Direct to the point saja la. Saya kerja kat satu pejabat, 9-5. Habis kerja, saya pi kerja security 7malam – 7pagi.
Rakan2 sekerja saya ni macam dengki sangat bila dapat tahu saya buat 2 kerja.
Saya jadi security kat satu kondo. Al kisahnya, salah seorang kakak ofis ni (Kak Has, bukan nama sebenar) datang kondo tu nak cod kek.
Terkejut la dia tengok saya kat situ. Saya pun terkejut jugak tengok dia. Dia tanya kerja sini ke. Saya kata ye, buat partime.
Lepas tu masing2 diam. Setakat ni saya buat 2 kerja pun, kerja office saya tak pernah ada masalah pun.
Bukan saya tido ke apa kat office. Saya tak de langgar apa2 peraturan pun. Tapi Kak Has macam tak puas hati.
Hari tu depan2 semua orang dia tegur. Cuma cara dia tegur tu kononnya dia la terpaling baik.
Dia tanya Jai masih kerja security tu ke. Saya kata ye.
Dia tanya ko ada masalah duit ke sampai kena buat 2 kerja.
Saya diam la. Memang saya ada masalah kewangan. Tapi buat apa nak jaja kat orang. Saya bukan jenis harap simpati orang.
Dia kata akak bukan apa, akak risau kau ni tak cukup tido tak cukup rehat. Dah la bawak motor. Nanti jadi apa2 susahkan semua orang.
Ada lagi la ayat2 dia.. Saya kata insyaaAllah tak de apa2 la kot. Lagipun buat masa ni perlukan duit sikit. Ye la saya kan nak kahwin.
Ingatkan dia boleh faham.. Tapi benda tu tak berhenti kat situ..
Dia asyik ulang2 syok la ko, double pay. Lepas tu asyik dok kira2 berapa saya dapat.
Dia kata sebulan mau dekat 4 ribu kau dapat kerja dua tempat kan. Dah kalah gaji akak ni. Semua tu saya abaikan ja.
Satu hari saya dapat info, dia report kat bos. Ada orang sampaikan.
Dia buruk2kan saya. Dia kata mana boleh kerja 2 tempat dan macam2 lagi la.
Saya pun dah hilang sabar. Saya pertikai, habis yang dia tu jual kek boleh pulak. Dia kata itu dia buat sambil2 kat rumah. Tak ganggu kerja sekarang.
Kononnya kerja saya ni mungkin akan effect kerja sekarang. Sebab saya kerja melebihi masa yang akta buruh tetapkan. Dan ada bukti saya kerja 2 tempat.
Macam2 lagi la dia kata.
Saya stress gila rasa. Hari tu saya gaduh teruk. Saya dah hilang sabar. Benda ni sampai kat HR.
Setakat ni HR belum cakap apa2 lagi la.. Tapi dia kan ada pengikut2 dia yang sentiasa sokong dia.
Biasa la kononnya dia terpaling senior. Hari tu kononnya ramai2 pergi pejabat HR nak repot saya.
Dia siap cabar dia akan pastikan company sekarang terminate saya. Kononnya saya bergaduh dengan dia tak hormat dia.
Kononnya saya ni salah orang kalau nak berlanggar bahu dengan dia. Macam2 lagi la dia kata.
Entahlah. Macam dah buat jenayah besar pulak saya ni. Dia kata kat saya buat 2 kerja memang salah.
Mana boleh ada 2 potongan epf socso. Macam2 lagi la dia kata.
Bila saya mintak bukti. Dia kata nanti company terminate itulah bukti dia.
Ya la, saya tak belajar tinggi macam dia. Position saya pun office boy ja pun.
Macam orang meroyan ja dia tu. Ugut nak saman malu la apa la. Macam tak puas hati sangat.
Saya rasa stress sangat. Saya kerja ja pun. Bukan scam orang ke, rompak orang ke. Saya cari rezeki halal.
Kenapa lah ye, itu pun orang nak dengki. Entah la. Sedih sangat rasa.
– Jai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kt tmpt kj aku pun ade sorg abg kj 2 tmpt..siang ofis hour 8.30 – 5.30..pastu jd guard 7mlm – 7pagi..tgk die mmg kesian..nmpk letih..tp xeffect pun kj die..kj semua siap..kalau ikut kan mmg wbileh kh 2 tmpt..sbb dlm offer letter company xboleh..tp dah bgtau bos awal dan mntk bos bg kjsama..sbb die ade 7 anak nk kena tanggung..dan bos ok je..asal kan kt die xeffect kj skrg..