujung minggu untuk kerja).
Ini bagi memberi anak saya masa dan perhatian yang mencukupi kerana ketiadaan suami di sisi.
Oleh itu, saya buat keputusan untuk tidak kerja sebagai engineer (course yang saya study dulu engineering oil & gas) dan memilih untuk kerja di bahagian lain dengan komitmen yang lebih rendah.
Perihal gaji, sudah pasti lebih rendah daripada engineer tapi cukup untuk meletakkan saya dan suami dalam golongan M40.
Pada saya, itu sudah memadai kerana tanggungjawab kewangan, bukan tugas hakiki saya kerana masih ada anak yang perlu kasih sayang seorang ibu kerana ayahnya jauh dan anak masih kecil.
Masalah timbul apabila kakak ipar selalu sebut kenapa saya tak tukar kerja lagi bagus. Kenapa saya tak tukar kereta lain. Kenapa itu ini.
Awalnya, saya cuma abaikan dan hanya mampu senyum sambil bergurau kata nak spend masa dengan anak.
Tapi saban hari, makin banyak persoalan seumpama itu timbul yang menyebabkan saya rasa rimas dan mula tawar hati untuk duduk semeja dengan kakak-kakak ipar.
Kakak-kakak ipar saya bukan jahat sangat, tapi lebih kepada kurang common sense. Padahal mereka sendiri berjaya capai jawatan sekarang melalui nepotism (kabel keluarga dan kawan).
Bukan niat saya untuk menjatuhkan mereka, tapi bila dilihat kehidupan mereka yang sibuk sampai malam, weekend pun kerja, lagi membuatkan saya lebih yakin untuk pilih hidup cara saya.
Bagi saya, tiada masalah bersederhana dalam kehidupan. Balance itu penting.
Biarlah anak tak masuk sekolah international, hidup pakai kereta biasa dan dapat berteduh di rumah sendiri itu lebih baik dari bekerja macam lembu, dapat sakit itu ini, anak terabai dan akhirnya menyesal di kemudian hari.
Dan jika ditakdirkan anak sudah besar sedikit dan sudah boleh berdikari, insyaAllah rezeki itu tak kemana selagi kita berusaha dan rajin mencari rezeki.
Dalam masa yang sama, pelbagai skillset boleh diasah bukan sekadar mengharapkan makan gaji semata.
Biarlah lubuk rezeki saya dalam bahagia menjaga anak dengan baik sepanjang ketiadaan suami di rumah.
Dan pada suami pula, saya sangat berharap dia tidak termakan hasutan kakak-kakaknya yang semakin hari semakin mendalam.
Pernah ditanya saya, bila saya nak tukar kerja. Dengan niat, bila saya dapat gaji lebih baik, boleh saya simpan duit untuk tolong dia beli rumah kedua.
Sungguh, racun pemikiran itu perosak keluarga. Padahal, hal rumah itu semua bukan keutamaan saya.
Jika saya berpeluang dapat kerja lebih baik pun, saya berniat untuk kumpul untuk pergi haji berbanding membeli rumah kedua.
Sungguh, saya kecewa dengan suami yang diracun kakak sendiri. Doakan saya sabar dan dapat bina kewangan tanpa pengaruh orang ketiga.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit