Salah Ke Mak Masak?

Salahke kalau nak makan masakan mak?
Tak salah pun. Dah namanya anak, makanan paling sedap didunia adalah masakan maknya.
Tak salah kalau mengidam nak makan itu atau ini.

Cuma ada caranya. Kalau betul teringin nak makan, beli sendiri bahan-bahan masak, usah susahkan mak bersusah payah sediakan semuanya. Mudahkan urusan mak yang sanggup masak untuk anaknya. Kat sini kita perlu ingat, bukan tanggungjawab mak lagi untuk sediakan makan pakai kita. Tapi dek kerana kasih seorang mak, mak tetap turutkan keinginan anak. Kelemahan seorang mak, takkan sanggup menolak keinginan anak-anaknya, selagimampu, mak akan buat- yang ini anak-anak perlu faham. Usah ambil kesempatan atas kelemahan mak.

Okay, sambung balik. Bila dah beli bahan masak, usahakan untuk proses sendiri. Contoh, basuh ayam siap-siap, kalau ada ikan, siang/cuci ikan. Kalau ada sayur, potongkan. Kalau tak tahu tanya mak, minta mak tunjuk caranya. Kalau mak bangun jam 4 pagi untuk masak, pastikan kau bangun juga. Mak tak perlu susah-susah. Tugas mak masak je. Tapi, tapi tapi, si anak yang mengidam tu mesti jadi pembantu chef yang setia dan yang terbaik baik baik dalam dunia! Yeah!

Kalau mak nak senduk, cepat-cepat ambilkan.
Kalau mak cakap nak masukkan bahan sekian-sekian, sepantas boboiboy kau buatkan. Dari situ cuba renungkan penat tak beli barang? Penat tak sediakan bahan masak? Penat tak masak? Cuba bayangkan kalau mak yang buat semuanya. Sampai hati kau nak, sob sob.

Usah jadi anak yang hanya tahu menyebut, “mak, teringinlah nak makan itu”. Tanpa buat apa, barang tak beli, duit tak bagi, tolong pun tidak. Hanya tahu melahap je, maka ini kita golongkan anak yang “superking”, berisiko tinggi untuk mendapat penyakit derhaka tak kenang budi.

Kategori kedua baik sikit. Bila teringin apa-apa, cakap kat mak dan bagi duit. Selebihnya pandai-pandai la mak uruskan. Yang penting dapat makan. Atau kategori sama juga cuma up sikit, bila teringin, akan belikan bahan-bahan masak, lepas tu mak masakkan. Asalkan keinginan dipenuhi. Kategori ini pun masih ting tong. Boleh la dengan syarat cakap elok-elok, layan mak baik-baik, ucap terima kasih. Tapi jeling-jeling la jugak keadaan mak. Laratkah dia, rajinkah dia, kasihanilah mak sebagaimana dia mengasihi kita. . Bertimbang rasa ok.

Kategori ketiga inilah yang terbaik. Andai teringin masakan mak, buat bersama-sama dengan mak sampai siap. Nikmati waktu memasak. Rasai kepenatan dan kepuasannya.

Dan yang paling baik baik baik dan baik adalah anak memenuhi keinginan mak ayah. Sepanjang kita hidup, apa yang kita inginkan, mak akan berusaha segenap usaha untuk bagi juga. Tanyakan pada diri kita, apa keinginan mak yang sudah kita penuhi?

Lagi satu sebelum terlupa. Aku tak nafikan 10 malam terakhir Ramadan itulah, manusia akan sibuk memikirkan persiapan raya. Tapi cuba fikir, mak dah umur berapa, sepatutnya mak fokus pada ibadah, banyak dekatkan diri pada Tuhan. Ini tidak, dalam kepala mak nak masak itu, nak masak ini. Anak yang ini suka makan itu, anak yang itu suka makan ini bla bla bla. Sejak bila mak jadi tukang masak anak ni? Kesian la kat mak.
Ayuh kita bantu mak ingat akhirat, bagi galakan untuk beramal soleh, sama-sama kejar kelebihan Ramadan. Dan semua ni perlukan kerjasama adik beradik. Kalau seorang buat perangai, faham-fahamla hati mak macam mana.

*nota: tulisan ini merujuk kepada masakan mak yang memerlukan lebih effort. Contohnya nasi briyani, nak pulak makan banyak. Sudah tentu nak memasaknya agak memenatkan. Kalau setakat teringin nak makan telur goreng, makanan yang simple dimple no problem ok.

Dan satu lagi, mak disini mak yang sudah berusia ya. Maybe 55/60 tahun keatas yang tak sekuat mana dah. Kalau mak muda, tak ada masalah kot, still young eh.

Maaf ya banyak membebel, nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak. Sekadar luahan rasa, ada yang betul dan sudah tentu banyak yang tak betul. You all boleh kongsi kritikan/pandangan atau apa-apa diruangan komen ok, teringin nak tahu. Sekian. Terima kasih baca sampai habis.

Anak mak

– Anak Mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit