Salah Ke Jadi Budak Kolej?

First of all, thank you admin kerana sudi share my confessions. Assalamualaikum wbt. Aku confess ni bukan sebab nak buka aib atau nak suruh korang benci budak IPTA/U. Tak, cuma aku nak ubah pandangan enteng korang terhadap pelajar IPTS atau ‘budak kolej’ yang korang gelarkan tu kerana aku pun salah seorang ‘budak kolej’. Sebenarnya cerita yang seumpama ni dah lama orang pertikaikan tapi aku nak share juga sebab aku baru rasa betapa sakitnya bila pelajar IPTA/U (certain of them) memandang rendah terhadap pelajar IPTS atau ‘budak kolej’. Sebelum ni aku tak percaya dengan statement orang tentang student IPTA/U yang memandang rendah terhadap student IPTS. Waktu orang bercerita, yang aku reti “yeke? Tak mungkinlah diorg macam tu.” Bila aku dengar dengan telinga aku sendiri, barulah aku faham statement yang dikeluarkan sebelum ni adalah benar.

Baru baru ni aku ada pergi satu program amal di suatu tempat selama 2 hari 1 malam. Persatuan khidmat masyarakat kolej aku merupakan jemputan program diorg. Program tersebut dikendalikan oleh student IPTA. It’s UiTM. UiTM mana dirahsiakan. Mula mula kitorg sampai, kitorg disambut baik dengan senyuman manis oleh beberapa pelajar. Kitorg punya impression terhadap di sangatlah tinggi melangit, memuji yang baik, berbangga kerana dapat menjadi tetamu jemputan dan berangan supaya kitorg pun jadi macam diorg kelak. Ehh, semua yang baik baik lah. Kami terasa kecil sangat di antara mereka. Kecil yang macam mana? Sekecil zarah I guess. Kecil dari segi pendidikan, kecantikan, ketampanan, karisma dan lain lain lagilah. Memang terasa jauhlah bezanya. Masa tu kitorg jadikan diorg idola untuk bangkit dan jadi seperti mereka. Sentiasa cerita yang baik baik dalam kumpulan aku. Hmm. Sampailah selepas satu malam kami disitu…

Keesokan harinya, aku dengan rakan rakan yang lain berkumpul untuk meneruskan aktiviti pagi. Pihak program tersebut meminta kitorg kumpul di satu meja panjang supaya senang nak kenal pasti kumpulan kecil kitorg. Dalam perjalanan nak pergi ke meja tersebut, aku terdengar sekumpulan lelaki sedang bercakap tentang kitorg. Aku tak pasti apa yang diorg bualkan tetapi yang jelas sekali aku dengar salah seorang cakap, “dah nama pun budak kolej”. Kalau korang lah dengar orang kata macam tu, korang rasa ayat sebelum tu ayat positif ke ayat negatif? Dengan nada macam tu. Aku tersentak and berdiri diam. Sampailah budak aku tertolak aku dari belakang. Zul namanya. Aku tanya dia, “zul, kau dengar tak apa yang akak dengar” Dia jawab, “ya, dengar. Jalan je”. Aku sambunglah jalan and terus duduk kat hujung meja. Aku cerita kat budak budak yang lain. Diorg pun terkejut. Tak sangka pun ada. yang itu baru satu. Ada lagi tau.

Masa nak breakfast tu, ketua program ada bagi arahan kepada budak budaknya supaya beri laluan kat kitorg untuk ambil makanan dulu sebelum diorg. Ada laa suara, “pahal pulak?!” Hello sis. Kitorg pun tak sangka ketua program awak nak suruh kitorg amik dulu, tak expect pun. Kitorg pun tak nak amik dulu kalau boleh. Tak kisah pun. Hmm. Tu belah perempuan, yang lelaki pun ada. Tapi aku tak ingat apa yang diorg cerita. Sebab buffet lelaki dan perempuan separate. Jadi, diorg cerita je la dekat aku. Lepas makan, angkat barang semua kami bergerak menuju ke kampung yang ada dalam perancangan. Bila dah sampai, kami berpecah kepada 2 kumpulan untuk laksanakan pembersihan 2 rumah. Aku and yang lain ditugaskan untuk melakukan pembersihan rumah B. Masa taklimat, si jemah bukan nama sebenar yang bagi taklimat tu salah panggil nama kolej kitorg. Dah salah, kitorg pun betulkan lah. It’s correct lah she said sorry. But, her reaction when she say sorry, cara and muka dia… Allah je yang tahu. Dengan tangan kanan kat bahu and mata macam ke atas gitu. Just wondering, meluat ke? Aku tengokkan je. Kenapa mesti buat macam tu? Tak perlu kot nak macam tu. Sedih hati nie.

Masa penghujung program, ada sesi bergambar. Pensyarah kitorg panggil untuk bergambar. Kitorg akur, kitorg pergi. Otw tu, aku cakap dengan diorg, “kompemlah kita tenggelam dengan jumlah student diorg yang ramai”. Tapi pergi cuba juga. Dah dekat tu, aku lalu sebelah 3 orang lelaki, terdengar diorg kata “ish janganlah ada budak kolej”. Wehh, kenapa sebenarnya? Seriouslah, kitorg pun memang dah niat tak nak amik gambar sebab kitorg tahu akan tenggelam dengan jumlah kitorg yang sikit ni. Jijik sangat ke kalau bergambar dengan kitorg? Masa tu memang makan hati gila. Tapi diam je. Terus tak ada mood. Aku keluar terus and aku nak balik ke tempat penginapan kitorg diikuti yang lain. Nak amik beg, nak balik. Aku dengan budak perempuan lain lalu belakang. Then, adalah sekumpulan lelaki nyanyi lagu Anak Kampung. Part ‘memang aku ini, anak orang miskin, tiada pelajaran, kuli kuli sahaja…’ Ada junior aku tanya, dia nyanyi tu perli kita ke? Aku senyum. Dalam hati just kata tak, maybe diorg saja nyanyi. Sedapkan hati lah. Sebab kita tak ada bukti yang diorg nyanyi tu memang perli atau saja. Jadi, aku putuskan untuk diam je la. Walau hakikatnya ada 1% mengatakan diorg nyanyi untuk perli. Gagah juga kata tak!

Dah kemas tempat penginapan, nak keluar. Kitorg ucaplah terima kasih and babai. Diorg pun babai. Bila team aku dah keluar, junior aku adu kat aku, dia kata dia nampak salah seorang student yang kat dalam tu buat tangan menghalau sambil mulut kata babai. Tak tahu lah dia saja atau apa. Tapi masa junior aku nampak tu, si meon bukan nama sebenar memang tak perasan junior aku tu lalu. Hmm. Ye, kitorg memang nak balik dah. Janganlah halau. Kitorang tahu keluar sendiri. And then, kitorg masuk balik perkarangan tadi sebab nak keluar ikut pintu yang kami masuk sebelum ni. Jurufoto panggil kitorg suruh amik gambar. Kitorg akur walaupun masa tu hati tengah panas semua. Dengar lagi lagu perli, bapaku pulang dari kotaa… ye, kitorg nak balik dah pun. Sabar. Hm.

Sebenarnya banyak lagi. Yang jeling jeling kitorg tak terkira. Tapi aku malas nak ingat. Buat sakit hati je. Seriouslah tak sangka budak U macam tu. Kitorg faham kitorg memang tak setaraf korang. Asal pun dari kolej yang baru nak membangun. Kitorg sedar diri. Awal awal dah sedar diri. Tapi tak perlu buat macam tu. Cara korang pandang rendah kat kitorg tu jelas terpancar. Seperti aku dah nyatakan kat atas, certain of them je yang buat macam tu. So, si pembaca tak perlulah judge semua budak U macam ni ok? Cuma pelik. Salah ke kitorg jadi budak kolej? Kitorg pun ada keinginan nak belajar. Kitorg pun ada cita cita yang tinggi. Kitorg pun ada wawasan sendiri. Kita semua sama cuma rezeki yang membezakan kita sedikit. Kitorg tercampak kat kolej swasta, korg di universiti awam. tapi kitorg tetap ada rezeki untuk sambung belajar. Alhamdulillah untuk itu.

Pihak kolej aku selalu buat briefing and ingatkan untuk hormat sesama kita. Jaga adab. jaga tingkah laku. Jaga akhlak. Bukan pihak kolej je yang ajar. Mak ayah aku pun ajar benda yang sama. Pergi mana sekalipun, jaga semua perkara ni. Tanpa semua ni kita takkan ke mana. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Kalau kita sembahyang 5 waktu tegak tertonggeng tapi perkara perkara tu tak ada, useless. Attitude are always number 1.

Dalam kesempatan ini, kami ingin meminta maaf jika ada kekurangan daripada kami sepanjang program itu dilaksanakan. Jika kami tidak banyak membantu, jika kami terkasar bahasa, tersilap tingkah laku dan adab terhadap pihak UiTM tersebut. Jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi menjemput kami yang kecil ini ke program anda. Banyak yang kami belajar tentang selok belok dalam mengendalikan program sebesar itu. Terima kasih juga untuk ilmu yang dicurahkan secara langsung atau tidak langsung. Semoga bermanfaat untuk kami.

Aku pernah tanya mak aku, “salah ke kalau kita bercita cita tinggi mak?” Mak aku jawab, “Tak salah. Yang salahnya bila orang perkecilkan atau rendahkan cita cita kita” sekian, Assalamualaikum wbt. :)

– kak kiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit