Hai! Aku Azha. Aku nak cerita sikit ni tentang betapa susahnya aku jadi seorang lelaki lembut. Aku mengaku dan aku tak malu yang aku ni memang seorang lelaki lembut sama ada dari fizikal ataupun mental. Cuma segelintir masyarakat Malaysia ni, bila tengok lelaki lembut terus diorang cop lelaki lembut ni sebagai PONDAN, MAK NYAH, BAPOK dan banyak lagi. Lucu kan? Aku lembut tapi In Shaa Allah aku tahu dan aku akan cuba untuk lakukan perkara baik dan jauhi perkara buruk. Selembut-lembut aku, aku masih dapat bezakan yang mana baik ataupun buruk.
Lembut tak semestinya pondan kan? Lelaki yang berperwatakan lembut tak semstinya berdosa kan? Lembut tak semestinya kami lelaki yang jenis macam ni ada hati nak jadi perempuan kan? Kalau dah ditakdirkan aku jadi lembut macam ni, aku tahu pasti ada hikmah yang Tuhan kurniakan pada aku. Aku memang lembut dari kecik dan aku diajar untuk tidak ambil kisah sangat dengan apa yang orang lain kata.
Tapi tipulah kan kalau aku tak ambil hati bila orang kata aku pondan kan? Aku kecil hati bila orang kutuk-kutuk bila tengok aku lembut macam ni. Senyum je yang termampu, nak balas balik apa yang diorang kata karang jadi perang mulut pulak khennn? Masyarakat disekeliling kami ni suka sangat nak mentafsirkan perkara yang tak menyatakan mata hati diorang. Bila tengok lelaki lembut, terus kata dia pondan mak nyah apa semua. Segelintir masyarakat memang suka pandang serong dengan lelaki yang lembut macam kami ni. Kalau diorang nak pandang serong dengan pondan, mak nyah, bapok tu semua…itu diorang punya pasal.
Cuba korang search google tengok perbezaan antara lelaki lembut vs pondan vs gay vs bapok. Gay tu sah-sahlah dia suka sama jantina. Pondan pulak yang sah-sah pakai pakaian perempuan dan NAK JADI PEREMPUAN. Lelaki lembut ni pulak mungkin luaran nampak lembut, hati berjiwa lembut tapi kitorang masih ada punya naluri untuk suka kepada wanita jugak tau. TAPI sekali lagi saya nak menegaskan orang Malaysia ni, kitorang pakai pakaian yang normal sekalipun untuk jantina lelaki kitorang tapi bila kitorang nampak lembut, mereka akan tetap cop kitorang ni sebagai PONDAN.
Kitorang ada kacau diorang ke? Ada masalah ke kalau lelaki berperwatakan lembut sedangkan kitorang tak gay, tak pakai pakaian wanita, dan kitorang pakai sama macam lelaki lain, ada masalah ke uolls? Serius susah kalau kau jadi lelaki lembut. Bila lalu je depan orang ramai, teruslah ada segelintir lelaki nak menyakat kitorang. Hello…siapa kut nak lelaki usyar kitorang? Kitorang lembut, bukannya gay okeyyyy!! Lagi satu, bila kami ni lelaki lembut nak mengorat perempuan, perempuan tu mesti akan ketawa sinis takpun ketawa mengejek. Salah ke kalau kitorang pun nak bercinta bagai?
Aku memang tak kisah kalau orang kata aku ni lembutlah, lemah gemalai lah, sopan santun lah. Serius aku tak kisah! Sudah memang hakikatnya aku ni lembut dan lemah gemalai kan? Untuk apa aku nak menafikannya lagi.
Tapi hati aku PANAS bila…orang tu tengok aku LEMBUT terus dia cop, komen, pandang, tengok aku sebagai PONDAN. Macam mana diorang nak kenal aku kalau dah cop aku semberono cincai sebegitu kan? Sebab mulut orang tak insurans yang kata kami lelaki lembut ni pondalah, ramai orang tak sanggup nak jalinkan persahabatan dengan kami. Kan aku dah kata tadi…pemikiran masyarakat ni senang sangat dipengaruhi oleh mulut-mulut yang tak ada insurans. Suka-suki nak judge kitorang sedangkan diorang tak kenal pun kami ni. Lembut sikit terus kata macam-macam.
Aku ni kadang-kadang dah lali dan naik jemu dengan hinaan-hinaan orang. Kau nak panggil aku itu ini sana sini, lantak kaulah! Asalkan aku kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Asalkan kawan-kawan aku yang lain kenal siapa aku disebalik perwatakan yang lemah-lembut ni. Dan parents aku lebih mengenali siapa aku sebenarnya.
Nak kata aku pondan, mak nyah bapok, silakan! Tapi aku cuma nak pesan..tak semua lelaki lembut dekat Malaysia ni hati diorang sado dengan hinaan-hinaan mereka yang suka menghina lelaki lembut. Aku harap yang suka anggap ‘lelaki lembut is pondan’, tolonggg kenalilah diri lelaki yang lemah-lembut tu terlebih dahulu sebelum kau nak judge dia macam-macam.Kalau kau dah kenal dia, barulah kau akan sedar layak atau tidak kau nak kata dia macam-macam.
Segelintir masyarakat Malaysia tak tahu betapa sukarnya kami hidup sebagai lelaki lembut. Kitorang pun ada rasa jugak nak main bola sepak. Tapi bila kitorang nak main, adalah segelintir mulut tu kata macam ni “Eh kau pun nak main bola jugak ke?”, “Eh kau pandai main bola ke?” “Pondan macam kau nak main bola? Baik kau pergi cari jantan”
Aku pernah cuba nak berubah jadi lelaki yang sebenar (bagi orang Malaysia lelaki yang sebenar tu istilahnya ialah keras, tak lembut, sado itu bonus). Aku pernah cuba nak keraskan diri tapi dah memang hakikatnya aku ni lembut dari kecik, memang susahlah nak ubah apa yang dah terzahir pada diri aku ni. Orang selalu fikir sebab seseorang lelaki tu lembut kerana masa kecik-kecik selalu main dengan perempuan, mak bapak suka pakaikan baju perempuan dan sebagainya. Okey ada segelintir lelaki jadi lembut memang disebabkan hal tu. Tapi untuk aku dan lelaki-lelaki lembut di luar sana, kitorang memang sejak azali lagi sudah berperwatakan lemah-lembut.
Sekejap aku terfikir, untuk apa aku nak ubah diri aku hanya kerana nak mengubah persepsi orang terhadap aku? Kalau iya pun nak berubah tapi keadaan masih sama dan terpaksa berpura-pura jadi lelaki keras , lambat-laun boleh mengHIPOKRITkan diri sendiri. Aku tak nak hipokritkan diri aku sendiri. Aku lebih bersyukur dan redha dengan atas ketentuan-Nya yang mengurniakan aku berperwatakan sebagai seorang lelaki yang lemah-lembut fizikal dan mental.
Baik jadi diri sendiri yang lembut asalkan In Shaa Allah tau mana yang baik mana yang buruk. Peace!
If you see me as ‘Pondan’, then you aren’t beholder of my beauty. Love me or leave me.
– Azha Nizam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit