Salah Ke Kalau Nak Perhatian 1steri?

Salam semua. Saya nak tanya satu ja pada korang, terutamanya pada kaum wanita yang bergelar isteri. Salahkah kalau suami nak perhatian dari isteri dari sudut ambil berat sikit pada suami.

Aku ni dah kahwin 2 tahun dengan wife aku. Dia sebelum ni janda tak ada anak. Dia berpisah dengan suami dia, lepas tu kenal aku dalam perkenalan singkat dia ajak aku kahwin.

Aku masa tu tengah broken, so aku terima ja la dah aku pun macam suka dia. Mungkin sebab aku anak bongsu, so aku macam dah terbiasa di beri perhatian kot.

Oh btw, Rina tua dari aku 3 tahun, tapi aku tak kisah semua tu. Lepas kahwin sampai sekarang kami pjj. Tapi dalam seminggu 3 hari atau 4 hari kami akan jumpa. Kami belum ada anak.

Hubungan kami tak dak masalah apa pun semua ok kecuali satu ja, aku nak sangat2 dia concern pasal kesihatan aku.

Aku ni ada masalah gastrik, migrain, bila aku cakap kat dia.. Entahlah.. Baik aku cakap kat kucing, kurang2 dia meow kat kita.

Kadang2 ni kita cakap kita sakit kat orang yang kita sayang, bukan dia boleh ubat kita pun. Tapi hati ni rasa la ringan sikit, rasa la ada orang dengan kita kan.

Tapi dia 2 tahun ni, tak pernah aku rasa dia balas apa2 bila aku sakit. Kot nak tanya jumpa doktor ke, makan ubat ke, tak pernah. Even birthday aku ka, anniversary kami ka, dia tak pernah ingat.

Alasan dia, dia jenis tak ingat2 tarikh2 ni sebab dia kata birthday family dia pun dia tak pernah ingat. Ok la aku terima. Tapi aku memang beriya buat surprise macam2 kat dia.

Semalam aku sakit, aku bubuh dalam status wasap, malas aku nak mesej dia, kebetulan dia pun pi PD ada kursus, so aku tak nak kacau dia.

Dia tengok status tu, dia balas la bie sakit ke, kenapa tak bagitau saya. Lepas tu dia hantar gambar dengan kawan2 dia ambik kat kursus tu.

Aku balas, bie tak nak susahkan sayang. Tapi dia cuma reply benda2 dalam gambar tu ja dengan exited dok cerita itu ini. Langsung tak tanya sakit aku macam mana dah, aku pi kecemasan kot..

Bagi dia selagi aku tak mati selagi tu tak serius kot. Ya mungkin tak serius. Aku pendam perasaan terguris hati aku tu.

Sebenarnya banyak kali dah aku timbulkan isu ni, aku tak puas hati aku cakap ja, tak de pendam2. Tapi dia balas, selama ni dalam hidup dia, dia dah terbiasa dengan lelaki yang tak hargai dia.

Bertahun2 dia hidup dalam kesusahan sorang2, tak pernah orang tanya dia sihat ke makan ke, dan dia pun tak pernah tanya orang semua soalan tu.. Jadi dia dah terbiasa dengan hidup macam tu.

Hanya lepas kahwin dengan aku, dia mula belajar sikit demi sikit cara nak sayang orang melalui cara aku.

Dia kata dengan family pun jarang sangat nak tanya2 khabar. Sebab dia dari sekolah form 1 dah dok asrama, sampai masuk u keluar u sampai masuk kerja la. So jarang masa dengan family.

Ok la aku terima la semua alasan tu. Tapi dah 2 tahun kot. Tak kan asyik nak bagi alasan ni ja. Aku ni jenis tak boleh fake lama2, semalam aku cakap aku tak nak susahkan dia. Tapi pagi ni aku dah ungkit hal tu.

Aku kata langsung tak tanya hari ni bie macam mana. Sihat ke apa ke.

Jawapan standard dia, memang nak tanya, tapi terlupa. Pastu bie dah tanya pulak, tapi kalau saya tanya sekarang bie akan cakap sebab bie tanya dah sebab tu saya baru nak tanya..

Bagi aku ye, memang bila aku dah tanya baru hang nak jawab.. Kalau tak hang tak peduli kat aku.

Lagi satu sikap dia saya tak gemar, dia bila dah rasa bersalah, mula la akan buat aku pulak rasa bersalah. Susah betul nak mengaku salah dan mintak maaf ja.

Macam pagi ni, dia kata dia memang nak tanya, lepas tu sibuk dengan kerja la, line tak ok la. Dia terlupa. Bagi aku kalau betul sayang orang, kita tak lupa hal2 penting.

Lepas tu dia akan kata dia sedang belajar untuk balas balik perhtian yang aku bagi. Lepas tu dia kata stress la macam ni, baik line tak de pun tak pe dari nak gaduh macam ni.. Aikk, dia pulak stress. Habis stress aku macam mana?

Dia kalau sakit, aku tak tido malam jaga dia. Aku punya susah hati kalau dia sakit sampai tahap gaban. Tapi dia tak macam tu. Aku selalu tanya dia, awak tak sayang saya ke.

Tapi jawapan dia saya sayang bie sangat2, saya tak nak hilang bie. Bie la laki paling saya sayang, tapi saya memang jenis tak pandai tunjuk kasih sayang tu. Bie tolong la faham. Tu ja la ayat dia.

Habis tu bila aku nak rasa ada orang ambil berat kat aku? Aku stress la macam ni. Tapi kalau duduk sama2 aku mengadu sakit, dia akan bagi ubat then tanya nak pi klinik ke.

Aku rasa dia memang jenis tak tau nak buat apa kot kalau orang sakit. Tapi aku ajar pun tak boleh nak ikut jugak.

Lepas tu mula la dia sentap sendiri, dia akan tuduh aku mesti terkenang ex aku. Sebab ex aku sangat care kat aku. Hari tu aku sakit hati sangat, aku iyakan je.

Aku kata ye ex saya bab care memang sapa pun tak boleh lawan. Aku rasa nak berontak sekarang ni. Ni aku gaduh dengan dia, apa susah sangat nak tanya aku hidup ke mati.

Dia bab lain semua ok, hormat aku, layan aku baik2. Masak ke jaga aku ke semua ok. Tak tinggi suara, tak marah aku, semua perfect dia tu kecuali bila aku tak sihat, tambah2 kalau dok jauh lagi dia tak peduli. Macam mana nak bagi dia peduli kat aku sikit?

Lagi 1 aku pantang, dia suka main game mobile lagend tu, bila aku sakit dia main game, katanya dah tau nak buat apa2. Nanti aku dah sentap mengamuk2, dia akan ulang2 dia mintak maaf.

Aku dah pesan sejuta kali kot, aku kalau sakit tanya ja la dah makan ubat ke. Aku ni tahap nak perhatian dia ni, sampai buang malu buang ego siap bagi dialog lagi.

Tapi still dia tak boleh buat. Dia akan kata next time dia akan berigat, tapi 2 jam lepas tu aku nak uji dia, aku kata aku sakit balik, dia akan suruh aku tidur rehat. Adoii.

1 lagi perangai dia, dia tak akan pujuk aku bila aku dah sentap. Macam sekarang bila aku marah, aku diam.

Dia lagi diam, last2 aku yang kena contact dia sebab tak boleh tahan rindu. Silent treatment tu tak berkesan pada dia. Aku sampai cakap kalau tak suka aku lagi kita pisah ja la. Tapi aku acah2 ja ugut.

Aku pun tak nak hilang dia. Aku sayang gila kat dia kot. Dan aku tau, dia pun sayang gila kat aku.

Tapi dia punya jawapan, kalau awak yang nak buang saya apa saya boleh buat, awak yang dah tak sayang saya sekarang ni. Ya Allah stressnya. Apa aku buat pun mesti akan nampak benda tu salah aku ja.

Aku cuma nak sangat2 rasa perhatian dia. Rasa disayangi oleh isteri.. Dia kalau tanya aku, bie sakit kepala tak hari ni, ada makan ubat tak, ada jumpa doktor tak, ya Allah itu cukup untuk buat aku happy gila tau tak.. Tapi aku dah suruh pun dia tetap tak buat.

Kadang2 ni la kot punca perempuan lain rampas suami orang macam sam dol tu, sebab isteri sendiri tak cakna apa suami nak. Ok sila la kecam aku.

Kecam2 pun korang ada idea tak macam mana nak settle masalah ni. Jangan bagi idea bangang suruh cari perempuan lain ke, kahwin lain ke, ugut macam tu,

Nanti sebelum aku cakap semua tu, dia lagi awai bye2 kat aku. Lepas tu jangan kata dia ada laki lain ke apa ke, memang semua tu tak de. Terima kasih atas komen anda semua.

– Rizal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *