Assalamualaikum. Tujuan menulis artikel ini sebab nak minta kata-kata semangat, pendapat dan nasihat dari pembaca sekalian.
Saya ni sejak dari kecil lagi memang seorang yang pendiam. Seorang yang susah nak mulakan perbualan dan agak pemalu. Tapi kalau dengan orang yang rapat atau orang yang saya selesa, saya tak pendiam sangat.
Saya boleh bergurau ‘masuk air’ kalau dengan orang yang saya selesa dan rapat. Tapi kalau dengan orang yang baru kenal, memang saya susah nak bercakap. Senyap je.
Tapi bukan la sampai tak cakap langsung, cakap tu cakap cuma tak peramah macam orang lain. Saya susah nak mesra dengan orang lain. Kalau setakat senyum or cakap sikit-sikit tu boleh la.
Tapi, jadi seorang yang pendiam ini sebenarnya buat saya rasa sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Saya selalu berharap yang saya ni ‘ringan mulut’ sikit bila bercakap dengan orang lain. Tapi untuk sesorang yang ‘berat mulut’ jadi seorang yang ‘ringan mulut’ bukan senang.
Waktu sekolah rendah dulu, saya takda kawan rapat. Setiap kali rehat seorang diri je. Pernah juga makan dalam tandas. Kadang-kadang saya juga dipergunakan. Contohnya, ada yang kawan dengan saya waktu tu sebab dia gaduh dengan kawan dia yang lain je.
Tapi ada juga yang baik hati sebab ikhlas berkawan dengan saya. Tapi tak rapat la. Tapi saya ingat lah sebab mereka sudi kawan dengan saya. Saya tahu salah satu puncanya sebab saya ni pendiam sangat dan mungkin pelik di pandangan mata mereka.
Waktu sekolah menengah saya ada kawan yang rapat. Alhamdulillah. Bersyukur sebab dapat bertemu dengan mereka. Mereka itu saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya.
Saya juga pernah diperli sebab pendiam. Diperli macam saya tak jalankan kerja. Depan ramai orang. Dia cakap macam saya tak buat kerja sedangkan saya buat.
Diam-diam saya, memang saya akan buat tugas saya. Hanya sebab pendiam, dia pandang saya lemah dan sebelah mata. Sebab saya jarang bersuara. Saya tahan je air mata bila diperli macam tu.
Lepas tu balik, terus nangis dalam bilik air. Bila orang kata macam tu, saya rasa tak berguna betul. Keyakinan saya terus menurun.
Bila fikir balik, saya pendiam sebab kurang keyakinan diri. Ya, kurang keyakinan. Saya kurang yakin dengan diri saya. Penat jadi pendiam. Penat jadi seorang yang kurang keyakinan.
Saya harap ada yang sudi kongsi tips tingkatkan keyakinan diri dan tips untuk tak jadi pendiam sangat. Terima kasih.
– Pendiam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit