Salah Ke Masih Belum Ada Rezeki An4k?

Assalamualaikum. Terima kasih jika luahan ini disiarkan. Waktu tulis ni, aku tengah down sangat-sangat. Tak mampu nak cakap. Hanya dengan tulisan aku dapat meluahkan.

Aku telah berkahwin selama 3 tahun. Masih belum ada rezeki anak. Orang sekeliling dah ramai tanya, kawan-kawan pula berbangga dah beranak dua, tiga dan lebih.

Diorang pun takde segan silu nak bagitahu yang suami diorang mintak anak lagi. Aku just gelak.

Aku gembira untuk kawan-kawan aku. Tak pernah lupa untuk aku mendoakan untuk diorang. Tapi diorang pulak sebaliknya. Siapa yang tak nak ade anak kan?

Kawan-kawan suami aku kalau call atau WhatsApp semata-mata nak tanya,

“Dah ada ke?” “Bila nak bertiga” “kau jgn lambat-lambat, anak tu rezeki” “bila nak bertiga?” “Tak cukup usaha ni” “kau tak nak anak ke” “kau ni lelaki tak kuat ni” dan macam-macam lagi yang menyedihkan.

Suami aku just reply, “InshaaAllah , doa-doakan”.

Bila aku baca WhatsApp member-member suami aku, aku marah kenapa nak kena cakap macam ni? Dah tak payah la kawan dengan orang macam ni.

Suami aku diam je. Aku tahu dia sedih. Ade jugak yang suruh kahwin lain. Terutamanya kawan dia yang Islamic sangat tu. Apekeheii nye yob. Hmm. Mau saja aku cili mulutnya. Haihh.

Baru-baru ni aku tersentak dengan satu ayat. Datang dari kawan aku. Dah lama tak jumpa, tetiba ayat pertama dia tanya aku, “Dr. cakap kau ni boleh mengandung ke tak?”

Hmmm, dalam hati aku ni, “ beb, biar betul soalan kau ni?”.

Dalam hati jela aku cakap. Kalau tak, nak je aku luku kepala dia. Allahuakbar, serious sedihnya rasa hati aku waktu tu.

Aku just jawab, InshaaAllah, moga Allah tentukan yang terbaik untuk aku. Dia just diam.

Aku sekarang ni nak balik kampung pun aku sedih dan stress. Terutamanya kampung belah suami aku.

Yela, dah lama kahwin, tapi belum ada anak. Mulut orang ni kita tak boleh tutup. Sakan nak tanya soalan pasal anak. Aku ni senyum dan nangis dah jadi satu. Takde beza.

Kalau aku tahu, mungkin aku tak kahwin. Lagi rela orang tanya soalan bila nak kahwin dari soalan “bila nak ada anak?”, “suami okay ke belum ada anak ni?” “Suami boleh cari lain taw kalau takde anak ni”.

Hmmm. Aku ni sampai rasa dah malas nak jumpa orang dah. Dari yang bersongkok aji, wanita bertutup-litup, sampai la yang biasa-biasa je, kalau dah namanye mulut jahat, tetap mulut jahat mengata orang.

Pakaian tu tak melambangkan apa-apa pun. Hmm.

Namun, Allah Maha Baik. Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan memahami. Tiada galang gantinya.

Dia boleh terima keadaan diri aku dan selalu pujuk aku untuk terima jika ni qada’ dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk kami berdua.

Sedihnya hati aku ni hanya Allah yang tahu. Orang mencaci, orang mengutuk, orang pandang rendah kat kami, dan ade jugak yang suka salahkan wanita jika takde anak ni kan.

Adakah manusia lupa yang memberi rezeki kepada makhluk adalah Allah? Yang menjadikan sesuatu juga adalah Allah.

Dan yang memberi hak untuk sesuatu adalah kepunyaan Allah. Kita sebagai manusia tak perlu melebihi had sebagai hamba Allah.

Bukan kita yang mencipta anak dan bukan kita yang menentukan hidup mati orang lain. Astaghfirullahal’azim.

“Ya Allah, jika aku mahu mendoakan keburukan, ingin saja aku doakan semoga kau tarik segala nikmat kebanggaan keturunan dan zuriat dari mereka.

Namun, aku tahu, Kau Maha Mendengar lagi Maha memakbulkan segala permintaan dari insan yang teraniaya,

Maka aku mendoakan hanya kebaikan dariMu untuk diriku dan suamiku serta untuk mereka yang menghina kami. Berikanlah mereka kefahaman tentang redha.

Sesungguhnya Ya Allah, Kau la tempat aku berlindung dari segala kesedihan di dunia ini dan moga Kau memberiku segala kegembiraan di dunia dan di akhirat. Aaminn.”

Alhamdulillah, dalam sedih, masih ade juga kawan-kawan yang memberi kata-kata semangat dan doa yang baik-baik untuk aku dan suami.

Alhamdulillah, aku bersyukur pada yang memahami. Doakan aku kuat. Doakan aku ade rezeki untuk mempunyai zuriat sendiri.

Doakan aku sabar dan tabah menghadapi semuanya. Dan semoga doa yang baik-baik, berbalik semula kepada kalian semua. Assalamualaikum.

Yang benar,

– Bulan Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *