Salah Ke Introvert

Assalamualaikum. Hai. Nama aku Fia (bukan nama sebenar). Aku dah berumur 23 tahun. Kalau orang nampak aku, semua mesti akan cakap yg aku ni jenis introvert dan aku mengakui nya. Tapi tak selalu. Ada masa aku akan jadi extrovert cuma sangat jarang.

Lebih kurang macam ni lah, antara hitam dan putih, aku kelabu. Always in the middle. Selalu jadi orang tengah tak kisah dalam hal apa sekali pun. Kawan2 bergaduh, aku yg jadi orang tengah untuk mendamaikan. Mungkin sebab aku jenis yang tak suka bergaduh dengan sesiapa. Aku benci pergaduhan.

Dari kecil, aku jenis yang behave bila sendiri. Tak pernah buat kacau bila sendiri. Biasalah kalau budak kecik d tinggalkan sendiri mesti macam2 hal dia akan buat kan. Rumah pun akan jadi macam tongkang pecah. Tapi aku tak, mak aku buat kerja kat dapur, aku seronok tengok tv duduk atas katil. Rumah bersih jer. Dan memang dari kecil juga lah aku sangat rapat dengan mak aku. Aku akan menangis bila aku bgun dari tidur mak aku tak ada kat tepi. Hah, waktu tu aku akan mengamuk, merengek dan sebagainya. Memang tak boleh terpisah walaupun sekejap.

Bila aku dah besar ni, aku memang jenis yang kurang bercakap. Jarang aku nak bergurau dengan orang kecuali dengan mereka2 yang aku sangat rapat. A few friends yang aku biasa tu pernah jugalah tengok macam mana ‘gila’ nya aku bila bersama mereka. Tapi hanya sebilangan kecil sahaja yang tahu aku macam mana.

Selebihnya mesti akan cakap aku pendiam, aku pemalu, suara pun kecil. Bercakap hanya ketika perlu. Dan aku tak kisah sebab memang aku macam tu bila dengan orang yang aku tak biasa.
Aku malas nak bercakap apatah lagi menyampuk cakap orang.

Bila waktu aku jadi extrovert? Bila aku berada dalam situasi yg memerlukan aku jadi seperti itu. Aku dulu waktu sekolah pernah wakil debat, pidato peringkat kebangsaan ok. Dekat situ barulah terserlah sikit yg aku ni jenis extrovert jugak. aku suka dengan benda2 macam tu. Memang jiwa aku lah katakan.

Tapi kalau nak luah perasaan, aku rasa aku lebih pandai ekspresikan perasaan aku melalui penulisan berbanding perbualan. Sebab aku suka menulis. Orang selalu hairan, bila di alam maya, aku akan menjadi seorang yang banyak cakap. Tapi bila berhadapan, 100% berbeza dengan apa yang mereka fikirkan.

Kadang kadang tu, ada juga manusia yang tak puas hati dengan diri kita. Siap kutuk hina lagi aku. Kata yang aku ni tak pandai bercakap, bela diri sendiri pun tak tahu (well aku dah puas bela diri aku sendiri tapi tak ada yang nak dengar, jadi biarkan mereka terus berkata dalam kepalsuan).

Macam macam orang humban kata kata hina buat orang introvert macam aku. Dia orang tak tahu bila kami dah mula bersuara, sumbatlah telinga dengan kapas banyak banyak. Jangan ingat kami diam kami tak buat apa2. Kami diam kami memerhati, kami juga mendengar ok. Orang orang macam kami ni lah bila bercakap perkataan yang keluar itu semuanya fakta dan bukan auta.

Tak ada istilah bergurau, menipu dalam setiap patah yang keluar. Macam orang selalu cakap, jangan di bangunkn singa yang sedang tidur. Entah kenapa tak puas2 orang nak mengumpat orang macam kami ni. Biarpun kami dalam dunia kami sendiri, at least kami tak pernah buat huru hara.

Walau macam mana pun sikap kita, asalkan tidak menyusahkan orang, tidak mengapa dan tidak ada salah. Jadilah diri sendiri. Dan jangan hina mereka yang menjadi diri sendiri. Mereka lebih baik dari golongan golongan yang suka berpura pura. Depan lain belakang lain. Tu lagi parah.

Akhir sekali, dekatilah orang macam kami dengan cara yang bijak. Bukan dengan perkataan perkataan yang kami tak suka contohnya, “kenapa lah kau ni pendiam.” Itu langsung tidak membantu kami menjadi bising. Malah makin melemahkan semangat kami. Satu nak pesan, kalau kau pandai bawa kami berkawan, kami lah kawan yang terbaik yang kau pernah jumpa. Dan bila kami dah menjadi orang yang terbuka dengan anda, ketahuilah bahawa anda adalah antara orang yang istimewa buat kami.

Buat rakan rakan yang juga introvert macam aku, usah pedulikan cakap cakap orang. Manusia tak akan pernah puas. Selagi dia ada mulut dia pasti akan berkata kata. Jadi, biarkan sahaja. Asal kau buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan hukum Islam, tidak mengapa. Lagipun Islam kan ajar, jika tidak ada benda baik yang nak di katakan, lebih baik jangan bercakap.
Diam itu lebih baik dari mengumpat dan terumpat.
Peace.

-FIA-

– Fia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit